AKU dan MASA.
=============Zaman lampau itu, aku tinggalkan kerna aku terlalu bahagia bila engkau 'kenal'kan aku dengan Tuhan.
Aku jatuh cinta pada Tuhan melalui engkau. Bahagia itu sukar untuk aku ungkap. Cinta itu terlalu indah tak tergambar dengan tutur bicara.
Seolah engkau bawa aku ke dunia lain.
Dunia yang tak pernah aku rasa sebahagia ini. Engkau bawa aku mengenal Tuhan, mengenal Islam.ketagihan.
ini yang aku rasa.Sampai satu masa,
engkau yang ajar aku mengenal Tuhan,
engkau yang ajar aku mengenal Islam,
engkau juga yang menghancur luluhkan hati ini.Engkau yang aku pernah harapkan,
engkau jualah yang menghancur.
engkau jualah yang meluluhkan.Daif dan naifnya aku tika itu.
Terpinga-pinga bila ditinggalkan.
Kejamnya engkau.Sampai satu masa,
aku menjadi penunggu.
Penunggu engkau paling setia.
Setiap detik, setiap saat.
Bodohnya aku kerana engkau.Aku mahu engkau tahu ---
betapa sakitnya penantian ini.
bagai menunggu untuk MATI.
semakin hari, semakin lelah,
semakin lemah disini.
seolah-olah menunggu masa untuk pergi.(Sarah Adriana Binti Abdul Rahman)
#AkuGadisLiar
#AGLAUTHOR : Shafeeca Izyan
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...