Izznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.
Kelihatan seorang teruna sedang memegang sejambak bunga ros merah untuk dihadiahkan kepada si dara. Bunga ros yang mempunyai 100 tangkai itu diserahkan ke tangan lembut milik si dara. Dengan perlahan si dara menyambut kuntuman bunga itu dari tangan sasa milik si teruna. Seketika mereka membalas senyuman.
“Thanks.." Ujar si dara sopan. Dia mencium sejenak kuntuman bunga itu. “Most welcome. Shall we?" Si teruna tersenyum dan mempelawa si dara duduk di kerusi kayu berwarna putih di hadapan meja makan yang dihias cantik. Dia menarik kerusi dan memberi insyarat kepada si dara agar melabuhkan duduk di situ. Si dara hanya menurut.
Kemudian, giliran si teruna pula melabuhkan duduk di hadapan si dara.Lampu-lampu hiasan yang dipacakkan di pasir sekeliling meja makan memang membangkitkan suasana yang cukup romantis di ketika itu. Si dara meletakkan jambangan bunga ros di atas meja berhampiran makanan barat yang telah pun disediakan.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Si dara memulakan perbualan. “Terima kasih sekali lagi sebab awak sudi buat semua ni untuk saya. Betul-betul saya rasa menyusahkan awak." Si teruna tersenyum lagi. “Takde yang menyusahkan pun. Saya yang sepatutnya harapkan awak terima kasih saya. Saya ikhlas buat semua ni dekat orang yang saya sayang saja. Saya rela habiskan masa dan tenaga saya untuk orang yang saya suka dan awaklah orangnya." Mereka membalas pandangan.
Suasana sepi ketika itu. Yang terdengar cuma bunyi hembusan angin yang bunyi air di laut. Sejuk dan mendamaikan.
“Awak...." Si teruna menunggu ayat yang keluar dari bibir munggil si dara. “Maaf.. Saya tak boleh terima awak." Perlahan dia menuturkan ayat itu membuatkan si teruna tercengang. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengar. “Ke.. Kenapa? Kenapa awak tak boleh terima saya? Saya ada buat salah ke dekat awak?"
Si dara menggeleng. “Awak tak salah apa. Saya yang tak sempurna. Awak tahu kan sejarah hitam saya sebelum ni. Saya tak nak nanti orang kata...." “Saya ikhlas terima awak seadanya." Potong si teruna lagi. Mata mereka bertatapan membuatkan si dara terkedu. “Takde siapa yang sempurna di dunia ni. Semua orang ada kelemahan sendiri. Macam tu juga dengan saya.
“Awakk...." Tangan lembut milik si dara digenggam erat. Kepekatan malam dan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menjadi saksi lamaran si teruna kepada si dara. “Jangan hampakan saya. Siapa pun awak di masa lalu, seburuk mana pun awak di masa lalu, saya ikhlas mahu memperisterikan awak menjadi makmum saya, jadi ibu kepada anak-anak saya. Please, say yes for me?"
Renungan lembut sepasang mata milik si teruna benar-benar membuat hati wanitanya cair. Sungguh dia rasa dihargai dan disayangi oleh pemuda kacak di hadapannya ini. Namun, terasa ada jurang di antara mereka yang membuatkan dia berfikir berkali-kali untuk menerima lamaran lelaki itu. Dia tidak mahu bebankan lelaki itu.
“Say... Saya... Saya...." Si teruna sabar menanti jawapan dari bibir munggil si dara. Tiba-tiba...
“Mama!!" Satu suara kecil menjerit memanggil ibunya yang sedang lena di katil. Tangan kecilnya turut menggoncang tubuh ramping ibunya itu. “Maaa... Bangun..." Kejutnya lagi. Suaranya begitu comel. Sesuai dengan wajahnya yang juga cukup comel seperti anak kacukan melayu dan inggeris.
Habis bertebangan selaga mimpi wanita itu.Anak kecil itu menggerakkan lagi ibunya. Terpisat-pisat ibunya itu membuka mata. Keadaan sekeliling dipandang. Sah lah, dia bermimpi. “Ermm... Abang... Good morning. Aik, abang dah siap pakai baju? Mandi tak tadi ni?" Dia seperti tidak percaya anaknya itu sudah bersiap. Selalunya dia yang akan siapkan anaknya itu pagi-pagi. Mandikan, pakaikan baju dan siapkan sarapan.
