"Laa hawla wala quwwata illa billah. Sesungguhnya saya tiada daya melainkan pertolongan Allah, Sarah. Hati ini Allah yang takluk. Dia yang menghadirkan cinta dalam hati ini. Saya berdoa setiap kali solat untuk jodoh kita. Kerana doa² itu, Alhamdulillah dengan izin Allah, kebencian awak pada saya itu terhakis. Semakin hari awak semakin baik dengan saya. Semakin hari kita semakin rapat. Semakin hari kita semakin mesra. Kita rasa bahagia itu sama² Sarah sampailah kita merancang untuk menikah." jelas Uwais.Aku diam.
Uwais diam.Aku rasa cukup untuk dengar setakat itu. Doa engkau Allah dah makbulkan. Mungkin engkau puas hati.
Aku sakit sebenarnya untuk tahu sambungannya lagi dari Uwais. Yang ada ini pun aku dah cukup sakit. Sakit sangat.
"Cukup untuk kali ini. Saya rasa saya dah dapat klu. Saya akan cari sendiri diri saya yang lama. Bagi saya rehat sehingga hari pernikahan kita." pintaku.
"Baik Sarah. Baik." akhirinya.
Masa berlalu terlalu pantas, aku ikut Mama beli pakaian pengantin. Simple. Aku ikut Mama berurusan dengan Wedding Planner. Semuanya serba ringkas. Barang hantaran semua lengkap. Borang² nikah semua dah siap. Aku tak banyak cakap, hanya menurut kehendak Mama dan kehendak famili Uwais. Bila time makan, aku makan. Time meeting untuk majlis nikah, aku banyak setujukan saja. Aku dah malas. Sedar tak sedar, esok adalah majlis nikah aku dengan Uwais.
Aku sebenarnya dah mula rindukan Wafi. Aku tak pernah lupa, akulah yang halau Wafi di hospital dulu sebab aku tuduh Wafi macam² sedangkan dia yang banyak berkorban untuk aku, dialah yang menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh. Aku yang sakitkan hati dia. Aku juga yang membatalkan majlis nikah aku dengan Wafi sebelum ini.
Sekarang aku rindu Wafi.
Sekarang aku yang mahukan Wafi.Tuhan,
tolong bagi aku peluang."Sarah..."
panggil Mama.Aku pandang Mama dengan linangan air mata yang masih bersisa.
"Kenapa ni?"
tanya Mama.Aku peluk Mama.
Lagi kuat aku menangis.Mama terpinga² membalas pelukan aku dengan seribu satu tanda tanya.
"Sarah, kenapa ni? Kenapa ni Sarah?"
itulah soalan Mama, berulang² Mama tanya.Aku tak mampu nak berkata².
Hanya tangisan yang mampu menjawab.
Aku harap Mama faham.Mama cuba tenangkan aku tapi gagal.
Tangisanku semakin kuat.
Sedu sedan mengiringi tangisan.Mama pujuk aku.
Reda. Aku penat."Boleh Mama tinggalkan Sarah berehat sekejap? Sarah nak rehat. Sarah penat." luahku.
Perlahan Mama melepaskan pelukanku.
Mama pandang aku.
Mama angguk, diam.Mama keluar dari bilik.
Mungkin Mama risau.Aku capai telefon atas meja laptop.
Aku hubungi Mira. Mira jawab."Assalamualaikum, Sarah. Tahniah."
ucap Mira.Tanpa menjawab salam Mira, aku menangis.
Menangis kuat tanpa henti sambil memanggil nama Mira. Mira terkejut agaknya, terus memujuk aku. Sama macam Mama, Mira tanya soalan yang sama macam Mama tanya aku berulang kali."Sarah, kenapa ni? Kenapa ni Sarah?"
soal Mira banyak kali.Aku tetap menangis tanpa henti.
