Izznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.
Haneez menjulingkan mata ke atas tanda meluat. ‘Dah datang dah minah kepochi minachi ni.' Kutuk Haneez Suraya di dalam hati. Dia memang tak suka dengan perempuan di hadapannya ini. Effa Nadira, siapa yang tak kenal dengan perempuan ini. Gedik! Memalukan kaum wanita melayu islam sahaja. Hah, ambik kau!
Effa menyilang tangannya apabila kedua-dua wanita cantik itu seakan tidak mempedulikan dirinya. Dia menyandarkan tubuhnya di sisi meja Haneez. Haneez buat-buat tak nampak. Dianggap Effa ketika itu hanyalah seekor lalat yang hinggap di tepi meja kerjanya. Ffhhhhh!!
“Sudah lah datang kerja lewat. Menyembang sakan pula tu. Hey, Sofea. Kau ingat ni office bapak kau ke? Suka hati je nak datang pukul berapa? Apa dekat rumah kau takde jam?" Tanya Effa kasar. Sengaja lah tu nak cari pasal. Namun, Sofea boleh beriak tenang. Dia boleh selamba sahaja membuat kerjanya, sebaliknya Haneez pula yang berangin. Muka Effa dipandang tajam.
“Hahh, memang ni office bapak dia. Oppss, bukan! Office bakal bapak mentua dia. Sebab tu lah, suka hati dia je nak datang pukul berapa. Yang kau menyibuk sangat ni pehal? Bos tak bising, kau pula memekak. Tengah buat part time jadi speaker ke ?"Balas Haneez dengan nada yang agak kasar. Sesuailah dengan dia. Orang macam ni bukan boleh berlembut. Suka menjatuhkan bangsa sendiri. Oppss!!
Seketika Sofea mencerlung ke arah Haneez. Supaya jangan dilayan perempuan ini. Buat tak tahu sudah. Namun, Haneez buat tidak peduli. Dia menghalakan pandangan ke arah lain. Buat-buat tak nampak. “Eh, aku tak cakap dengan kau, eh. Aku cakap dengan dia. Dah lah, kau tak payah nak backup sangat bff kau ni. Bukan dapat apa pun." Ujar Effa tidak berpuas hati. Matanya menjeling ke arah Sofea. Entah apalah yang tak puas hati sangat.
“Biarlah aku nak backup dia. Dah terang-terang dia bff aku. Tak kan nak backup kau pula. Dah sah-sah kan, kau tu musuh aku. Aku backup dia dapat juga pahala daripada engkau manusia busuk hati." “Hishh.. Kau ni kan, mulut takde insurans. Kau boleh tak jangan menyebuk? Aku takde urusan langsung dengan kau. Yang aku bengang sangat dengan perempuan ni. Suka hati je nak masuk pukul berapa. Kau ingat kau bagus sangat ke hah, Sofea?"
Sofea masih lagi beriak tenang. Manakala, Haneez supaya mencebikkan bibir. “Memang dia bagus pun. Kalau tak takdelah bos suka dekat dia. Bukan macam kau gedik. Kerja menenyeh dengan Encik Daniel padahal sikit pun dia tak tengok kau." Haneez masih lagi menyakiti hati Effa. Biar dia rasa, apa ingat dia seorang je pandai sakitkan hati orang? Heyy, ni Haneez Suraya lah. Bukan muka je cun, mulut pun boleh tahan juga tau!
“Kau ni.....!!!!" “Ehemm..." Kedengaran suara seseorang berdehem. Pantas mereka berpaling. Bos! ‘Arghh, masak! Daniel dengar ke tadi?' Bicara Sofea di dalam hati. “Ni apa kecoh-kecoh ni? Sampai ke pintu lif boleh dengar suara korang ni?" Soalnya dengan muka serius. Tipu saja, tak lah kuat sangat. Sebenarnya dari Sofea mula-mula sampai dia memerhatikan saja gelagat perempuan cantik itu.
Mahu melihat telatahnya. Comel dalam kalut. Mukanya yang merah-merah lapar cendol itu kelihatan berseri-seri biarpun tidak bertempek foundation di muka berkilo-kilo. Sangat natural beauty. Dia menahan senyum. Sofea dan Haneez masing-masing sudah menggelabah. Manakala, Effa sempat lagi menunjuk sifat gediknya yang semula jadi itu. Wajahnya diayukan saat melihat wajah kacak bos mereka.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
“Bos.. Sofea ni haa.. Datang lambat. Dah tu, bukannya terus buat kerja. Boleh pula bersembang sakan. I cuma nasihatkan diorang je. Tak salah, kan bos?" Soal Effa dengan suara yang sengaja dilembutkan. Haneez membuat muka hendak muntah. Dibisikkan sesuatu di telinga Sofea yang dilapik tudung bawal berwarna nude.
“Kau dengar tu. Depan bos suara kemain ayu. Kalau dengan kita bercakap macam petir. Eee, dia ingat merdu ke suara dia. Macam pondan tahu tak? Werkk!!" Haneez buat muka hendak termuntah. Sofea menahan tawa. Namun, apabila berlaga pandangan dengan muka tegang Daniel Izham anak Tan Sri Iskandar itu cepat-cepat dia menelan liur. Perasaan takut apabila orang membuat salah kembali muncul.
Haneez memaniskan wajah. Sempat lagi dia menjeling ke arah Effa yang kelihatan macam ulat bulu di sebelah bosnya itu. ‘Ish, bos ni tak semak ke?' Bisiknya di dalam hati. “Ermm.. Bos, Sofea bukan sengaja lewat masuk kerja. Dia ada masalah sebenarnya, haa. Itu yang dia boleh terbabas sikit. Alah, bos jangan lah marah sangat dekat dia. Ni kali pertama tau dia lewat. Rasanya orang dekat sebelah bos tu dah banyak kali juga lah lewat. Tapi, biasalah manusia. Salah sendiri tak nampak, salah orang dijaja. Over!"
Sempat lagi dia memerli musuh seterunya itu. Apa lagi, terus merah wajah Effa menahan geram. Dia menggengam penumbuk. Wajah Haneez dicerlung tajam. “Mana ada, bos. Mana pernah saya lewat. Saya..." “Okay, yang lain boleh sambung kerja. Sofea! Masuk bilik saya sekarang." Potong Daniel pantas. Malas mahu melayang gurauan maut kedua wanita itu, cepat-cepat dia selesaikan kes.
Effa sempat membuat killer eyes kepada mereka berdua. Eh eh... Macam bebudak je perempuan ni.😑 Haneez membuat muka toya. Seketika dia memandang Sofea yang dari tadi senyap. “Babe... Kau okay ke?" Soalnya. “Ermm.. Aku takut lah. Macam semacam je muka bos tadi. Takut lah kena marah." Kedengaran Haneez ketawa. Hampeh punya member, orang betul-betul ni. Dia boleh bantai gelak.
“Alaa.. Rileks lah. Aku tahu kau boleh buat punya. Trust me!" Sofea melepaskan nafas. “Kau buat aku macam nak pergi pentas audition pula. Padahal kejap lagi aku nak kena sembur tau?" Kedengaran lawa tawa Haneez. Apa sangatlah yang lawak tu. Baru sahaja Haneez mahu menyambung kata. Kedengaran suara Daniel bergema memanggil nama Sofea. Semua orang memandang pelik ke arah mereka berdua. Haneez menepuk dahi.
“Okay lah. Nak pergi dah ni. Kau doakan aku tak kena marah teruk sangat tau?" Ujar Sofea kemudian bangun dari kerusi. Kain baju kurung moden diperbetulkan. “Haa, yee.. Kau pergi lah. Tak sabar dah tu, cik abang nak lepaskan rindu." Pap!! Sofea menepuk bahu Haneez dan segera meninggalkan wanita itu. Haneez menyeringai. “Aduh, sakit!! Siaplah kau nanti Piaaa!!"
Jeritnya sedikit nyaring. Mata-mata yang memandangnya dibalas dengan sengihan. ‘Oppsz sorry! Terlepas laku sikit. Hehehe' Dia bermonolog dalam lagi.