PART 19

310 4 0
                                    


Suasana sepi.
Mungkin Dr. Haziq tergamam dengan permintaan aku.

Then aku ketawa kuat.
Hahahahahahahaha!!!
Dah tak tahan dah.
Aku tahu Dr. Haziq tengah panik.

"Sarah, apa ni?"
soalnya.

Aku ketawa lagi.
Kali ni tawaan aku lebih kuat dari tadi.
Aku tahu Dr. Haziq cemas.

"Suspen tak? Suspen tak?"
soalku sambil ketawa.

Aku tak tahu macam mana rupa Dr. Haziq dekat sana. Tak dapat nak bayangkan rupa Dr. Haziq panik macam mana. Dan aku terus ketawa menghabiskan sisa² tawaanku.

"I dekat sini memang tak boleh nak bajet keadaan You dekat sana macam mana, Sarah. Sikap dan perilaku You boleh berubah² dalam sekelip mata tanpa diduga." jelas Dr. Haziq.

Aku terus ketawa.
Terkejut punya pasal, terus keluar "I, You" hahahaha!

Aku menarik nafas lega.
Terima kaseh buat saya ketawa, Dr. Haziq.

"Sarah ingat nak pergi jumpa Wafi tapi rasanya tak sempat kot." luahku.

Aku dengar Dr. Haziq menghela nafas panjang.

"Tak perlulah jumpa Wafi tu. Sarah dah nak kawen pun, kan?" pujuk Dr. Haziq.

"Ya. Tapi Sarah tak sedia lagi." luahku.

"Hah?! Apa yang tak sedia lagi Sarah? Esok dah nak menikah, hari ini Sarah kata tak ready lagi?" soal Dr. Haziq.

Aku ketawa.

"Sarah nak Wafi, bukan Uwais. Uwais ni pilihan Mama untuk Sarah." luahku.

"Bukan ke dulu Sarah yang halau Wafi masa dekat wad hospital depan orang ramai? Sarah lupa?" soal Dr. Haziq mengingatkan aku semula tentang kejadian itu.

Aku menghelakan nafas panjang.

"Salah Sarah. Sarah yang tuduh Wafi yang bukan². Sarah yang buat keputusan tanpa selidik." jawabku perlahan mengaku kesalahan diri.

"Haaa sekarang Sarah dah nampak kan mana silap Sarah, apa kelemahan Sarah, dimana kecuaian Sarah?" soal Dr. Haziq cuba untuk aku nampak kesilapan diri.

Aku diam.
Memang salah aku pun.

"Ok. Sarah. Awak rehat dulu. Tenangkan fikiran. Jangan fikir bukan². Esok awak nak kawen, nak jadi isteri orang. Elakkan berhubung dengan lelaki lain untuk jaga hati suami, utamakan suami, jangan ingat kenangan cinta lama dengan lelaki lain, tumpukan sepenuh perhatian pada suami dan galas tanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang isteri." pesan Dr. Haziq. Macam pakai motivasi cinta suami isteri.

Aku diam.

"Dr. Haziq nak letak telefon dah ke?"
soalku.

"Rasanya macam tu lah. Saya nak balik dulu. Dah lama saya dalam kereta ni berbual dengan awak." jawabnya sambil ketawa perlahan.

"Dr. Haziq, wait!"
pintaku.

"Sarah minta maaf pasal serbuan hari itu. Kalau tak sebab Sarah minta kotak² tu Dr. Haziq simpan, mesti tak jadi apa. Kalau Sarah tak ikut Dr. Haziq balik rumah masa tu, mesti kita berdua tak kena tahan dengan Jabatan Agama." aku mohon maaf. Memang nampak sangat salah aku tu.

"Benda dah lepas, benda dah nak jadi, kita nak buat apa lagi, Sarah? Jadikan pengajaran supaya kita tak ulangi kesilapan yang sama. Apa pengajaran yang Sarah dapat dari peristiwa serbuan kes khalwat kita tu?" tanya Dr. Haziq.

"Pengajaran yang Sarah dapat... jangan mudah percayakan lelaki walaupun lelaki itu lelaki yang kita kenal tapi dia bukan suami kita, jangan mudah ikut kata hati, hawa nafsu dan emosi sendiri. Berfikiran waras dan rasional walau dalam apa jua situasi sekalipun, jangan mudah sangat memberanikan diri, jangan buat keputusan melulu dan jangan mudah terlalu nekad nak buat apa² tindakan tanpa berfikir." jawabku satu persatu.

"Haaa pandai pun! Jadikan ia sebagai pengajaran. Lagi satu saya nak pesan. Walaupun dia itu suami kita, jangan sesekali meletakkan 100% kepercayaan pada suami tapi letakkan 100% kepercayaan pada Allah SWT sebab Allah yang berkuasa menetapkan hati manusia." pesan Dr. Haziq.

Aku menarik nafas lega.

"Insya'Allah, doktor."
balasku.

"Dr. Haziq, nak tanya... last!"
pintaku.

"Ya, Sarah. Apa dia?"
soalnya.

Kesian Dr. Haziq.
Penat dia layan aku.
Macam budak².

"Lelaki yang hari itu, masa kita kena tahan dekat balai tu... itu ke Dato' Zahari?"
soalku.

"Oh yaa... itulah Dato' Zahari. Sarah kenal dia? Ada apa² pasal dia yang Sarah ingat?" soal Dr. Haziq.

"Sarah tak ingat..." jawabku.

"Dato' Zahari ada bisnes usaha sama dengan syarikat Oil and Gas. Saya pun tak kenal dia." terang Dr. Haziq.

"Dia ada cakap apa² pasal Sarah masa tu?" soalku.

"Saya tak ingat pula..."
jawabnya perlahan seperti cuba untuk mengingati sesuatu.

"Abaikanlah, doktor."
pintaku.

"Terima kaseh sebab sudi layan Sarah."
ucapku.

Dr. Haziq sempat mengucapkan tahniah dan aku sempat berseloroh mengatakan ucapan TAHNIAH itu ibarat TAKZIAH. Dr. Haziq ketawa mengakhiri perbualan kami.

Aku bangun dari katil dan mula bergerak ke kerusi menghadap laptop. Aku on kan laptop, kembali mengadap skrin laptop. Sekarang aku dah bersedia untuk baca folder seterusnya.

"DEAR UWAIS"

Folder yang menceritakan tentang segala curahan rasa aku terhadap Uwais suatu ketika dulu. Dan aku harap hati aku kuat.

(bersambung.......)

AUTHOR : Shafeeca Izyan

REPOST : AKU GADIS LIARWhere stories live. Discover now