Orang tak tahu, sebenarnya tangisan aku itulah jawapan untuk setiap soalan. Cuma aku tak mampu nak berkata². Aku hanya mampu menangis meluah rasa."Mira datang jumpa Sarah sekarang, ya?"
pinta Mira."Ok."
jawabku dengan tangisan yang masih belum berhenti.Perbualan kami berakhir.
Aku kembali duduk di atas kerusi menghadap laptop. Aku cuba menenangkan diri. Ya Allah, sakitnya aku rasa.Sakit apa?
Sakit hati.
Sakit hati kenapa?
Sebab perbuatan sendiri.
Ini hukuman buat aku.
Ini balasan untuk aku.
Semuanya salah aku.
Siapa suruh aku curang?
Siapa suruh aku percayakan orang?Aku menangis lagi, lagi dan lagi.
Ini bahagian aku.
Ini untuk aku.Pintu bilik diketuk.
Aku buka, aku nampak Mira.
Aku menangis peluk Mira.
Mira tenangkan aku.
Mira pujuk aku."Bertenang."
pinta Mira.Tangisanku makin reda.
"Tarik nafas, hembus, istighfar."
ajar Mira.Aku senyum.
"Terima kaseh, Mira."
ucapku perlahan.Mira angguk, senyum.
Aku peluk Mira lagi, kali ni tanpa tangisan.
Mira membalas pelukan aku sambil menepuk² perlahan belakangku. Aku rasa semakin okey."Mana Wafi?"
soalku."Mira tak tahu."
jawab Mira.Diam.
"Hari ini hari terakhir Sarah boleh ingat lelaki lain tau. Bila Sarah dah sah jadi isteri Uwais, Sarah tak boleh ingat lelaki lain. Berdosa kalau seorang isteri ingat lelaki lain dengan rasa cinta yang masih ada selain dari cinta terhadap suami." jelas Mira.
Rasa nak menangis lagi.
Sedaya upaya aku bertahan."Mira duduk sini."
pintaku.Aku suruh Mira duduk atas kerusi menghadap laptop. Aku on laptop. Aku terus cari folder "DEAR WAFI". Aku minta Mira baca. Mira senyum pandang aku. Dipeluknya aku. Seakan mengerti yang aku rindukan kebahagiaan aku dan Wafi dulu. Mira mulakan pembacaan. Lama Mira amati setiap bait² tulisan lamaku. Tiba² aku teringat KOTAK MERAH dan KOTAK HIJAU yang masih belum aku jengok isinya. Setakat tinjau² macam tu je lah masa di rumah Dr. Haziq sebelum kami diserbu pihak Jabatan Agama. Aargh! Itu pun satu pengalaman pahit dalam hidupku!
"Sarah dah tengok kotak² tu?"
soal Mira."Tak sempat tengok sepenuhnya... dah kena serbu dengan Jabatan Agama hari tu." aku ketawa.
Mira pun ketawa.
"Macam²..."
ujar Mira."Mira dah habis baca?"
soalku."Dah."
Mira senyum.
Sepatah dia jawab.Aku faham.
Mungkin Mira tak nak aku terlebih ingat Wafi sebab aku dah nak bernikah dah dengan Uwais.Aku senyum.
"KOTAK MERAH tu apa, Sarah? KOTAK HIJAU tu pula apa?" soal Mira ingin tahu.
Aku duduk atas karpet berdepan dengan KOTAK MERAH.
"KOTAK MERAH cerita tentang Wafi dan KOTAK HIJAU pula cerita tentang Uwais." jawabku.
Aku senyum pandang Mira tapi aku tengok air muka Mira tiba² berubah. Macam ada benda yang tak kena.
Bila aku nak buka penutup KOTAK MERAH, tiba² Mira tahan aku seolah² menghalang aku dari terus membuka kotak tu.
Aku tergamam dengan tindakan Mira.
(bersambung........)
AUTHOR : Shafeeca Izyan
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...