Zura punya pasal, sampai aku lupa urusan aku dengan Dato’ Zahari. Aku buntu, panik, takut semua ada bila teringat balik gambar-gambar aku yang ada dalam simpanan Dato’ Zahari. Aku tak nak Mama tahu. Ya Allah… dosa silam. Aku ingatkan, dosa aku yang lepas itu lepaslah tapi rupanya Allah uji iman aku lagi, lagi dan lagi.
Lepas aku ‘block’ WhatsApp Zura, aku baru perasan yang Ustaz Faiz pun dah ‘block’ WhatsApp aku. Sekarang baru aku tahu yang Ustaz Faiz ‘block’ aku sebab dia berada disamping ‘bidadari’ kesayangannya. Kalau dia berjauhan dengan isterinya, mungkin dia akan ‘unblock’ aku semula, akan cari aku balik dan kembali menghubungi aku. Mungkin. Tak apa. Kita tunggu dan lihat.
Kes aku dengan Dato’ Zahari belum selesai. Aku duduk di kerusi mengadap laptop. Aku nak buat apa pun tak tenang. Aku cuba ingat apa yang jadi sebelum aku terlibat dalam kemalangan dulu. Aku sedaya-upaya nak ingat balik siapa Dato’ Zahari, apa yang dah jadi antara aku dengan Dato’ Zahari, bagaimana perhubungan aku dengan Dato’ Zahari dan bila aku kenal dia. Nak pecah kepala otak aku ini aku rasa. Memang aku tak boleh ingat. Yang aku tahu, aku kenal Dato’ Zahari pada tahun 2005. Itupun sebab aku terbaca apa yang aku tulis dalam Kotak Kuning itu dulu. Tahun 2005 masa itu, umur aku baru 18 tahun. Huiii… muda betul aku!
Mataku menjeling ke arah jam di dinding. Hampir ke pukul lima setengah petang. Aku ambil masa untuk tenangkan diri. Aku buka ‘Contact List’ dalam smartphone, aku ‘view contact’ Dato’ Zahari, klik WhatsApp Message. Ini dah dikira aku beranilah ‘contact’ balik ‘jerung besar’ semata-mata sebab nak Dato’ Zahari hapuskan semua gambar-gambar lama aku yang ada dalam simpanan dia. Ingat senang ke jadi aku? Aku pun tak sangka benda yang dah lepas boleh kembali balik. Mati akal aku sekejap. Tak boleh nak fikir apa dah ni. Aku harap kes aku dengan Ustaz Faiz dan Zura dah selesai. Sekarang aku kena hadap kes ugutan dari Dato’ Zahari pula.
“Bismillahirrahmanirrahim…”
Ucapku dalam hati.“Assalamualaikum, Dato’. Ini Adriana.”
Aku mula menaip mesej ke WhatsApp Dato’ Zahari tapi mesej itu belum dihantar.Aku diam.
Termenung.
Masih takut-takut.“Baby I don't need dollar bills to have fun tonight…
(I love cheap thrills)
Baby I don't need dollar bills to have fun tonight…
(I love cheap thrills)
But I don't need no money…
As long as I can feel the beat…
I don't need no money…
As long as I keep dancing…”Ringtone smartphone aku berbunyi dengan kuat lagu ‘Cheap Thrills’. Terkejut aku sampai terlepas smartphone dari tangan. Dah lah aku tengah cuak nak mesej Dato’ Zahari…
Aku tengok nama dan gambar Mira terpapar pada skrin telefon. Cepat-cepat aku jawab panggilan telefon Mira.
“Assalamualaikum, Sarah.”
Mira bagi salam.
Aku jawab salam Mira.
Rindu wei. Rindu!“Sarah, kenapa lambat ‘pickup phone’?”
Tanya Mira.
Aku ketawa.“Telefon jatuh. Terkejut Mira call hahaha!”
Jawabku.
Mira ketawa.“Sarah kena pakai ‘bumper phone’ untuk keselamatan dan ketahanan telefon lepas ni. Sarah lasaklah, Mira. Sarah cari juga ‘bumper phone’ Sony dekat kedai smartphone tapi tak jumpa. ‘Brand’ Sony memang susah nak cari.” Rungutku. Mira ketawa.
“Alololo… tak apa. Insya’Allah Mira dan Hakim balik Malaysia hari Jumaat ini. Hari Sabtu Insya’Allah kita keluar, kita cari ‘bumper’ smartphone Sarah tu, okey?” pujuk Mira. Aku pula yang ketawa.
“Haaa… alang-alang kita nak keluar Sabtu ni, boleh kita tengok movie sekali, Mira!”
Aku ajak Mira. Penuh semangat aku haha!“Boleh juga. Lama dah kita tak keluar bersama. Dah lama juga kita tak tengok wayang. Movie apa sekarang, Sarah?” Tanya Mira.

YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpirituellesAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...