Dalam diam, Sofea menahan debar. Entah apa yang Daniel ingin bincangkan tengahari rembang macam ni. Di luar pejabat pula tu. Janganlah dikaitkan soal hati dan perasaan. Dia tiada mood mahu melayan sekarang ini. Daniel melepaskan nafas. Kerusi panjang di tepi benteng bunga itu Daniel melabuhkan punggung. Tempat kosong disebelahnya ditepuk, mengarahkan supaya Sofea duduk di sebelahnya.
Sofea menurut, dijarakkan sedikit tubuhnya dengan tubuh tegap Daniel. Tak ingin dia duduk rapat-rapat! Haruman tubuh Daniel menyapa hidung mancungnya.
"Bos... Saya rasa saya tak boleh lama-lama. Takut nanti orang nampak tak manis pula. Lagipun, sekarang ni waktu kerja. Lunch hour dah habis." Ujar Sofea lambat-lambat sambil memerhati sekeliling. Kedengaran Daniel ketawa kecil."Sofea... Calm down. Takde siapa pun nak hiraukan. Kalau ada pencegah maksiat datang pun I tak kisah. Cepat sikit kita menikah." Seloroh Daniel bersahaja membuatkan Sofea rasa lagi takut. Wajah kemerahan itu kelihatan sedikit pucat.
"Bos... Saya..."
"Okay... Okay... Sorry. I gurau je. Sebelum you smackdown I. I ceritakan apa yang I nak cakapkan dengan you." Potong Daniel bersahaja. Dia kemudiannya memandang wajah suci Sofea, nampak ketidakselesaan di wajah wanita cantik itu. Sofea, kenapa awak ni cantik sangat?
"Hujung minggu ni, ada celebration birthday party daddy. Buat dekat villa mummy dengan daddy mentua you. So, I nak you jadi partner I untuk malam tu, please?" Daniel menayangkan wajah kacak.Sementara Sofea sudah terkelu. 'Partner dinner? Dah kenapa nak kena ada partner bagai ni? Kau nak pergi rumah mak bapak kau je, kan? Perlu ke? Eh, wait! Mak bapak mentua aku?' Sofea bermonolog di dalam hati.
"Hah? Kenapa ajak saya? Tak boleh ke ajak orang lain?" Balas Sofea pula. Keningnya dikerutkan.
"Come on, Sofea. Birthday tu daddy I invite satu ofis. Semua orang dijemput, termasuklah you. I belum bagi notis lagi. Ni you orang pertama yang tahu. I nak you jadi partner I untuk malam tu. Please, Sofea... I begging you."Daniel merayu. Dia merapatkan duduknya ke arah Sofea. Tangan wanita itu digenggam. Pantas Sofea meleraikan. Dia cepat-cepat bangun, matanya menghalakan ke arah Daniel.
"Wuu.. Wuuu. Daniel! Awak nak buat apa ni? Saya rasa tak perlu. Saya ni pekerja biasa je. Kenapa pula nak berpartner bagai dengan awak. Nanti apa pula orang kata. Lagi satu, mana girlfriend awak? Ajaklah dia. Saya tak nak nanti disebabkan saya, awak dengan dia bergaduh." Jelas Sofea panjang lebar."Girlfriend? You tahu kan, I single. I tengah tunggu you lah jadi girlfriend I. Tapi, you asyik mengelak je. Padahal, I ikhlas cintakan you, sayangkan you, Sofea. Yelah, I tahu. Siapalah I ni." Daniel menayangkan wajah sedih. Sofea menggigit bibir.
'Perli ke? Sepatutnya dia yang rasa rendah diri. Daniel yang orang biasa-biasa sepertinya. Pemuda ini memiliki pakej yang lengkap. Kacak, bergaya, kaya, mempunyai kedudukan yang tinggi. Pendek kata, memang tak layak langsung kalau digandingkan dengannya."Bos... Please.. Saya... Saya takde mood nak sembang pasal ni." Ujar Sofea perlahan sambil memandang ke arah lain. Daniel turut menapak perlahan ke arah Sofea.
"Hey, rileks... I saja je. Okay... Okay. Kita straight to the point. I nak awak jadi partner je. Bukan nak buat apa. You jangan risau, I takde girlfriend a.k.a cinta hati ke, pengarang jantung ke. Please, Sofea. I merayu sangat ni. You tak kasihan ke dekat I?"Lama Sofea memerhati wajah kacak Daniel. Fikirannya menerawang sama ada mahu pergi atau tidak. Dia kenal Daniel, selagi kemahuannya tidak diikuti. Selagi itulah, dia akan berusaha untuk memujuknya.
"Tak tahu lagi.. Anak-anak saya, malam-malam takde siapa jaga. Pengasuh diorang jaga sampai siang je bila saya balik kerja." Sedaya upaya Sofea berusaha mencari alasan yang kedengaran munasabah."Sofea... Kalau susah sangat. You boleh je hantar anak-anak you dekat maid I. Jangan risau, I ada personal maid dekat rumah I sendiri. Bukan dekat rumah daddy I. Okay, Sofea?" Cadang Daniel tanpa berfikir panjang. Dia sanggup buat apa saja asalkan Sofea mengikutnya. Lama Sofea memerhati wajah kacak itu sambil berfikir.
Akhirnya, dia tersenyum dalam paksa.
"Okaylah.. Kita jumpa hujung minggu ni." Daniel seperti tidak percaya apa yang dia dengar. Dia mencari anak mata Sofea.
"Are you serious, Sofea?" Sofea mengangguk sambil tersenyum.Namun, dia masih berfikir. Nak ke tinggalkan abang dengan adik dekat rumah maid si Daniel ni?
"Yesss!!" Daniel bersorak riang. Wajahnya berseri-seri. Satu senyuman terukir di bibirnya.
"Thanks, pretty. Nanti kita keluar shopping, ye? So, sekarang ni kita balik ofis dulu. Dah lewat dah ni." Belum sempat Sofea membalas, Daniel menarik lengan Sofea yang dilapik jubah moden dengan bersahaja. Terpinga-pinga Sofea mengikut langkah laju Daniel tanpa berpaling lagi ke belakang.

ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA {Complete}
RomantikIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.