Bab 42

8.8K 379 25
                                        

"Waalaikumussalam..." Sofea menjawab perlahan salam yang diberi oleh si tetamu. Matanya dialihkan memandang Fawwaz. Kelihatan Fawwaz tenang sahaja.
"Awak buat apa malam-malam dekat sini?" Pertanyaan dari Sofea dibalas dengan senyuman sinis. Matanya memandang tajam ke arah Sofea.
"Saja datang melawat. Tak boleh ke, Pretty?" Sofea menghembuskan nafas berat. Dia cuba mengawal hati.

"Dah tengah malam dah ni. Tak elok datang rumah orang. Kalau ada benda nak cakap boleh je call. Lagipun lusa saya dah masuk kerja."
"Oh.. Really? Kalau dah tahu, tengah malam macam ni tak elok datang rumah orang. Kenapa dia boleh je datang? Dia siapa? Laki you?" Daniel menunjuk jari telunjuknya ke arah Fawwaz. Fawwaz menghembuskan nafas. Dia dah boleh rasa sebentar lagi akan meletus perang ni.

Dia juga terkejut kenapa Daniel tiba-tiba saja muncul. Janganlah Daniel bocorkan rahsia tentang hubungan kekeluargaan mereka. Sebolehnya dia sendiri yang akan beritahu Sofea. Dia tidak mahu Sofea salah anggap nanti. Sedaya upaya Fawwaz berlakon tidak mengenali Daniel. Dia yakin yang Daniel sudah tahu hubungannya dengan Sofea.

"You tak boleh buat macam ni, Sofea. You tahu kan, I sayangkan you? I cintakan you. Tapi, kenapa you curang dengan I? I boleh terima you walaupun you bukan siapa-siapa. Tapi, kenapa you pilih jantan ni? Dia tak guna you tahu tak?"
"Daniel, tolonglah. Jangan buat bising tengah-tengah malam macam ni. Anak-anak I tengah tidur dekat dalam tu. Jiran-jiran I pun sama. Kang diorang cakap apa pula you buat bising dekat sini." Pujuk Sofea dengan lembut. Namun, pandangannya memandang ke arah Fawwaz. Dia takit Daniel bertindak kasar kepada lelaki itu.

"Pergi mampos la dengan diorang semua. Yang I nak tahu sekarang ni, kenapa you pilih dia dari I? Apa kurang I ni, Sofea? Kalau you nak kata dia kacak, I pun kacak. Kalau you nak kata dia kaya, how abour me? I pun kaya. Harta parents I, tujuh keturunan pun tak habis makan." Fawwaz berdecit saat terdengar ayat terakhir yang keluar dari bibir Daniel itu. 'Harta parents kau? Pergi jahanam! Tu harta mak aku. Kau dengan mak kau tu menunpang je!!'

Daniel menjeling Fawwaz. Dia tahu Fawwaz sedang mengutuknya dalam diam. Belum sempat dia menyambung, Sofea berkata sesuatu.
"Siapa awak nak kutuk dia macam-macam? Awak tahu tak, disebabkan perangai awak ni lah buat saya tak suka awak. Awak terlalu bongkak, Daniel! Awak bongkak dengan kekayaan awak tu. Bukan kekayaan yang saya cari. Saya perlukan sekeping hati yang ikhlas untuk jaga saya dan bimbing saya anak-beranak.

Saya dah biasa hidup susah. Saya dah puas merana dulu. Saya harap awak jangan kacau lagi hidup kami. Saya tak pernah sukakan awak, Daniel. Saya tak pernah beri awak apa-apa harapan. Saya harap awak faham. Saya dah bahagia dengan apa yang saya ada sekarang ni." Daniel ketawa kecil sambil menepuk kedua-dua belah tangannya. Kelakuannya ketika itu macam orang tak betul saja. Harapkan muka je kacak dan bergaya.

“Kenapa you tak pernah beri I peluang? You langsung tak hargai apa yang I buat, kan? You tahu tak, I cintakan you. I sayangkan you. Kenapa Sofea, kenapa? Apa lebih sangat mamat ni daripada I??" Tengking Daniel lagi.
“Daniel... Saya..."

" Okay, fine. You langsung tak nampak apa yang I buat dekat you selama ni, kan? Dekat mata you kononnya I ni, orang jahat yang macam drama tu je, kan? Datang sini lepas tu nak pisahkan romeo dengan juliet. Heyyyy, Sofea! Kau tahu tak dia ni siapa? Dia ni adik aku!!!" Panggg!!! Suara petir Daniel seolah-olah menampar kuat di pipi Sofea. Pandangan merah mata Daniel menikam pandangan matanya. Sakit! Terkejut! Semua ada dengan ayat yang terlantun keluar dari bibir Daniel.

Fawwaz sudah ternganga. Dia tidak sempat menghalang Daniel daripada berkata seperti itu. Lidahnya terkelu. Sama juga seperti Sofea. Matanya terkebil-kebil memandang Daniel.
"Awak... Awak cakap apa ni?" Soal Sofea dengan tergagap. Adik dia? Allahuakhbarrr!!
"Fawwaz ni adik aku. FAWWAZ NAZRIL BIN TAN SRI MEGAT ISKANDAR, jutawan tersohor dwkat Malaysia ni. Family panggil dia Aril. Bos besar kau! Dia sengaja buat kau sukakan dia sebab dia berdendam dengan aku. Dendam dengan mak bapak aku sebab mak aku rampas bapak dia.

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang