Kunci laci almari tak jumpa. Aku malas nak cari. Biarkan saja. Mata dah mengantuk. Aku tutup almari, tukar pakaian, ambil tuala, mandi.Masa terus berlalu. Kehidupanku hanya ada Mama disisi. Aku mulakan hidup baru. Aku terima segalanya. Tak nak fikir yang bukan-bukan. Segalanya aku bergantung harap dan berserah segalanya pada Allah.
… dan bermulalah hidupku kembali mencari apa yang pernah aku ada sebelum ini dan apa yang aku pernah ‘hilang’ sebelum ini. Aku mula ada akaun Facebook.
Beberapa bulan selepas itu, aku mula kembali memakai niqab. Aku mula hadiri majlis-majlis taklim anjuran jemaah Masthurat dan aku rasa aku happy dengan diri sendiri. Ingatan aku banyak pada Allah. Aku mula perbaiki diri. Dekatkan diri pada Allah. Dekatkan diri dengan amalan-amalan sunat dan sunnah dan aku rasa lebih tenang. Facebook antara medium untuk aku update majlis-majlis ilmu, mengajak muslimat hadir ke majlis-majlis anjuran jemaah Masthurat dan sebagainya.
Semuanya berjalan dengan lancar. Aku tak kerja. Duduk rumah teman Mama. Mama okey. Tak pernah Mama minta aku keluar cari kerja. Mama faham aku. Aku rasa Mama satu-satunya makhluk Tuhan yang paling memahami aku.
Masa berlalu….
Allah hadirkan ramai manusia dalam hidup ini datang dan pergi. Aku okey. Selagi aku rasa kuat kerana adanya Allah, maka kuatlah aku. Dalam jatuh dan bangkitnya aku, banyak kali jugaklah aku diuji Tuhan. Aku mengadu pada Mama, mengadu pada Allah lepas solat. Mula-mula memang payah tapi bila dah biasa, dah lali.
Manusia. Sikap manusia berubah-ubah. Allah membolak-balikkan hati manusia. Manusia hadir lagi dan lagi dalam hidup ini. Memang hidup aku ini Allah aturkan tak pernah sunyi dengan ajnabi. Semakin aku menjauh, semakin kuat aku diuji. Orang lain tak pernah faham. Aku buat pekak telinga.
Sehinggalah perkenalanku dengan seorang guru agama bernama Ustaz Faiz dari Pulau Pinang. Berusia tiga tahun lebih muda dari usiaku. Paling kelakar, Ustaz Faiz melamar aku untuk jadikan aku isteri keduanya. Hahaha! Tergelak aku. Tapi ini hakikat. Aku kenal dia melalui posting-posting agamanya berkenaan Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Ustaz Faiz ini antara ustaz yang mempertahankan pegangan Ahlus Sunnah wal Jama’ah dan bermati-matian menentang fahaman Wahabbi dan Syiah. Selain itu, aku mengenal Ustaz Faiz melalui posting-postingnya di Facebook berkenaan isterinya yang sangat solehah.
Krikk krikkk...
Siapa sangka…
Seorang guru agama yang selalu memuji-muji isterinya di Facebook boleh tergoda dengan perempuan lain? Tak sangka tapi tak mustahil kerana hati manusia ini Allah yang takluk. Allah yang membolak-balikkan hati manusia. Aku terima saja perangai-perangai manusia ini sebab aku pun sedar yang aku pun boleh jadi tak waras bila Allah membolak-balikkan hati ini.“Saya sayangkan Sarah. Saya nak nikah dengan Sarah. Sarah jangan tinggalkan saya.” Pinta Ustaz Faiz.
Hahahahaha!
Aku tak tahu ini adegan apa tapi macam dalam drama Melayu hahaha!“Saya nak jumpa Sarah.”
Pinta Ustaz Faiz lagi.“Nak jumpa untuk apa?”
Soalku.“Untuk saya kenal Sarah.”
Jawabnya.“Malam ni saya ada hal. Sarah nak hantar makanan untuk rumah anak yatim.” Ujarku. Kami berhubung dalam WhatsApp.
“Saya hantarkan Sarah ya?”
Pujuknya.Ustaz Faiz tahu yang aku tak ada transport nak ke mana-mana. Silap aku jugak sebab banyak beritahu dia macam-macam pasal diri aku.
“Tak apa, ustaz. Sarah guna Uber.”
Ujarku.“Sarah, please. Saya hantarkan Sarah ya.” Pujuknya lagi.
Aku diam. Sejak aku ada akaun Facebook ni, aku ada ramai kawan yang aku percaya. Aku ada Jannah, Leya dan Zee. Sesekali aku minta nasihat dari Jannah, Leya dan Zee. Mira pula sejak bernikah, dia menetap di Brunei, maka kami jarang-jarang berjumpa. Kadang-kadang tu adalah tanya khabar di WhatsApp atau Facebook.
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
روحانياتAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...