Kini, anaknya itu yang bersiap berseorangan. Bukan dia tidak harap. Baginya, anaknya itu masih kecil lagi. Baru berumur 4 tahun. “Mandi lah mama... Abang pakai sabun carrie junior lagi tau. Tengok ni. Wangi tak?" Dia menghulurkan tangannya kepada ibunya itu. Suruh ibunya mencium. Ainnur Sofea menurut.
“Ermmm... Wanginya anak mama ni... Dah lah wangi handsome pula tu." Anaknya ketawa malu. “Maa... Cepatlah mandi. Dah lambat ni? Abang takut abang kena marah dengan cikgu nanti.." Ujarnya manja. Seketika Sofea memandang jam di dinding bilik. Terbuntang matanya tanda tidak percaya. “Allahuakhbar... Abang kita dah lewat ni. Dah 7.40 pagi. Habislah mama..." Segera Sofea berlari ke bilik air selepas tuala mandi hang tersangkut di pintu bilik air disambar.
10 minit sahaja dia mengambil masa untuk bersiap. Dalam sejarah betul. Wajahnya dioles dengan gincu sahaja tidak berbedak seperti selalu. Namun, itu sudah membuat wajahnya berseri. Mujurlah, dia sudah menyerika baju kerjanya dan tudung siap-siap malam tadi. Kalau tidak.... Entahlah!
Kunci kereta segera diambil. Sebelum menghidupkan enjin kereta sempat dia berbual dengan anaknya. “Abang... Mama minta maaf. Mama tak sempat sediakan breakfast. Nanti mama pesan dekat Cikgu Alia bagi abang makan dulu eh, sebelum masuk kelas.." Anaknya itu tersengih. “Okay, ma.abang tak lapar lagi pun." Sofea senyum seketika.
Tiba-tiba anaknya itu bersuara lagi. “Mama... Adik?" Sofea mengerutkan kening. Adik? Kotak memori mindanya mula memikirkan sesuatu. Tingg!! Baru dia teringat sesuatu. Dahinya ditepuk. “Ma sha Allah.. Macam mana mama boleh lupa ni. Abang duduk kejap dalam kereta ni." Terkocoh-kocoh Sofea keluar dari kereta Produa Myvi putih kepunyaannya. Dia berlari membuka kunci rumah masuk ke rumah semula.
Pintu biliknya dibuka dan serentak kedengaran tangisan suara kanak-kanak perempuan berumur 4 bulan. Kuat sampai tersedu-sedu dia menangis. “Sayang anak mama... Mama minta maaf sayang. Mama kalut sangat sampai terlupa dekat anak dara mama ni. Dah-dah sini jangan nangis. Mama susukan, ye?" Dia menyusukan anaknya, Raisya Ameera itu dengan susu badannya.
Sambil menyusu dia menilik jam di pergelangan tangan. Habislah, dia betul-betul lewat kali ni. Mana nak hantar anak pergi pengasuh lagi, kena pergi tadika, kena pergi kerja lagi. Harap-harap jalan raya tak sibuk hari ini. Sudahlah tak sempat menyediakan anaknya yang sulung itu sarapan. Mandikan anaknya yang kecil ini pun tak sempat. Selalu dia akan sediakan dulu keperluan anak-anaknya sebelum pergi kerja. Namun, hari ni dia pula terbangun lewat.
Tak pasal-pasal kena hantar Raisya Ameera yang belum mandi dan pampers yang belum ditukar itu ke rumah Mak Cik Kiah. ‘Ampunkan Pia, Cik Kiah. Janji tak buat lagi.' Sofea bermonolog dalaman. Selepas siap anaknya menyusu, cepat-celat Sofea keluar dari rumah. Setelah mengunci pintu, dia meletakkan anak perempuannya di baby seat penumpang sebelahnya. Manakala, anak lelakinya duduk di seat belakang.
Pemanduan dimulakan dengan lafaz bismillahirahmanirahim...!