Semakin aku panik, semakin aku cemas dan ketakutan, semakin kuat tawaan mereka.Salah seorang dari mereka yang lain cuba menolakku masuk ke dalam pondok. Kakiku disepak. Aku hanya mampu menjerit meminta ehsan supaya mereka melepaskan aku. Semuanya sia-sia. Semakin aku menjerit, semakin mereka galak merentap pakaianku.
Tafsir Quran di tanganku telah terjatuh ke tanah di luar pondok ketika aku ditolak masuk ke dalam pondok tadi. Ya Allah... ampuniku Ya Allah. Aku tak berdaya tika ini. Kudratku lemah, pakaianku direntap kasar, jeritanku tak dihiraukan, malah mereka bertambah ghairah menjunjung nafsu serakah. Selipar yang ku pakai entah hilang ke mana semasa aku menggelupur tadi. Tangisanku tak dipedulikan. Aku takut melihat muka-muka mereka.
"Hoiii!"
kedengaran satu suara."Hakim!!!"
jeritku. Aku nampak Hakim dari celahan kayu dinding pondok yang berlubang-lubang. Lantas aku ditampar kuat oleh salah seorang dari mereka. Sakit, Allah Maha Tahu."Sarah!!"
sahut Hakim.Aku tak tahu apa yang jadi di luar pondok antara Hakim dengan salah seorang dari mereka sebab aku dah rebah terbaring lemah dalam pondok bersama dua orang lelaki dari mereka.
Sedar-sedar, Hakim dah masuk menyerang ke dalam pondok. Dua orang lelaki yang bersama aku dalam pondok tadi, seorang demi seorang lemah dan rebah dipukul Hakim.
Aku dah tak berdaya untuk bangun. Tubuhku longlai. Hakim cepat-cepat merangkul aku keluar dari pondok itu. Hakim mengeluarkan aku dari pondok dan meletakkan aku dipangkuannya.
"Sarah! Sarah! Bangun, bangun! Okey tak ni?" panggil Hakim.
Aku bagaikan terkulai layu. Bajuku rabak. Dah tak ada rupa baju. Seluarku selamat walaupun sedikit londeh tapi tidak sampai terlucut. Selendang Mama yang aku pakai dikepala entah ke mana hilangnya. Selipar yang ku pakai entah ke mana lucutnya.
Keadaanku sangat lemah. Seluruh anggota badanku terasa sakit. Aku ditampar kuat, direntap kasar, kejamnya mereka tanpa ada sekelumit rasa belas kasihan dalam hati.
Tanpa sedar, aku menangis dipangkuan Hakim. Terasa teruknya diri aku ini diperlakukan begitu. Hakim menenangkan aku. Menangis didada Hakim seolah-olah aku melepaskan perasaan yang berbekam dijiwa. Aku luahkan segalanya dalam tangisan. Tak mampu untuk aku luahkan dengan kata-kata.
Hakim menenangkan aku.
Semakin Hakim memujuk dan menenangkan aku, semakin kuat aku menangis. Tubuhku terasa menggigil-gigil dek ketakutan dengan apa yang baru terjadi tadi.Sebuah kereta berhenti dihadapan kami. Lampu dimatikan.
"Ya Allah! Sarah, Hakim! Kenapa ni?"
kedengaran suara Zaril tapi aku tak mampu nak menoleh. Badanku benar-benar lemah."Tuu... tiga orang lelaki tadi dah lari. Penagih-penagih punya kerjalah ni. Nasib baik Sarah tak sempat diapa-apakan." jelas Hakim.
"Astaghfirullahal'adzim..."
Zaril mengucap. Cepat-cepat dia membantu aku bangun dipangkuan Hakim."Sarah, Sarah okey?"
tanya Zaril.Aku tak mampu nak menjawab, hanya mampu menangis dipangkuan Hakim. Perasaan aku bercampur-baur. Takut dengan apa yang baru jadi ni. Rasa takut, cemas, panik, ketakutan yang amat sangat bila teringat kejadian tadi. Aku takut bila teringat muka-muka tiga orang lelaki itu. Aku takut. Rasa tak tenang. Aku hanya mampu menangis tanpa henti.
