Fawwaz memberhentikan kereta di tempat meletak kenderaan di Penjara Kajang. Seketika dia mengerling Sofea yang duduk bersebelahannya.
“Are you okay? Kenapa muka pucat sangat ni? Takut ke?" Benar, muka perempuan kesayangannya itu berubah pucat malah Sofea juga asyik terdiam dari tadi. Kemungkinan dia sedang berperang dengan perasaannya sendiri.
“Ermm, entahlah tak tahu nak cakap macam mana." Balas Sofea sambil memandang ke luar tingkap. Ya,memang dia takut. Tempat ini terlalu asing baginya. Tidak pernah dia terfikir untuk menjejakkan kaki ke sini. Perasaan seram, takut semua ada.“Takpe. Sayang berselawat je, eh? Takde apa lah. Tempat ni polis kawal ketat. Cuba tengok, setiap penjuru tempat ni ada polis. Tu tak termasuk yang dekat dalam tu lagi. Dah, jom. Nanti lewat kita tak boleh masuk. Pukul 11.30 dah tak boleh masuk." Fawwaz membuka pintu kereta kemudian dia membuka pula untuk di bahagia belakang. Rayyan dibantu keluar oleh Fawwaz. Dia memandang ke arah Sofea yang sudah pun keluar dari kereta.
“Jom..." Fawwaz memimpin tangan Rayyan sementara Sofea berjalan lemah di sebelahnya.“Kita nak pergi mana ni, ayah?" Tanya Rayyan sambil memandang ayahnya.
“Kita nak pergi melawat papa abang rindu papa tak?" Rayyan membalas dengan anggukan.
“Rindu... Ayah... Abang nak melawat papa, boleh?" Tanya Rayyan lagi berserta suara comelnya.
“Boleh... Ni kita nak pergi melawat la ni." Fawwaz tersenyum ke arah Rayyan. Hai, budak kecil ni suka tanya soalan yang entah apa-apa.Masuk sahaja di lobbi, mereka terus mendapat kaunter pertanyaan. Seorang pegawai penjara lelaki menyambut mereka dengan senyuman mesra. Mereka bertukar salam.
“Ye, encik. Datang untuk melawat ke?" Fawwaz mengangguk.
“Kami datang melawat pesalah yang bernama Muhd Zafran Hadift bin Rashid."
“Dah daftar ke sebelum ni?"
“Dah. Tiga hari lepas pihak penjara call suruh datang untuk perjumpaan kali terakhir." Kali ini Sofea pula yang menjawab. Ada nada getar di percakapannya. Pegawai itu menagangguk tanda faham.Kemudian dia meminta ic mereka berdua dan mykid milik Rayyan. Sofea memberi.
“Boleh saya tahu hubungan dengan pesalah?"
“Dia kawan baik saya, ini pula bekas isteri dan anak dia." Jawab Fawwaz pula.
“Boleh saya tahu ada apa dekat dalam plastik tu?" Pegawai itu menunjuk ke arah plastik putih yang dipegang oleh Sofea. Sofea segera meletakkan ke atas meja kaunter untuk diperiksa. Plastik dibuka, kelihatan ada sebuah mangkuk tingkat yang berisikan makanan untuk Zafran dan sedikit barangan peribadi seperti berus gigi, sabun, shampu, selipar dan kain pelikat untuk diberikan kepada Zafran.Kemudiaan, mereka dibawa ke bilik menungggu. Selepas 15 minit menunggu, kedengaran pintu geriji dibuka. Kelihatan dua tiga orang pegawai penjara yang mengiringi satu susuk tubuh untuk menuju ke arah mereka. Orang itu adalah Zafran. Dengan tangan yang bergari, dia dudukkan di atas kerusi berhadapan Sofea, Fawwaz dan Rayyan. Zafran mengangkat wajah. Dia sempat memberikan salam lalu dijawab oleh mereka.
