“Kenapa awak suka saya, Uwais?”
Aku senyum menyoal nakal Uwais satu petang. Wajahku tersorok disebalik niqab.Uwais senyum pandang aku.
“Kalau awak tanya sebab kenapa saya suka awak, saya tak tahu. Allah Maha Tahu kenapa dia lahirkan perasaan suka itu dalam hati saya. Laa hawla wala quwwata illa billah. Tahu-tahu dah suka, dah tertambat. Apa lagi yang saya nak buat?” soalnya memandang senyum padaku.
Aku tak nafikan, aku juga mula sukakannya. Dan jawapanku juga sama sepertinya. Tak tahu bagaimana hati ini boleh mula menyayangi walhal mulanya aku membencinya. Sedikit demi sedikit, rasa benci itu terhakis jadi sayang. Mungkin kerana tembakan doa Uwais dalam setiap solatnya membuatkan hatiku menjadi lembut lalu bertukar sayang. Itulah kehebatan doa. The Power of Dua. Allah Taala makbulkan doanya.
Aku senyum melirik padanya.
Rasa sayang mula menguntum. Wafi yang telah sekian lama bertahta dalam hati ini, semakin pudar, malap dan kelam. Aku tidak menyingkirkan Wafi. Hati ini tetap sayang padanya, cuma sesekali Wafi bukan selalunya ada bila aku memerlukan. Kerana itu, aku lantas mencari Uwais untuk berbicara, berkongsi rasa hati, bertanya itu ini bab agama, meluah dan mengungkap kemusykilan dalam agama. Uwais sentiasa ada untukku dan dia tak pernah mengecewakanku. Oleh itu, aku memilih Uwais dan menjadi lebih selesa tika kami bersama.
Uwais tak pernah tanya kenapa aku suka dia sebab dia tahu permulaan perhubungan kami, aku cukup membencinya. Dia hanya teruskan hubungan kami yang sedia ada selepas aku mula menerima dirinya dengan seadanya. Dia tak pernah memaksa. Cara dia mendakap hatiku penuh kelembutan dan secara ‘senyap’ sehingga aku sendiri pun tak sedar bila kebencian itu bertukar sayang.
Pandangan kami bersatu.
Pandangan ini bagaikan satu ‘luahan sayang’. Masing-masing sayang. Masing-masing tidak mahu melepaskan cinta ini berlalu pergi.Lama Uwais mengambil masa untuk bertanya. Aku lihat kepayahan dia untuk berbicara.
“Sarah, sayang... boleh tanya?”
pintanya.Aku senyum.
“Tanyalah.”
balasku.“Saya nak tanya tapi saya takut Sarah marah lagi.” ujarnya.
Aku senyum.
Masakan aku nak marah pada orang yang aku sayang?“Nak tanya ke tak nak? Nak tanya ke tak nak?” soalku berulang sambil ketawa padanya. Dia ketawa.
“Sayang jangan marah, ya...”
ungkapnya.Aku senyum dan angguk manja pandang dia.
“Sarah sayang saya?”
Soalnya.Aku mula ketawa.
Masakan dia tidak melihat sayangku padanya?Dia senyum pandang aku.
“Sayang!”
jawabku.Dia senyum, tunduk.
Aku tahu jawapanku ini cukup buat hatinya melonjak kegembiraan. Aku tahu dia didakap bahagia.“Jom, kahwin.”
ajak Uwais.Aku terkedu. Tergamam dengan ajakan kahwinnya itu buat sekian kalinya. Aku pandang Uwais, aku tahu dia benar-benar ikhlas menyayangiku. Allah bagi aku lihat keikhlasan hatinya. Aku tahu dia benar-benar ingin bernikah, menjadikan aku isteri yang sah.
Aku diam.
Diam.
Diam.
Diam.
Lama aku berdiam. Dia juga diam, membiarkan aku berfikir melayan diri sendiri. Aku tahu dia jadi serba salah lepas mengajak aku bernikah.
Aku teringat firman Allah S.W.T dalam Surah Ar-Rum, ayat 21 :

ANDA SEDANG MEMBACA
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...