“Papa!”
Panggilku.Mama datang mendekatiku. Seolah-olah tidak menyenangi kehadiran Papa. Keadaan sedikit tegang.
“Sarah jelah yang layan tetamu. Mama nak tidur. Mengantuk. Lepas tetamu balik, jangan lupa kunci pintu.”
Ujar Mama.Aku senyum pandang Papa. Takut Papa terasa dengan tindakan Mama, aku terus salam dan peluk Papa. Aku jemput Papa masuk ke dalam rumah.
“Kenapa tak datang waktu siang, Papa? Boleh borak lama.”
Ujarku.Papa senyum kelat.
Macam ada sesuatu yang cuba disembunyikan.“Papa nak minum apa?”
Aku senyum pelawa Papa.“Tak apalah Sarah. Papa datang sekejap sebenarnya nak jumpa Mama. Ada hal mustahak.”
Ujar Papa.Aku terdiam kejap.
“…tapi Mama…”
Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Papa dah menggangguk mengiyakan. Seolah-olah tahu apa yang aku nak sampaikan.“Insya’Allah ada rezeki Allah, kita jumpa lagi.”
Akhiri Papa.Terkejut pula aku.
Rasa macam sekejap sangat Papa singgah menyapa dalam keadaan hujan malam ini. Seperti ada sesuatu yang Papa sembunyikan dan kenapa setiap kali aku dan Mama terserempak dengan Papa di luar pun, cepat-cepat Mama menjauhkan diri. Haihh…------------------------------------------------------
‘Plan’ nak jumpa Mira, Hakim, Azreen, Zaril dan Aqeela tergendala. Tak menjadi. Allah bagi kami ujian. Mama demam panas. Nak ke rumah Auntie Za pun tak boleh. Mira terpaksa jadi bidan terjun jaga emak Hakim di wad selepas ibu mertuanya jatuh tergelincir dalam bilik mandi beberapa hari sebelum tarikh kami nak jumpa. Aqeela pula terpaksa dikejarkan ke hospital kerana kekejangan otot. Kemungkinan Epilepsy (neurological disorder).
Ya Allah…
"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan".
(Surah Al-Ĥujurāt : Ayat 18)
------------------------------------------------------
Beberapa minggu berlalu, hari demi hari. Sekejap je usia aku dah tiga puluh tahun. Aku buka Facebook dan Instagram, semua kawan-kawan sebaya aku dah ada empat, lima orang anak.
Aku?
Kahkah!Aku pun ada anak walaupun belum nikah lagi. Empat anak aku ada.
Anak rambut.
Anak mata.
Anak tekak.
Anak telinga.“Senyum seorang-seorang nampak?”
Spontan Mama bertanya.“Ehh….”
Terkejut aku dengan kehadiran Mama di pintu bilik.Mama senyum.
“Esok apa plan Sarah?”
Soal Mama.“Sarah ingat nak ke Masjid Asy-Syakirin, KLCC lah, Ma.”
Jawabku.“Ada apa dekat masjid tu?”
Soal Mama.“Tak ada apa-apa. Sarah pun tak tahu kenapa Sarah suka solat dekat masjid tu…”
Jawabku.Mama senyum.
“Mama fikir apa?”
Soalku sambil kaki melangkah ke pintu mendapatkan Mama.Mama tetap senyum.
“Mesti ada apa-apa ni…”
Ujar Mama.
Curious lah tu.Aku ketawa.
Rasa macam Mama nak kenakan aku haha!
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
EspiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...