🌼Hai, guys! Yang mana yang minta sis buat scene diorang nikah tu, harap sabar lah, ye? Takkan nak buat terus diorang nikah tak best lah. Bagilah diorang ni layan jap scene lain dulu. Chill lah sikit. Okay?
💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐
Sofea melangkah perlahan ke belakang rumah Puan Vita sambil mendukung Raisya. Suara bising di rumah kucing itu menarik perhatiannya. Usai sampai, kelihatan dua susuk tubuh iaitu Fawwaz dan Rayyan sedang memberi makan kepada beberapa ekor kucing. Mulut mereka sama riuh dengan suara kucing-kucing itu. Sofea tersenyum saat terdengar Fawwaz yang tidak jemu-jemu menjawab soalan yang terpacul di bibir Rayyan sambil memberi makan kucing.
“Hai...." Sapa Sofea dengan lembut. Serentak mereka berdua berpaling ke arahnya sambil tersenyum.
“Mama.... Tengok ni. Abang bagi makan kucing!" Ujar Rayyan dengan nada teruja. Dia menujukkan ke arah seekor kucing yang berhampiran dengannya, Charlie dan Sam.
“Hai, sayang... Sayang... Abang ni memang berani dengan binatang, eh? Tadi ada ibu ayam jiran mak tu selamba je dia kejar. Dah lah ayam tu garang. Bie pun takut nak dekat." Beritahu Fawwaz.“Dia memang macam tu. Suka sangat dengan binatang. Dia buat binatang tu macam kawan-kawan dia je." Kedengaran Fawwaz ketawa kecil. Dia dan Rayyan sedang berada di dalam manakala Sofea dan Raisya berada di luar. Cepat-cepat menyelesaikan kerjanya.
“Banyaknya kucing. Comel-comel, gemuk-gemuk pula tu. Semua ni beli ke apa?" Soal Sofea sambil memandang satu per satu kucing-kucing belaan Puan Vita.“Takdelah. Ni kucing kampung biasa je. Asalnya, ada orang buang dekat rumah, itu yang mak ambil bela. Asalnya seekor je, lepas tu lama-lama dah besar, pandai mengawan. Makin beranak-pinak lah. Mak memang suka kucing. Cuma Charlie ni je spesial sikit sebab bie beli. Baka baik ni sayang, parsi dengan kampung." Ujar Fawwaz panjang lebar sambil menggosok badan kucing kesayangannya.
“Mama... Kita beli meow macam ni, boleh?" Tiba-tiba Rayyan menyampuk. Sofea menggigit bibir. ‘Aduh... Dia nak beli kucing pula.'
“Bela meow? Errr.... Tak boleh, sayang. Mama kerja, nanti takde siapa nak tengokkan dia dekat rumah. Nanti takde orang nak bagi dia makan minum semua."
“Abang boleh bagi meow makanlah, mama. Abang tak kerja." Jawab Rayyan pula. Dia memang sukakan kucing. Tambah-tambah melihat kucing-kucing Fawwaz yang comel-comel belaka.“Eh, abang kan sekolah?" Jawab Sofea lagi tidak mahu kalah. Sofea sebenarnya bukan apa. Dia takut dia tidak menjaga kucing-kucing itu dengan baik. Buat dosa saja. Dia pula bukan pencinta haiwan macam Fawwaz dan Rayyan.
“Alaa... Abang nak bela." Balas Rayyan dengan membuat muka sedih. Jarinya menunjukkan insyarat ini 👉🏻👈🏻.
Fawwaz yang faham isi hati Sofea segera menyampuk."It's okay, abang. Nanti kalau abang nak main dengan kucing ayah bawakan abang pergi pet shop dekat KL. Dekat sana diorang bagi customer main kucing-kucing diorang. Bayar RM10 je untuk satu jam." Jelas Fawwaz mahu memujuk Rayyan.
“Awak pernah pergi ke?" Soal Sofea pula ingin mengambil tahu.
“Tak pernah pun. Bie ada baca dengan instagram. Tempat tu tak jauh pun dengan rumah sayang." Jelas Fawwaz lagi.Sofea membalas dengan senyuman. “Comel betul kucing-kucing ni.." Balasnya perlahan sambil memandang ke arah Charlie. Sementara Fawwaz membalas pandang.
“Sayang pun comel." Ujar Fawwaz bernada nakal sambil merenung ke muka Sofea.
“Awak ni..." Fawwaz ketawa kecil. Kemudian, dia dan Rayyan keluar dari rumah kucing. Paip air berhampirannya dibuka, lalu dicuci tangannya dan Rayyan.“Sayang Raisya... Apa senyum-senyum dekat ayah ni? Nak suruh ayah dukung, ye? Sayang nak suruh ayah dukung? Meh sini mama..." Fawwaz mengambil Raisya dari dukungan Sofea. Wajah tembam Raisya digomol sepuasnya.
“Mak mana, yang?" Soal Fawwaz sambil memerhati ke dalam anak mata Sofea.
