Dear lelaki itu.
Ini untuk kamu. Untuk kamu yang cuba mengambil kesempatan ke atasku. Jangan sesekali guna perwatakan agama mu untuk engkau meraih tubuhku.
Engkau tahu lemah aku.
Engkau tahu aku jahil dulu.
Kau kata nak bimbing aku.
Bodohnya aku percaya kamu.Salah aku.
Menerima dirimu.Salah aku.
Membenarkan cintamu menusuk ke qalbu.Salah aku.
Mengikut nafsumu.Salah aku.
Kerna membalas kasihmu.Salah aku.
Mengikut fahaman agama mu.Salah aku.
Mengikut rentak hidupmu.Sampai satu ketika ---
engkau tinggalkan aku.Sampai satu ketika ---
engkau tidak peduli aku.Sampai satu ketika ---
engkau buat tak tahu.Mana janji engkau?
Atau sekarang engkau nak kata yang engkau tak pernah berjanji selepas meninggalkan benih zuriatmu dalam tubuhku?
Aku terima engkau kerana agama engkau!
Hanya Islam yang aku nampak dalam diri engkau masa mula² kita kenal dulu tapi sayang... adakah engkau cuba memancing aku dengan KEPERIBADIAN ISLAM mu itu?Adakah engkau cuba perangkap aku dengan mengajar aku tentang fahaman agama mu?
Adakah engkau cuba menarik perhatianku dengan PERIBADI ISLAM mu itu?
Sayang...
engkau telah mengambil kesempatan ke atas ku kerana aku perempuan jahil.Sayang...
sekarang engkau tinggalkan aku terkontang-kanting.Sayang...
terima kaseh kerana buat aku jadi bodoh.
Mempercayaimu sehingga diri yang luruh.Sayang...
ini perutku.
ada zuriat kamu.#AkuGadisLiar
AUTHOR : Shafeeca Izyan
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
Tâm linhAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...