"Takut tak?" soal Dr. Haziq. Dia ketawa.
Aku diam.
Bengong betul! Aku kena buli ke apa ni?"Jangan mudah percayakan orang, Sarah."
spontan Dr. Haziq mengeluarkan kata²."Jom! Saya hantarkan Sarah balik."
ajak Dr. Haziq."Kita tengok kotak² tu kejap, doktor."
pintaku."Eh, Sarah tak nak balik? Kang Auntie Lina cari Sarah kang..." Dr. Haziq mengingatkan aku pada Mama.
Aku seluk smartphone dalam handbag. Aku call Mama.
"Assalamualaikum Sarah. Sarah okey?"
tanya Mama."Waalaikumussalam Mama. Sarah okey. Sarah dekat luar. Sarah harap Mama tak marah Sarah ya, Ma. Rasa lega bila Sarah ada dekat luar. Mama proceed jelah dengan famili Uwais." jawabku.
"Sarah dekat mana ni? Mama risaulah. Sarah dengan siapa?" soal Mama.
"Nanti Sarah nak jumpa Mira. Nak rileks kejap. Mama jangan risau, nanti Sarah balik." ujarku.
"Sarah jangan tipu Mama. Sarah dekat mana ni? Sarah dengan siapa?" soal Mama lagi, tak puas hati barangkali.
Aku menghela nafas panjang.
Aku cuba melepaskan yang terpendam."Mama, please don't push me. Memang Sarah nak jumpa Mira." terasa macam aku tertinggi suara.
"Sorry, Ma. Nanti Sarah balik." pujukku.
Mama diam sekejap.
Aku tahu Mama marah."Jaga diri. Jangan tipu Mama ya, Sarah. Jangan ulang semula apa yang dah jadi sebelum ni." pesan Mama.
"Mama pun jaga diri. Assalamualaikum Mama." akhiriku. Lega.
Aku hubungi Mira. Aku beritahu Mira yang aku akan datang jumpa dia hari ini. Mira pun macam Mama. Tanya aku dekat mana dan dengan siapa. Aku tak jawab. Cuma aku kata jangan risau, nanti aku datang.
Aku call Mama dan Mira depan Dr. Haziq.
Plan Dua ---
aku tak nak ada dirumah sepanjang perbincangan penetapan tarikh majlis nikah aku dengan Uwais.Plan Tiga ---
aku nak tengok semua kotak² tu dengan Dr. Haziq. Aku nak share semuanya dengan Dr. Haziq."Jom saya hantarkan Sarah jumpa Mira."
ajak Dr. Haziq."Kita tengok kotak² tu dulu."
ajakku pula.Dr. Haziq terpinga².
Serba salah.Dr. Haziq simpan kotak² tu dalam sebuah bilik khas. Dalam bilik tu hanya ada kotak² tu dan set kerusi meja kayu jati.
Ada kotak enam kotak semuanya.
--- pink
--- ungu
--- biru
--- kuning
--- hijau
--- merah"Sarah confirm nak tengok kotak² ni dengan saya?" soal Dr. Haziq.
"Kenapa?" soalku tanpa menjawab.
"Sarah percayakan saya? Kalau dalam kotak² tu rahsia Sarah yang tak sepatutnya saya tahu, macam mana?" soal Dr. Haziq.
Aku senyum.
Aku terus duduk dan menarik kotak yang pertama --- KOTAK KUNING.
Dr. Haziq duduk melutut didepanku.
Aku senyum pandang Dr. Haziq.
Jam menunjukkan ke pukul 6.25 petang.Aku buka KOTAK KUNING. Ada tertera nama Dato' Zahari, tahun 2005, ada beberapa album gambar, ada sebuah buku catatan dan tiga set jewelry dalam kotak Tiffany & Co. Aku baca buku catatan tu sambil mengingati apa yang pernah jadi. Aku tak ingat. Aku belek² keseluruhan gambar yang ada dalam KOTAK KUNING tu pun aku tak boleh ingat siapa Dato' Zahari. Yang aku boleh andaikan, Dato' Zahari adalah seorang Sugar Daddy. Sugar Daddy aku dulu.
Aku pandang Dr. Haziq.
Dr. Haziq senyum."Cerita lama, Sarah. Abaikan."
kata Dr. Haziq.Aku tarik KOTAK BIRU mendekatiku. Aku buka penutup KOTAK BIRU tu. Ada semua kenangan aku dengan kawan² masa study dulu. Ada beberapa buah album gambar. Banyak. Ada catatan lama masa aku study dulu. Ada cerita tentang setiap kawan² yang terkesan dalam hidup aku waktu itu. Ada kawan² yang baik, ada kawan² yang jenis hidup muka bertalam², ada haters, ada cerita tentang tenaga pengajar, suasana study dan macam² lagi. Semuanya aku cerita dalam tu. Leka betul aku layan KOTAK BIRU. Bergelak ketawa jugak aku baca cerita² lama dengan Dr. Haziq. Macam budak². Iyalah, memang aku budak² lagipun masa tu.
Dr. Haziq senyum.
Dia minta izin untuk solat Maghrib.
Dah lewat katanya. Aku tengok jam. Dah hampir ke pukul 8.00 malam. Cepat masa berlalu. Aku pun tak sedar. Asyik sangat dengan kotak² ni.Aku tutup KOTAK BIRU. Aku pergi ke kotak seterusnya. Aku buka KOTAK UNGU. Kotak dimana semua nostalgia tentang aku dengan Mama dan Papa. Ada gambar² Mama dan Papa masa muda, gambar² Mama dan Papa sebelum dan selepas kawen. Aku nampak kebahagian Papa dan Mama masa tu. Ada gambar² aku masa kecil. Ada gambar² masa kami sedang bercuti. Aku senyum. Aku belek² setiap gambar yang ada. Tanpa sedar, air mata menitis. Sebak. Aku tak ingat apa yang berlaku tapi aku dapat rasakan kebahagian lampau. Aku rindu! Aku amati kembali setiap gambar² tu, aku sentuh gambar Mama dan Papa. Air mata ni dah tak tertanggung lagi. Rindu semuanya!
Lama aku membelek KOTAK UNGU. Ada barang² mainan masa aku kecil dulu. Aku baca semua catatan lama tentang kehidupan kami sekeluarga sehinggalah cerita tentang penceraian Papa dan Mama seperti yang telah diceritakan oleh Mama pada hari kedua aku sedar dari koma.
"Sarah, are you okay?"
perlahan kedengaran suara Dr. Haziq.
Aku sebak. Aku tak ingat apa² pasal Papa.Aku senyum pandang Dr. Haziq.
"KOTAK UNGU ni cerita tentang famili Sarah..." ujarku. Sebak.
Tiba² telefonku berdering. Panggilan dari Mama. Mama tanya aku dimana dan dengan siapa aku berada. Aku pujuk Mama. Mama minta aku pulang secepat mungkin sebab bimbangkan keselamatan aku.
Lepas berbual dengan Mama, aku buka kotak yang seterusnya --- KOTAK MERAH JAMBU. Kotak ni paling latest. Tahun yang tertera adalah 2014. Tak banyak barang. Cuma ada gambar² aku dengan Mira, Usroh, Usna, kawan² lain yang bertudung labuh dan berniqab. Aku rasa ini cerita terbaru tentang hidup aku. Aku hold dulu kotak ni. Aku tak sabar nak tengok KOTAK HIJAU dan KOTAK MERAH.
Perlahan² aku buka kedua² kotak.
KOTAK HIJAU dan KOTAK MERAH.KOTAK MERAH ---
semuanya cerita tentang hubungan aku dengan Wafi.KOTAK HIJAU ---
semua tentang hubungan rahsia aku dengan Uwais.Aku hold dulu KOTAK MERAH dan KOTAK HIJAU. Aku belum sempat selongkar kedua² kotak tu. Dr. Haziq ajak aku makan malam. Aku menolak. Aku hubungi Mira sebab nak jumpa Mira. Mira tanya lokasi aku dimana. Bila Mira tahu aku masih di rumah Dr. Haziq, dia suruh aku tunggu. Mira akan datang ke sini.
Jam menunjukkan ke pukul 10.25 malam. Aku beritahu Dr. Haziq yang Mira dalam perjalanan untuk ke sini. Tak lama kemudian, pintu di ruang tamu utama rumah Dr. Haziq diketuk.
"Mira dah sampai!" ujarku penuh semangat.
Aku dan Dr. Haziq senyum.
"Biar saya bukakan pintu."
balas Dr. Haziq.Aku angguk sambil tersenyum. Tak sabar nak tunjukkan pada Mira semua yang ada dalam kotak² tu!
Pintu dibuka....
"Assalamualaikum encik. Kami dari Pihak Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam telah menerima laporan dari orang awam berkenaan kes khalwat di rumah ini."
(bersambung......)
AUTHOR : Shafeeca Izyan
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...