Zaril dan Hakim menenangkan aku.
"Sarah ni dah trauma, Zaril. Baik kita hantar dia ke hospital untuk pemeriksaan. Teruk jadinya nanti ni." kata Hakim pada Zaril.
Aku tak mampu nak berkata apa.
Perasaan takut itu merasuk ke jiwa.
Aku dah jadi macam orang tak tentu arah."Sarah, kita masuk ke dalam kereta dulu. Lepas tu kita ke hospital buat pemeriksaan doktor, ya." pujuk Zaril.
Aku masih menangis dipangkuan Hakim. Aku sempat menoleh ke arah kereta Zaril. Aku nampak Mira berdiri di tepi sisi kereta, diam seribu bahasa. Mungkin Mira dah lama memerhatikan aku dan Hakim.
Mira melihat aku dipangkuan Hakim dari jauh tanpa datang memujuk aku. Aku tak sedar, aku lupa tentang hubungan Mira dengan Hakim. Mungkin Mira cemburu.
Tiba-tiba aku teringatkan Tafsir Quran yang aku bawa tadi. Aku sedaya upaya bangun dengan bantuan Hakim dan Zaril. Aku menoleh pandang sekeliling tanah. Mataku pedih dan kabur. Sedaya upaya aku lihat sekeliling.
"Sarah cari apa?"
tanya Zaril."Tafsir Quran."
lemah suaraku.
Antara dengar atau tidak."Ini haaa! Dah jumpa."
kata Hakim.Alhamdulillah.
Aku cuba senyum tapi tak mampu.
Rahangku sakit ditampar tadi.Zaril dan Hakim cuba membantuku untuk bangun. Kakiku sakit. Tak berdaya untuk berdiri gagah. Mungkin akibat disepak tadi. Tiada jalan lain melainkan aku dipapah.
Dengan mata pedih, kabur dan badanku lemah, aku memandang Mira. Mira perhatikan aku, Zaril dan Hakim dari jauh.
"Mira, sini tolong Sarah."
pinta Hakim.Aku tak tahu apa perasaan Mira tika ini.
Mungkin cemburu. Maafkan aku, Mira.Tak sempat Mira nak bantu aku, Zaril dan Hakim dah memapah aku. Aku pandang Mira. Mira senyum, kelat. Aku tahu Mira terasa hati.
Aku masuk ke dalam kereta Zaril di tempat duduk belakang. Terasa lega dapat duduk merehatkan diri.
"Zaril, hantar Sarah ke hospital. Aku nak hantar Mira balik." kata Hakim.
"Eh, takkan aku berdua je dengan Sarah. At least kalau ada Mira temankan Sarah, okey jugak." ujar Zaril.
"Tak apa. Nanti kami beritahu Auntie Lina. Kau bawa jelah Sarah. Kesian dia kalau lambat-lambat macam ni." ujar Hakim.
Zaril diam.
Mungkin sedang berfikir.Aku mendengar perbualan mereka.
Mira memang tak nak temankan aku barangkali.Zaril, Hakim dan Mira bersurai.
Mira naik kereta Hakim dan aku dalam kereta Zaril. Zaril mungkin tak biasa.Dari dalam kereta, aku nampak Zaril pergi ke arah belakang bonet kereta dan mengeluarkan sehelai kain. Ditutupnya bonet kereta itu lalu dia berjalan menuju ke arahku. Aku cuba duduk tak bersandar. Zaril membaluti tubuhku dengan kain selimut itu. Tak tebal, tak nipis. Selesa. Aku bersandar semula merebahkan badan. Zaril tak banyak cakap.
(bersambung.......)
AUTHOR : Shafeeca Izyan

ANDA SEDANG MEMBACA
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...