Bab 58

8.3K 400 18
                                    

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menandakan hujan akan turun sebentar lagi. Di bukit ini, iaitu tempat yang sama sekali lagi mereka bertemu. Tetapi, hari ini sebolehnya mereka tidak mahu bertengkar, bertumbuk dan sebagainya. Biarlah hari ini diselesaikan dengan cara dewasa dan baik. Sebolehnya tidak mahu ada adegan yang tidak sepatutnya berlaku di sini. Biarlah semuanya berlaku secara aman dan damai.

Fawwaz meneliti rupa paras susuk tubuh yang sedang menyandar di kereta mewah miliknya. Pucat dan serabai! Itu sahaja yang dia boleh simpulkan sebaik sahaja melihat muka abangnya, Daniel. Jejaka itu bukan seperti dirinya yang dulu. Macam anak-anak orang kaya yang lain. Bergaya, kacak dan berharta. Namun, Daniel di hadapannya ini seumpama macam orang lain.

Wajahnya berjambang serabut tidak dirapikan seperti selalu. Pakaiannya hanya sekadar tshirt putih lengan pendek dan berseluar jeans pendek. Rambut kelihatan sedikit panjang. Dan yang paling ketara ialah badannya kelihatan kurus dan berwajah cengkung. Dia sendiri tidak percaya itu adalah Daniel Izham. Nampak lain sangat! Pasti jejaka ini ada sesuatu yang disembunyikan. Ya, dia harus cari tahu. Daniel bukan seorang yang serabai. Dia seorang yang kacak dan bergaya.

“Dah lama kan, kita tak spend time together." Daniel memulakan perbualan. Bibirnya tersenyum sambil memandang ke arah ratusan kereta yang bertali arus di bawah bukit. Bunyi kenderaan yang bising itu tidak langsung menyakitkan telingannya.
“Dulu masa kecil, ingat lagi tak kita selalu main sama-sama? Pergi taman mainan curi-curi sekali naik basikal. Kalau boleh aku nak je kau sentiasa ada dengan aku. Tak kira apa je masa tu.

Dulu masa kecil, kau selalu demam. Aku  cukup risau kalau kau sakit. Aku rela tak tidur malam jaga kau asalkan kau cepat sihat. Tapi, sekarang semua tu hanya tinggal angan-angan aku je. Sekarang tak sama macam dulu. Kau dengan cara kau, aku dengan cara aku." Daniel meraut wajahnya yang bertukar resah. Dia teringatkan kenangan semasa kecilnya dengan Fawwaz. Dia tidak menafikan yang mereka sangat rapat dulu. Cuma sekarang, hubungan mereka dingin.

Fawwaz melepaskan nafas berat. Keadaan senyap beberapa saat.
“Benda yang lama tak perlu ungkit. Keadaan tak sama macam dulu dan kalau kau nak keadaan kita macam dulu pun aku rasa... Tak mungkin terjadi." Balas Fawwaz dengan tanpa berfikir panjang. Segera Daniel menoleh ke arahnya.
“Kenapa tak boleh? Apa yang salah? Kau malu ke jadi adik aku, Ril?" Soal Daniel. Fawwaz tersenyum sinis.

“Kau dah lupa ke apa yang bapak kau cakap masa mak aku ambil aku dari hak penjagaan dia?" Giliran Fawwaz memandang tepat ke mata Daniel.
“Dia yang nak sangat kita putuskan hubungan saudara ni, kan? Dan dia pun memang tak nak ambil tahu pasal aku lagi. Ooo, lupa. Memang dari aku duduk dengan dia dan mak kau pun diorang memang tak pernah layan aku dengan baik. Cuma kau dengan orang gaji dekat rumah dia je yang layan aku. So, kau masih nak harapkan keadaan kita macam dulu selepas apa diorang buat dekat aku? Kau tahu kan, macam mana diorang layan aku?"

“Aku ni kecil lagi, Am. Tak tahu apa-apa. Orang lain merasa juga kasih-sayang dari parents. Tapi, umur aku sekecil tu aku dah merasa pelempang, kena sepak, rotan, penendang maki-hamun tu memang dah jadi makanan aku. Dah sebati dengan aku. Dan kau pulak masih harapkan kita ni macam dulu walaupun dia tak pernah anggap aku ni anak dia?? Jangan harap, Am!" Balas Fawwaz dengan geram. Perasaannya sangat sakit ketika ini.

Masih terasa kesakitan yang pernah Puan Sri Diana lakukan kepadanya. Apabila dia mengadu kepada Tan Sri Iskandar, lagi teruk dia kena. Orang tua itu berkata yang Fawwaz sengaja memburuk-burukkan isteri kesayangannya itu. Ya Allah, geramnya. Tegarnya hati seorang bapa memperlakukan anak kandung sendiri seperti binatang. Diperlakukan seperti semua kesalahan terletak di bahunya.

“Aku minta maaf dengan apa yang diorang buat dekat kau. Terutamanya mummy aku. Aku baru sedar yang sebenarnya mummy aku yang rampas mak kau. Aku termakan hasutan mummy aku selama ni. Maafkan aku, Ril. Aku dah banyak berdosa dengan kau. Selama ni kami menumpang atas harta daddy kau. Kau lah selayaknya waris dia yang sebenar. Kau yang layak berada di tempat aku. Maafkan aku dan mummy aku." Fawwaz mematahkan lehernya. Berdetup bunyinya.

LARA SOFEA {Complete}Where stories live. Discover now