TRAVELOG

184 3 0
                                        

Aku kalah dalam memilih.

Kadangnya aku mohon supaya kematian itu menjemput aku, supaya aku tidak lagi perlu memilih.

Kadangnya aku mohon Uwais mati, supaya aku dapat bersama Wafi, walhal aku yang bodoh rupa-rupanya selama TUJUH TAHUN aku ditipu dalam diam oleh Wafi!

....dan aku berhenti memilih bilamana Allah SWT temukan aku dengan Adrian Adam. Seorang lelaki yang bertattoo, bertindik, pakai rantai, gelang, terlibat dengan jenayah kongsi gelap, vandalism, bermain senjata api, besi, senjata tajam, keluar masuk penjara, bersifat kasar dan dipandang jahat oleh masyarakat.

Ada hikmah kenapa Allah SWT temukan aku dengan dia, sedangkan masyarakat yang memandang kami dengan pandangan yang 'tak masuk akal'.

"Pakai jubah, pakai tudung labuh, pakai purdah, niqab bagai tapi bercinta dengan lelaki bertatu, bertindik, pakai rantai, singlet? Gila ke?! Akhir zaman betullah!"
terdengar kata-kata ini disekeliling kami.

Bagi sesetengah masyarakat ---
masakan seorang gadis berjubah, bertudung labuh, berniqab itu bernikah dengan seorang lelaki yang bertattoo?

:)

Percayalah...
bila kita hidup berpandukan kata-kata manusia, maka kita akan MATI.

Alhamdulillah Allah SWT yang cekalkan hati ini untuk terus bertahan. Kata-kata manusia itu sedikit pun tidak berbekas dalam hati ini. Katalah apa saja. Cakaplah. Hinalah. Demi Allah, aku tetap bertahan dan cinta ini semakin mekar dalam hati.

Lelaki bertattoo yang kalian lihat sangat jijik, hina ini sehingga dicaci oleh masyarakat dengan lontaran kata-kata AHLI NERAKA pada Adrian Adam selama ini telah menaikkan semangat kami.

Aku pujuk Adrian Adam untuk keluar khuruj (tabligh) dengan jemaah karkun selama 3 hari permulaan untuknya dan alhamdulillah Allah SWT pilih Adrian untuk mengikuti rombongan jemaah tabligh itu :)

Satu persatu perubahannya Adrian ke jalan Allah SWT aku lihat. Masih lagi mahu mencaci, menghina kami? :)

Teruskan :)
Demi Allah, sedikit pun kata-kata nista masyarakat pada kami tidak berbekas :)

(Sarah Adriana Abdul Rahman)
#AkuGadisLiar
#AGL

AUTHOR : Shafeeca Izyan

REPOST : AKU GADIS LIARCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang