Bab 8

13.1K 406 5
                                        

Media: Ainnur Sofea

Tercebik-cebik bibir Sofea menahan tawa. Akhirnya, dia meletuskan juga. Mujur tidak ramai sangat orang, kalau tidak mana dia mahu letak muka. Seketika dia mengambil tisu lalu mengelap air mata yang keluar. Sumpah perut dia sekarang tengah kejang. Ketika itu dia berada di kedai makan berdekatan dengan pejabatnya bersama Haneez. Sambil makan mereka berceloteh.
“Haneez. Kau ni kan. Kalau sehari tak buat lawak tak boleh ke?" Sofea mengerutkan wajah. Air tembikai laici dihadapannya disedut perlahan.

Haneez menayangkan wajah selamba.
“Alaa.. Dah perangai aku macam ni nak buat macam mana. Sampaikan anak aku si Ica tu pun Luqman kata dah sama dah perangai dia macam aku. Dengan gedik dia. Tapi, aku tak lah gedik. Riuh mulut je." Balas Haneez lagi. Sofea menahan senyum. Teringat pula dengan anak Haneez yang sebaya dengan Rayyan, Puteri Aleesya. Mulut becok, comel pula tu. Asyik tersenyum saja mukanya.

Comel macam ibunya. Harap-harap bila dah besar nanti perangai tak macam ibu dia. Hehe.

“Yelah. Ke mana tak tumpah kuahnya kalau tak ke nasi. Betul tak?" Sofea menjongket ke arah Haneez. Haneez mengangguk. Seketika dia menghabiskan kunyahan nasi berlaukkan kampung di dalam mulut. Kedai ini nampak sahaja biasa. Kecil, tapi makanan kampung dia memang perghh!
“Betul. Betul kata kau tu. Aku ni kadang-kadang terfikir juga. Takutlah weh. Kau bukan tak tahu sekarang ni macam-macam kes ada. Takut pula aku bila terfikir macam mana Ica nak hadap bila dia dah besar nanti."

“In sha Allah. Kita ni sebagai mak bapak kenalah didik diorang betul-betul. Ajar diorang yang mana baik dan mana buruk. Aku pun dah tak bagi sangat dah Rayyan main handphone sekarang. Nak tengok kartun ke apa ke, tengok tv sudah. Tak nak lah dia terpengaruh apa-apa. Kau faham jelah, youtube tu. Lain yang kita search, ada juga dia selit video yang kita tak search tu. Takut video bukan-bukanlah keluar." Terang Sofea panjang lebar. Dia turut menghabiskan nasi yang dipesan.

Dia hanya mengambil masak lemak ayam, sedikit ulam-ulaman dan sambal belacan. Nak makan banyak memang tak bolehlah. Perutnya cepat berasa mengah. Nanti tak pasal-pasal tak boleh bangun. Berbanding pula dengan Haneez. Wanita itu sememangnya suka makan. Memang menyelerakan lauk-pauk yang dia ambil. Ikan kembung bakar air asam, kerabu perut lembu, ulam-ulaman, pajeri nanas, telur masin. Tapi, itulah, makan banyak. Badan tak naik pun.

“Baguslah Rayyan dengar kata. Aku ni, haa. Geram juga dengan Ica tu. Puas aku ajar dia main buku warna ke main lukis-lukis ke. Alih-alih handphone juga dia cari. Kalau tak bagi, mahu dia mengamuk. Tak padan baru 4 tahun, dah pandai mogok tak nak makan. Bapak dia lah suka sangat manja kan. Dah naik kepala dah budak tu." Sofea ketawa perlahan. Dia sudah selesai makan. Dia mencapai bekas air basuh tangan di atas meja itu lalu mencuci tangannya. Tisu berwarna pink diambil lalu mengelap tangan dan mulut. Pinggan makan ditolak ke tepi.

“Alaa.. Sementara nak biasa memang macam tu. Eh, kau tak nak bagi Ica adik ke? Dah boleh rasanya. Ica pun dah 4 tahun. Mesti dia bosan." Usik Sofea sambil tersengih. Haneez yang sedang berselera mengunyah makanan itu tiba-tiba tersedak. Dia terbatuk-batuk pantas Sofea menghulurkan air limau kepunyaan Haneez.
“Minum air ni." Haneez segera menyedut.  Dadanya diurut perlahan. Terasa lega sedikit.

“Tambah anak? Aduh.. Kau ni macam tahu-tahu je. Memang dalam planning pun. Tapi, risaulah. Ica tu manja sangat, tambah-tambah dengan babah dia. Aku takut nanti bila dah ada anak lain dia rasa terabai. Mesti aku kena bahagikan kasih sayang pula, kan? Aishh... Kasihan anak aku!" Wajah Haneez kelihatan risau. Terindu pula dengan pengarang jantung teman dia bergaduh itu di rumah. Aish.. Anak... Anak.

“Janganlah cakap macam tu. Memang lah mula-mula rasa macam tu. Lama-lama nanti okaylah. Sementara nak biasa. Nanti sure dia pun akan jadi berdikari bila dah ada adik. Macam Rayyan dulu. Manja bukan main. Bila aku lahirkan Raisya, baru nampak matang dia tu. Kalau tak asyik melekat je dengan pa... Pa..." Sofea berjeda. Baru tersedar dia sudah terlepas cakap mengenai bekas suaminya. Entahlah, nak kata belum move on, dia sudah move on. Tapi, bila mengenangkan nasib anak-anaknya yang tidak berdosa membuatkan dia rasa mahu menangis.

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang