PART 15

276 5 0
                                    


Dear Wafi,

awak ingat lagi tak masa mula² saya pakai tudung? Allah bagi saya ujian sakit. Mungkin Allah nak tengok sama ada saya kuat atau tidak bila berhijab ketika ditimpa sakit. Awak sentiasa disamping saya. Awak sentiasa ada. Awak tak pernah jauh. Awak sentiasa jaga saya, makan, minum, pakai saya masa saya sakit. Masa tu, semua orang yang tengok awak, semua kata awak ni suami mithali, walhal kita belum ada apa² ikatan yang sah. Terima kaseh sebab melayan kerenah saya sepanjang saya sakit tu, Wafi.

Saya sakit teruk masa tu. Awaklah yang sentiasa bawa saya ke klinik dan hospital. Ya, Allah datangkan penyakit yang pelik² sewaktu saya mula² bertudung dulu sampai doktor sendiri pun tak dapat nak pastikan penyakit saya. Mula² kita pergi klinik swasta, then bila dapat surat dari doktor di situ yang mengatakan saya perlu dirujuk oleh doktor pakar di Hospital Kuala Lumpur, saya menolak untuk pergi. Saya rasa cukuplah sampai situ. Saya bukan putus asa, cuma berasa cukup sekadar itu. Cukup untuk tidak menyusahkan awak lagi, Wafi.

Saya tak boleh jamah sembarang makanan. Bukan semua makanan saya boleh makan masa tu. Saya muntah teruk. Mual² tak payah cakaplah. Kerap saya muntah dalam kereta awak tapi awak tak pernah marah. Kesabaran awak tinggi, Wafi. Awak yang cucikan muntah² saya dalam kereta, pakaian saya, semua awak cuci. Awak bawa saya berjalan², bersiar² di taman sebab awak nak saya tenang. Ada kalanya awak menangis sebab awak kata awak nak saya sihat macam selalu. Masa tu badan saya dah semakin susut. Berat badan turun mendadak. Saya dah kurang tenaga sampaikan saya nak berjalan pun, awak terpaksa papah saya. Ya Allah, hanya Allah je yang tahu betapa banyaknya pengorbanan awak, Wafi.

Sepanjang saya sakit, Mama jaga saya masa dirumah tapi oleh kerana awak kerap berada disamping saya masa saya sakit, pengorbanan awak nampaknya melebihi Mama. Awak suapkan saya makan, minum saya awak jaga, pakaian saya awak yang basuh sebab awak kata tak nak Mama susah bila saya sakit. Mama memang sayangkan awak, Wafi. Mungkin sebab Mama pun dah nampak pengorbanan awak selama ni.

Oleh kerana kesungguhan awak menjaga saya, kesabaran tinggi awak yang terlihat nyata, alhamdulillah penyakit saya semakin pulih. Saya dah kurang mual² dan muntah. Saya dah mula makan nasi, dah boleh berjalan macam biasa tanpa dipapah, dah mula boleh senyum, dah mula boleh ketawa macam biasa, dah boleh itu ini sikit² tapi masih dalam kawalan. Saya happy tengok awak happy masa tu. Saya nampak awak tetap sayang saya walau apa. Terima kaseh, Wafi.

Bila saya sihat sikit, saya dah mula bertudung labuh dan berniqab. Awak happy dengan perubahan saya. Perasaan bertudung labuh dan berniqab tu secara TIBA². Bukan sebab manusia atau keadaan sekeliling. Memang Allah yang bagi rasa nak pakai semua tu dalam hati. Allah yang hadirkan rasa nak pakai semua tu dalam hati ni. Mama mungkin terkejut dengan perubahan saya masa tu tapi alhamdulillah, Mama tak pernah halang.

Bila Allah izinkan saya sihat, saya dah mula rajin ke kuliah agama. Kalau ada masa terluang atau rasa tak menyusahkan kawan, saya akan pergi ke kelas agama dan halaqah. Masa tu lah saya jumpa kawan sekolah saya balik, Mira. Time tu saya rasa best sebab saya belajar agama.

Masa terus berlalu, sepanjang perubahan saya, sepanjang penghijrahan saya, Allah hantar ramai orang yang baik² untuk saya kenal dan berkongsi ilmu agama. Masa tu, ramai lelaki cuba dekati saya. Saya mulai rimas. Semua tu saya sharing dengan awak, Wafi. Sampai awak pun naik pening sebab ramai sangat lelaki ajak saya kawen. Lelaki dari sekolah agama lah, ustaz yang mengajar di madrasah lah, tok imam lah, student sekolah pondok lah, student Mesir, lelaki dari Turki lah, perempuan yang melamar saya untuk suami dia pun ada, semua tu saya cerita dengan awak sebab awak suka saya cerita semua benda pada awak. Terima kaseh, Wafi.

Dan sampailah satu masa, saya mula berkawan dengan seorang lelaki yang pada mulanya memang saya tak suka dia. Dia abang kepada kawan saya. Kawan saya nama Usroh. Bermula dari saya termakan pujukan Usroh supaya hadir di majlis konvo dia. Saya pergi dengan Mira ke majlis konvo Usroh tu. Saya minta Mira temankan saya.

Dari majlis konvo Usroh tu, saya mula kenal famili Usroh. Saya mula kenal adik Usroh nama Usna, abang Usroh nama Uwais dan mak dan ayah diorang. Saya seronok tengok Usroh masa tu. Happy giller. Usna pula manja dengan saya. Then lama², Usroh kenalkan abang dia pada saya. Seorang yang baik, nampak warak, alim tapi saya tak berapa suka. Mungkin sebab hati saya 100% untuk awak, Wafi.

Semakin hari semakin saya stress. Uwais kerap ajak saya nikah. Awak tahu kan yang saya terlalu stress masa tu? Saya selalu cerita dekat awak sampai menangis² sebab saya betul² dalam keadaan tertekan teruk dengan ajakan nikah dari Uwais tu. Saya dah banyak kali menolak tapi dia tetap berdegil. Uwais kata dia selalu doa kami akan berkahwin dalam setiap doa solatnya. Saya rasa dah tak nak hidup dah masa tu dek kerana stress yang melampau. Awak minta saya bersabar. Awak kata ni ujian Allah buat kita. Baik, saya sabarkan.

Tak lama lepas tu, perasaan benci saya pada Uwais semakin hari semakin terhakis. Saya dah mula berkawan dengan Uwais. Saya bagitahu awak yang saya dah mula terima Uwais sebagai kawan dan stress saya semakin berkurangan. Awak senyum. Awak kata Alhamdulillah. Awak kata berkawanlah dengan dia. Awak tak pernah halang dengan siapa saya berkawan. Awak tak pernah mengongkong dengan siapa saya nak berkawan. Memang itu diri awak dari awal kita kenal di club sampai sekarang.

Awak dah mula sibuk dengan kerja awak. Awak dah tak banyak masa dengan saya macam dulu. Kita bertengkar sekejap. Awak banyak mengalah. Awak banyak ikutkan kehendak saya sampaikan saya lebih utama dari famili awak. Saya nampak kasih sayang awak, Wafi. Awak sanggup lepaskan projek² besar dalam kerjaya awak sebab saya. Awak takut saya boring. Awak berhenti kerja, awak luang masa sepenuhnya untuk saya. Itupun saya masih buta tak nampak pengorbanan awak dan still saya cari masalah tuding jari menyalahkan awak dalam banyak hal. Maafkan saya, Wafi.

Bila saya dah mula suka berkawan dengan Uwais, saya rahsiakan dari pengetahuan awak. Saya jumpa Uwais secara privasi beberapa kali. Saya tak curang. Saya sayang awak, Wafi. Cuma saya berkawan rapat dengan Uwais. Mulanya Uwais mengajar saya mengenal Tuhan. Uwais kuatkan jiwa saya untuk terus berhijab sebab kadang² saya rindukan tops dan mini skirt saya. Uwais ajar saya kuat. Dia ajar saya solat dan mengaji. Selalu saya habiskan masa saya dengan Uwais. Saya tak curang, cuma saya dah rapat dengan Uwais.

Salah saya juga, membenarkan rasa cinta Uwais itu sampai ke hati ini. Semakin hari saya dan Uwais terlalu rapat. Maafkan saya, Wafi. Saya tak curang (untuk beberapa kalinya). Kami kerap bertemu. Ada sesuatu terjadi antara saya dan Uwais............

(bersambung.......)

AUTHOR : Shafeeca Izyan

REPOST : AKU GADIS LIARWhere stories live. Discover now