“Ada je dekat dalam. Awak, betul ke kita nak keluar kejap lagi? Kalau betul saya nak siapkan budak-budak ni dulu.Sempatlah nak tidurkan adik sekejap sementara saya nak siapkan abang dulu." Pantas Fawwaz mengangguk.
“Jadi.. Bie nak bawa sayang dengan anak-anak beli barang rumah mak sikit. Lepas tu kita pergi tengok laut. Mak nak pergi tak?"
“Tak tahulah. Kejap nak pergi tanya."
“Sayang, kejap!" Tahan Fawwaz pantas sambil memegang lengan Sofea. Sofea mengangkat kening.“Hmm... Wanginya sayang. Duduk rumah pun wangi ni, saja nak goda bie ke?" Pantas Sofea memukul bahu Fawwaz. Fawwaz ketawa.
“Awak jangan mengada, eh?"
“Lah... Mengada apanya? Betul lah sayang wangi. Macam nak terkam je."
“Eee... Apa awak ni? Dah lah, saya nak masuk dulu. Malas nak layan."
“Sayang, marah ke? Sorry, bie gurau je." Sofea tidak berkata apa. Dia cuba mengambil Raisya dari dukungan Fawwaz namun Fawwaz pula sempat mengusik Sofea.Dia mengacah mahu nemberi Raisya kepadanya lalu dipeluk pula anak kecil itu rapat ke dadanya. Raisya ketawa kuat, kerana menyangka Fawwaz sedang bermain dengannya.
“Awakk??" Panggil Sofea perlahan namun ada ketegasan di suaranya.
“Okay-okay... Nah, ambil. Amboi garangnya dia." Segera Sofea mengambil Raisya dari dukungan Fawwaz dan Fawwaz sempat mencium pipi mulus Sofea.Sofea membuntangkan mata. “Awak!! Apa awak ni? Kang mak cik tengok macam mana? Nanti tak pasal-pasal kena pukul!" Wajah putih Sofea sudah bertukar merah.
“Ermm... Mak marah, eh? Rasanya kalau mak tengok, lagi cepatlah mak suruh kita nikah. Dah nampak sangat dah anak tunggal dia ni gatal nak berbini. Dapat pula bini cun-melecun macam sayang ni, mau cepat mak timang cucu." Fawwaz tersengih gatal. Bibirnya masih terasa saat mencium pipi mulus Sofea. Bau pun wangi.“Eee, awak ni. Gatal tau! Dah lah, saya nak masuk. Abang, jom ikut mama. Abang?? Ya Allah, abang!!" Sofea terkejut melihat Rayyan ketika itu. Fawwaz juga turut sama terkejut. Beberapa saat kemudian, terlerai tawanya.
“Abang.. Ya Allah, masa bila lah dia buka paip air tu? Awak tak tutup ke? Habis basah-lencun baju tu." Rayyan yang tersedar ada mata yang memandang ke arahnya, segera memandang wajah Sofea.a“Mama.. Tengok ni, abang main air!" Ujarnya riang tanpa rasa bersalah langsung. Tangan kirinya memegang getah paip Fawwaz masih lagi ketawa.
“Alaa, yang. Biarlah dia main air. Bukan selalu pun." Sofea menyabarkan hati.
“Yelah. Teruskan main, ye? Kejap lagi mama bawakan sabun, berus gigi dengan syampu ye, untuk abang? Mandi puas-puas dekat sini. Nak main air sangat. Abang ajak sekali ayah ni mandi!" Sofea mengerling ke arah Fawwaz.“Eh, bie mana boleh mandi sini. Bie kena mandi dalam bilik air. Sayang temankan, eh? Ada sayang baru best. Dah bosan selalu mandi seorang je."
“Siapa nak mandi dengan awak? Gatal!" Fawwaz tidak membalas. Seketika dia membisikkan kepada Rayyan yang sudah basah itu sesuatu. Kelihatan Rayyan tersengih. Tak tahulah sama ada lawak, ataupun dia geli telinga. Seketika Rayyan mendekatkan diri kepada Sofea.
“Mama... Mama mandi dengan ayah, boleh?" Terbuntang mata Sofea saat mendengar permintaan Rayyan.Dia memandang tepat ke arah Fawwaz. “Awak!! Apa ni ajar anak bukan-bukan? Eee, dah lah. Saya nak masuk, lagi lama melayan awak. Lagi menjadi-jadi." Usai berkata, Sofea terus melangkah laju ke dalam rumah. Fawwaz menahan tawa saat melihat Sofea yang terkedek-kedek berjalan sambil mendukung Raisya. Comel saja gayanya. Manakala Rayyan masih bermain air dengan gembiranya. Soal Sofea dan Fawwaz langsung dia tidak mengambil tahu.
Tanpa mereka sedar, ada sepasang mata yang sedang memerhati gerak-geri mereka dalam diam. Satu senyuman terlayar di bibirnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA {Complete}
RomantizmIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.