PART 11

274 5 0
                                    


"Mama, please...."
pintaku.

Mama menghelakan nafas panjang. Untuk sekian kalinya Mama menurut kehendakku lagi dan lagi.

"Sarah tidur dulu. Dah lewat ni."
ujar Mama mengubat hati sendiri.

Aku angguk.

"Terima kaseh, Mama."
ucapku.

Mama senyum kelat.
Aku mengekori Mama hingga ke pintu bilik. Selepas bersalaman dan memeluk Mama, aku menuju ke katil. Langkahku longlai. Mata aku berat tapi emosi aku bagaikan dihenyak². Serabut. Perasaan bercampur-baur. Lelah.

Akhirnya aku terlelap.
Tak sedar bila aku terlelap.
Mama kejutkan aku ajak solat Subuh.

Aku tak tahu kenapa tiba² aku teringatkan Dr. Haziq. Patut ke aku cuba hubungi Dr. Haziq? Otak ni dah tak berapa nak betul sangat dah ni. Aku konfius. Nak call ke tak nak, nak call ke tak nak? Haaihhhh...

Masa dah semakin suntuk.
Runsing. Mata still mengantuk.
Akhirnya aku terlelap untuk kali kedua.
Tak sempat nak call Dr. Haziq.

Mama kejutkan aku ajak breakfast.
Dengan langkah longlai dan mamai, aku mandi, bersiap dan terus turun ke ruang makan. Aku tengok makanan semua dah terhidang atas meja makan. Ada nasi lemak, ada sambal sotong, sambal ayam, mee goreng, kuih seri muka, karipap, french loaf, jem strawberry, kaya, telur goreng, majerin, air mineral, susu, dan teh O panas. Banyak pilihan.

"Good morning, Sarah!"
ucap Mama.

Aku ketawa.
Terasa macam tengah bekerja pula sebab ada orang bagi ucapan Selamat Pagi.

"Good morning, Madam! Kenapa banyak sangat makanan ni, Mama?" soalku.

Mama senyum.

"Jenis makanan je yang banyak untuk dipilih tapi posyen hidangan hanya untuk kita berdua je." balas Mama.

Aku senyum.

"Mama nak keluar kejap lagi. Mama nak beli barang dapur sikit, nak masak untuk bakal mertua Sarah petang karang. Sarah nak ikut?" tanya Mama sambil tersenyum.

"Famili Uwais datang pukul berapa, Mama?" soalku.

"Tak sabarlah tu..." seloroh Mama.

"Eh bukan! Sarah ada plan nak keluarlah Mama." ujarku.

Mama pandang aku.

"Sarah nak keluar ke mana, sayang? Kan famili Uwais nak datang rumah bincangkan pasal majlis Sarah dengan Uwais?" balas Mama.

"Mama bincang je lah. Sarah tak ada pun tak apa." ujarku.

"Sarah, famili Uwais datang jauh² nak jumpa bakal menantu diorang tau. Paling tidak mestilah mak dan ayah dia nak tengok Sarah." pujuk Mama.

Aku menghela nafas panjang.
Rasa sesak dah nafas ni aku rasa.
Macam kena paksa kawen dah ni.

Aku sempat minum segelas susu dan terus minta izin untuk naik ke bilik. Aku tak boleh lama² berdepan dengan Mama.

Aku masuk bilik, aku tekad nak hubungi Dr. Haziq. Aku capai telefon dan terus dial nombor Dr. Haziq. Kali pertama aku call, panggilan tak berjawab. Panggilan kedua baru Dr. Haziq jawab.

"Assalamualaikum Sarah."
Aku menjawab salam Dr. Haziq perlahan². Takut Mama terdengar pula perbualan kami. Aku tutup pintu perlahan dan terus lock.

"Sarah, kenapa ni Sarah?" soal Dr. Haziq.

Aku terdiam sekejap.
Blur tiba². Tak tahu soalan mana yang patut aku tanya.

"Dr. Haziq, Sarah rasa Sarah tak okey."
luahku.

"Kenapa ni, Sarah?" tanya Dr. Haziq lagi.

Aku terus diam.
Blur habis!

REPOST : AKU GADIS LIARWhere stories live. Discover now