PART 20

314 5 0
                                        


Dear Uwais,

terima kaseh atas segala ilmu agama yang telah awak ajari. Dari saya kosong, awak penuhkan. Dari saya lopong, awak isikan. Dari saya losong, awak mampatkan. Saya hargai semua ilmu yang awak curahkan. Walau apa pun terjadi, walau sebesar mana pun pertelingkahan dan permusuhan kita, awak tetap tenaga pengajar saya dunia dan akhirat. Mohon halalkan setiap ilmu yang telah awak dicurahkan dan semoga awak tak berkira dengan saya bila saya minta pertolongan awak lagi, lagi, lagi dan lagi sampai habis nyawa saya.

Masa tak boleh diundur. Terima kaseh kerana buat saya rasa cinta dan sayang walaupun permulaan perkenalan kita, saya sangat rimas dengan awak. Permulaan perkenalan kita bermula dengan kebencian saya terhadap awak sebab awak selalu ajak saya kawen dalam pada saya punya hubungan dengan Wafi. Terima kaseh sebab selalu doakan kita. Terima kaseh sebab buat saya termakan pujuk untuk terus menjalinkan hubungan dengan awak.

Dear Uwais,

Hubungan kita hubungan rahsia dan awak minta saya rahsiakan. Mama pun tak tahu pasal kita. Mama hanya tahu hubungan saya dengan Wafi. Maafkan saya bila saya yang buat famili awak tahu pasal kita. Awak lebih suka hubungan kita dirahsiakan dari kawan². Maafkan saya andai saya tak mampu untuk merahsiakan. Bagi saya, kalau betul kita ikhlas, hubungan itu tak perlu dirahsiakan.

Dear Uwais,

terima kaseh sebab berjaya buat saya sayangkan awak. Saya rindu masa saya disayangi. Awak baik, awak pandai pujuk saya, itu semua dah cukup untuk saya rasa dihargai. Maafkan saya atas ketidakrasionalan saya sewaktu kita bersama. Saya emo, saya macam budak², saya tak matured tapi awak minta saya kekalkan sikap saya tu. Awak kata awak suka saya macam tu sebab saya terlalu manja, sentiasa merengek dan awak suka saya sharing semua benda pada awak.

Dear Uwais,

terima kaseh sebab buat saya jadi rindu. Awak ajar saya sentiasa ada dengan awak. Awak ajar saya yang awak akan sentiasa ada bila saya memerlukan. Awak ajar saya sayangkan awak. Awak ajar saya bergantung harap pada awak. Awak ajar saya macam² dan awak janji macam² tapi sekarang mana semua tu?

Dear Uwais,

awak ingat tak masa mula² kita berjalan bersama? Kita tak pernah lepas. Kita tak pernah jauh. Sikit pun tak pernah. Awak bukan saja pandai dalam bidang agama tapi awak juga pandai dalam bidang perhilitan barangkali. Bila kita berjalan² berkepit bersama, ada saja pokok² tepi jalan tu, mesti saya akan tanya awak nama pokok itu, tak pun... awak yang akan uji saya tanya itu pokok apa. Awak ingat saya tak pandai nak bezakan Pokok Nangka dengan Pokok Cempedak? Haha! Awak dah lupa semua tentang kita?

Dear Uwais,

Kali pertama kita keluar berjalan bersama, kita lalu dekat Tokong Cina, Kuil India, Sekolah Vokasional, Shopping Mall, Bengkel² Kereta, Restoren, Stesen Keretapi dan macam² tempat lagi. Paling seronok bila saya tengok awak jumpa Pokok Saga, kita kutip Buah Saga sama², then kita snap gambar sebelum Buah Saga itu dimasukan ke dalam beg awak. Awak dah lupa semua tu?

Dear Uwais,

awak ingat tak kali pertama kita bertengkar? Saya sanggup cari awak dekat rumah famili awak. Saya nekad. Lepas saya ke sana, semuanya tak ada masalah, kita baik semula. Bila kita jauh, awak buat tak tahu dengan saya. Bila kita jauh, awak tak pedulikan saya. Bila saya ada bersama awak, barulah awak layan saya dengan baik. Saya tak mampu nak menahan emosi bila saya tanya awak kenapa kita kerap gaduh bila kita jauh, saya tanya awak dalam keadaan saya menangis teruk... Awak tak jawab melainkan awak genggam erat tangan saya, awak peluk saya, awak tenangkan saya, kita jadi okey. Awak tahu lemah saya, awak tahu segala apa yang saya suka. Terima kaseh atas segala layanan awak pada saya waktu itu dan itulah kali pertama kita tidur bersama. Esoknya saya minta maaf atas apa yang berlaku. Sebab awak dari famili yang kuat agama, warak, alim tapi awak kata TAK APA sebab AWAK PUN NAKKAN SAYA. Awak dah lupa tentang kita?

Dear Uwais,

Kenapa masa mula² dulu awak nak dapatkan saya, awak bersungguh² menjaga saya then lepas awak dapat saya, awak tinggalkan saya?

Kenapa awak ajar saya yang awak akan ada sentiasa dengan saya tapi sekarang awak tinggalkan saya?

Awak ajar saya mengenal Tuhan, awak ajar saya tentang agama dan kemudian awak ambil kesempatan pada perempuan jahil macam saya?

Awak tahu kenapa saya mula sayangkan awak, Uwais? Sebab mula² saya kenal awak, awak yang celikkan saya dengan agama Islam dan saya hanya nampak keperibadian Islam dalam diri awak.

tapi Uwais...
kenapa buat saya macam ni?
kenapa tinggalkan saya macam ni?
Mana lagi saya nak pergi?
Saya penat merayu, saya jauh.
Awak tak pedulikan saya bila kita jauh.

Dear Uwais sayang,
terima kaseh sebab buat saya macam sampah yang paling keji dan hina sehina²nya. Terima kaseh buat saya terus menjadi sisa. Terima kaseh sebab tak pernah bertanggungjawab atas apa yang dah berlaku. Awak suka buat saya macam ni? Awak puas, sayang? Terima kaseh buat saya terhegeh² meraih cinta awak walaupun awak dah tak nak saya lagi. Cuba awak bagitahu saya, mana lagi saya nak pergi bawa zuriat awak dalam perut ni? Mana saya nak pergi???

(bersambung.......)

AUTHOR : Shafeeca Izyan

REPOST : AKU GADIS LIARTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang