"Ya Allah, Pia.... Kau serious ke ni?" Soal Haneez dengan nada teruja. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Sofea sebentar tadi. Wajah Sofea dipandang agak lama. Ketika itu mereka berada di ofis, di tempat duduk mereka. Sambil buat kerja, sambil menyembang.
“Betul lah, Neez.. Tak kan aku nak tipu kau pula hal macam ni." Balas Sofea sambil tersenyum.“Ya Allah, syukur. Aku dah agak dah weh. Fawwaz tu sebenarnya memang sukakan kau. Dari segi dia layan anak-anak kau dah boleh nampak. Terserlah ciri-ciri bapa dan suami mithali dia tu, weh." Ujar Haneez membuatkan Sofea tersenyum. Sekarang Sofea rasa bahagia, perasaan yang lama tidak pernah hinggap di hatinya semenjak hidup bersama Zafran. Fawwaz adalah lelaki yang baik, yang ikhlas menerima dirinya seadaanya.
“Ye, Haneez.. Kau doakanlah kebahagian aku ni. Semoga jodoh kami berkekalan sampai akhirat."
“In Sha Allah, aku sentiasa doakan yang baik-baik untuk sahabat baik aku ni. Untung Rayyan, dapat juga Uncle Fawwaz kesayangan dia tu jadi papa dia." Balas Haneez, dia turut tersenyum kegembiraan.
“Rayyan lah orang yang paling happy sangat kalau kau nak tahu. Hari-hari tanya aku, bila nak kawin. Ya Allah, aku rasa pening dah nak jawab soalan dia tu."Haneez melepaskan tawa. Sedikit terhibur dengan terlatah Rayyan. Tahu sangat macam mana gaya budak itu kalau bertanya soalan.
“Aku dah masak sangat dah dengan perangai Rayyan tu. Oh, ye. Aku pun ada good news juga nak bagi tahu kau ni... Err..." Beritahu Haneez dengan sedikit teragak-agak. Manakala, Sofea sudah mengangkat kening.
“Apa dia? Kau naik gaji ke?"“Ishhh... Bukanlah." Pantas Haneez menyangkal sambil mengerutkan kening. Sofea ketawa kecil.
“So, what's up??" Sofea menaikkan keningnya.
“Ehemm... Aku sebenarnya, pregnant! Dah nak masuk tiga minggu dah." Haneez sedikit malu-malu sementara, Sofea membulatkan mata tanda terkejut.
“Seriously, babe? Alhamdulillah... Tahniah, Ya Allah. Patutlah aku tengok kau semakin berseri-seri. Diam-diam ada isi ni."Haneez mempamerkan wajah yang manis. “Alaa... Aku tak pregnant pun, berseri apa? Hahahaha... Aku pun terkejut weh, baru je plan nak tambah anak, tup-tup terus dapat. Hahh, mau laki aku tak menjerit masa kat klinik tu." Ujar Haneez dengan penuh semangat. Sofea ketawa.
“Amboi, laju eh? Takpe lah. Cepat sikit kau nak bagi Ica adik..."
“Herm... Itu lah. Tapi, kalau boleh aku tak nak bersalin masa kau bernikah. Kang tak bolehlah aku posing atas pelamin kau tu..."“Oi.. Ada pula fikir macam tu..." Haneez ketawa lagi. Baru saja dia mahu membalas, satu figura melintas di hadapan mereka membuatkan mereka terdiam. Pantas Haneez menegur susuk tubuh itu.
“Errr... Hai, bos. Morning?" Daniel tidak membalas. Dia memandang Haneez sepintas lalu kemudian, mata helangnya merenung Sofea dengan pandangan yang sukar difahami.Sofea yang terperasan akan hal itu, segera memaniskan wajah.
“Errr... Bos. Selamat pagi." Daniel masih tidak menjawab. Kemudian, dia melangkah laju ke biliknya dan serentak pintu bilik dihempas kuat membuatkan kesemua pekerja di situ tersentak. Haneez memandang Sofea sambil mengurutkan dadanya.
“Ishh... Terkejut aku! Dia tu pehal? Dia masuk kerja lambat lepas tu nak marah-marah. Kena sampuk ke apa?"Sofea tidak menjawab. Jam dinding dipandang, dah pukul 9.40 baru nampak muka dia. Rasanya dah lama Daniel tidak membuat perangai masuk ofis lewat semenjak ditegur oleh daddynya dulu. Tetapi, hari ni macam pelik pula perangainya. Nak-nak pula bila tiba-tiba saja masuk ofis, dia marah-marah. Hermm, musyhkil!
🌼🌼🌼🌼🌼
SEMENTARA DI BILIK DANIEL
YOU ARE READING
LARA SOFEA {Complete}
RomansIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.