“Apa khabar Zafran? Maaf kalau aku menyibuk ada dekat sini. Kalau kau tak selesa aku boleh keluar." Ujar Fawwaz memulakan perbualan. Pantas Zafran menahan.“Takpe. Aku pun ada benda nak cakap dengan kau. Terima kasih datang melawat aku." Jawab Zafran. Kemudian dia memandang ke arah muka Sofea. Lama. Kemudian dipandang pula ke arah Rayyan dan duduk di antara Sofea dan Fawwaz. Anak itu kelihatan malu, lengan Fawwaz dipeluk erat.
“Dah besar anak papa. Maaf sayang, selama ni papa gagal jadi papa yang terbaik untuk kamu. Papa bersalah sangat. Papa mengaku papa bukan lelaki yang berguna untuk bimbing keluarga sendiri." Air mata Zafran mengalir laju di pipinya. Sofea turut sebak namun, segera ditahan agar tidak menjatuhkan air mata.“Sofea..." Pandangan mata mereka bertembung. “Saya banyak buat salah dekat awak sepanjang awak bergelar isteri saya. Saya tak pernah bahagiakan awak selayaknya awak bergelar isteri. Saya minta maaf, Sofea. Kalau waktu boleh diputar, saya tak kan buat awak macam ni. Saya dah langgar janji-janji saya dekat awak hanya disebabkan cemburu buta saya. Dan saya lah punca adik meninggal, saya bapak tak guna. Aku jahat, Fawwaz. Rayyan papa jahat." Air mata Sofea akhirnya mengalir laju. Wajah bekas suaminya dipandang.
“Saya dah maafkan awak. Tentang adik tu, awak janganlah salahkan diri awak. Adik meninggal sebab dah sampai ajal dia.Dah sampai seru dia dan dia pun dah bahagia tinggal di syurga. Kehidupan dia dekat sana tersangatlah baik dari kita. Zafran.. Awak bukan orang jahat tapi, awak dah silap langkah. Alhamdulillah, sekarang awak dah bertaubat kan? Awak pun dah menyesal dengan apa yang awak dah buat selama ni." Zafran mengangguk.
“Awak tahu tak, saya pernah bermimpi jumpa dengan adik. Dia bawa saya ke tempat tinggal dia. Cantik sangat tempat tu, sampai saya tak tahu macam mana nak ceritakan. Dia kata dia nak bawa saya tinggal situ. Saya tak sabar lagi nak ke sana." Zafran tersenyum lebar. Dia teringatkan mimpi-mimpi yang selalu datang kepadanga sejak akhir-akhir ini.Sofea memandang ke arah Fawwaz, dan Fawwaz juga turut memandang ke arahnya. Mereka keliru.
“Beruntung kau memperisterikan Sofea, Fawwaz. Cuma aku je yang bodoh tak reti menilai. Kau... Jangan Sofea baik-baik. Jangan jadi macam aku. Menyesal pun dah tak guna. Aku dah tak boleh buat apa dah sekarang ni. Hanya mampu duduk di sebalik tirai besi. Tak lama lagi, aku dikenakan hukuman gantung pula." Zafran mengemam bibir. Dia berusaha menahan sedih.
“Zaf... Kenapa kau tak buat rayuan dekat Agong ke Sultan ke? Mana tahu kau dapat keampunan dan kau dibebaskan dari sini." Soal Fawwaz yang dari tadi mendiamkan diri.“Salah aku banyak, Wazz. Aku langgan perempuan, minum arak, jual dadah berkilo-kilo gram dan yang paling berdosa aku dah bunuh orang. Besar kesalahan aku dan hanya hukuman mandatori je yang layak bagi aku. Aku pasrah dengan semua ni" Zafran masih mampu menyisipkan senyuman manis buat mereka.
“Sofea... Nanti bila saya dah takde, awak jumpa peguam saya. Saya dah wasiatkan dia untuk jaga harta pusaka saya. Saya tukar geran tanah milik saya, nama rumah, kereta atas nama abang. Soal syarikat saya, saya amanahkan awak yang jaga. Saya dah letak nama awak.Awak jangan risau. Harta pusaka tu takde kaitan dengan duit haram yang saya cari. Semua tu dah kena rampas dengan pihak polis. Sumber harta dari rezeki yang halal. In Sha Allah..." Sofea mengelap air mata yang gugur.
“Zafran... Saya tak nak harta awak. Saya tak layak."
“Tolonglah, Sofea. Saya merayu. Awak terima lah. Saya buat ni sebab saya nak balas jasa awak. Tanda saya terima kasih untuk awak sebab saya pernah layan awak dengan teruk. Tolong lah terima." Pinta Zafran lagi sambil memandang sayu ke arah Sofea.“Macam mana pula dengan keluarga awak? Apa kata diorang kalau semua harta awak bagi dekat Rayyan dan syarikat tu awak bagi dekat saya."
“Awak tahu kan, mak ayah saya dah takde. Lagipun, adik beradik saya yang lain dah kaya. Biarlah saya nak bagi dekat Rayyan. Dia tu anak saya. Sofea.... Awak terima, ye?" Zafran memandang lama ke arah Sofea. Sofea menelan liur. Akhirnya dia terpaksa mengangguk kerana tidak sampai hati menghampakan Zafran. Biarlah, Rayyan memang sepatutnya mendapat semua itu.“Maafkan saya. Masa melawat telah pun habis. Kami kena bawa pesalah ke sel semula." Tiba-tiba warden penjara datang ke arah mereka untuk mengambil Zafran. Namun, Zafran merayu agar diberikan sedikit masa lagi kerana ini adalah kali terakhir mereka akan bertemu. Akhirnya, warden penjara itu akur. Lima minit masa tambahan diberikan. Malah, warden itu turut membuka gari di tangan Zafran seketika sebelum kembali ke tempat dia berdiri tadi.
“Rayyan... Mari peluk papa, nak. Ini papa!" Rayyan hanya menurut. Dia berlari ke arah Zafran dan memeluk papanya erat. Zafran membalas. Dia mengucup muka Rayyan semahu-mahunya.
“Abang... Papa rindukan abang sangat-sangat. Papa sayang abang...." Rayyan memerhati raut muka papanya yang sedang menangis itu.
“Kenapa papa nangis? Shhh... Abang ada dekat sini lah. Papa janganlah nangis." Rayyan menyapu air mata Zafran dengan lembut lantas mencium pipi Zafran tanda memujuk. Zafran semakin kuat menangis.“Maafkan papa, sayang. Maafkan papa sebab abaikan abang selama ni. Nanti abang dah besar jangan ikut perangai papa, ye? Papa tak nak anak papa jadi macam papa. Papa jahat..."
“Shhh... Papa janganlah cakap macam tu. Cikgu Alya macam orang jahat tu orang yang bunuh orang, yang suka pukul orang. Papa abang tak jahatlah, papa abang ni baik. Baik macam abang, baik macam mama, baik macam ayah." Anak kecil itu masih lagi memujuk papanya supaya berhenti menangis.
Tanpa dia sedar, nanti dia akan kehilangan papa kandungnya di tali gantung.Sofea turut tidak dapat menahan sebak. Dia menangis di sisi Fawwaz. Fawwaz menggosok belakang Sofea perlahan tanda memujuk. Dia turut menahan sedih. Mukanya merah disembunyikan. Tidak mahu Sofea tahu dia sedang menangis.
“Zafran... Ni saya bawakan nasi dengan lauk kesukaan awak. Masak lemak ayam, sayur campur dengan ikan kembung bakar. Dalam plastik ni pula saya bawa barang-barang mandian awak. Harap awak sudi terima."“Terima kasih, Sofea. Terima kasih untuk semuanya..."

ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA {Complete}
RomanceIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.