Bab 65

8.4K 326 11
                                        

Daniel melangkah perlahan di setiap gerai-gerai yang ada di pasar malam berdekatan rumahnya. Sambil berjalan, matanya meliar mencari gerai yang menjual tasbih dan Al-Quran. Dia berdoa dalam hati, agar cepat berjumpa dengan pak cik itu. Pandangan liar gadis-gadis muda di situ dia tidak hiraukan. Mereka seperti tertarik akan dirinya. Biarpun dia sekadar memakai tshirt putih bundle dan seluar jeans yang turut dibeli di bundle, penampilannya sangat kacak.Wajah Pakistannya jelas terpancar.

Selang beberapa minit, padangan mata helang Daniel tertatap salah sebuah gerai yang menjual tasbih dan Al-Quran

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Selang beberapa minit, padangan mata helang Daniel tertatap salah sebuah gerai yang menjual tasbih dan Al-Quran. Cepat sahaja dia melangkah ke sana.
“Alhamdulillah, Ya Allah. Jumpa juga akhirnya." Ujar Daniel sambil tersenyum senang. Dia melangkah laju ke arah kedai itu.

Kelihatan seorang pemuda berkulit hitam manis yang segak berkopiah sedang menyusun sesuatu. Sedar dirinya yang diperhatikan, dia menoleh ke arah Daniel.
“Ye, bang.. Nak beli apa? Boleh saya tolong." Kerjanya dihentikan sambil menyisipkan senyuman buat Daniel. Daniel mati kata. Dia tidak tahu membalas apa. Lain yang diharapkan, lain pula jadinya. Benarkah ini gerai pak cik itu?

Tiba-tiba muncul seseorang tua yang berjubah dan berserban dari dalam gerai. Orang itu turut tersenyum mesra menyambut kedatangan Daniel.
“Assalamualaikum.. Anak cari apa? Boleh pak cik tolong?" Wajahnya kelihatan tenang sahaja ketika berbual dengan Daniel. Sementara Daniel masih seperti tidak percaya. Wajahnya diraut dan melafazkan kalimat bersyukur tidak terkata.

“Waalaikumussalam, Ya Allah.. Allah dah makbulkan doa saya. Pak cik, dah lama saya cari pak cik. Baru hari ni kita berjumpa." Pak cik itu memandang Daniel dengan pelik, kemudian dia memandang ke arah pekerjanya. Anak muda itu hanya mengangkat bahu tanda dia turut tidak faham dengan situasi itu.

“Mari, nak. Kita berbual dekat dalam. Ada kerusi boleh duduk-duduk. Ada kipas. Safuan, hang tengokkan pelanggan datang, ya?" Anak muda itu hanya mengangguk, sementara pak cik itu mengamit tangan agar Daniel mengikutnya.
“Duduklah." Kerusi diberi kepada Daniel. Mereka sama-sama melabuhkan duduk.

“Anak ni sapa? Boleh pak cik tau pasaipa anak cari pak cik?" Si tua itu memaniskan wajah sambil bertanya kepada Daniel.
“Nama saya Daniel. Bukan asal sini, kalau pak cik masih ingat lagi. Dulu kaki meja depan tu pernah runtuh dan saya lah yang tolong pak cik kutipkan kopiah-kopiah, tasbih, buku-buku agama yang jatuh tu." Bukan niat mahu mengangkat diri, tapi sekadar mengembalikan peristiwa lalu agar pak cik itu teringat akan dirinya.

Kelihatan pak cik itu memikirkan sesuatu, pasti sedang berusaha mengingati Daniel.
“Ooo, ya ya.. Pak cik ingat. Ya Allah, baru pak cik ingat. Terima kasihlah Daniel, susah-susah ja hang tolong pak cik." Daniel  tersenyum.
“Takde apalah pak cik. Siapa yang ada dekat tempat saya mesti akan tolong pakcik. Kebetulan saya lalu dekat situ." Terang Daniel.

“Ya lah.. Allah utuskan hang untuk tolong pak cik masa tu. Ni, boleh pak cik tau apa hajat mai cari pak cik balik ni?" Soal pak cik itu lagi. Kemudian, Daniel menceritakan sebab kenapa dia ingin sangat berjumpa dengan pak cik itu. Dia ingin berguru dengan pak cik itu, ingin belajar agama, ingin mengubah hidupnya yang buruk dulu kepada yang lebih baik.

Dia turut menceritakan asal usulnya, kenapa dia membawa diri, soal Sofea dan Fawwaz, soal kedua-dua orang tuanya. Semua dia ceritakan tanpa dirahsiakan sedikit pun. Tanpa sedar, air matanya mengalir laju di pipi. Sedar akan khilafnya, pak cik yang sudah dikenali sebagai Haji Arshad itu menepuk bahu Daniel dengan lembut.

“Allah dah bukakan pintu hati Daniel untuk dapat hidayah Allah. Daniel memang beruntung, di usia muda ni dah dapat hidayah. Ada orang usia dah lanjut, baru dapat. Dah nazak baru nak bertaubat. Tapi, Daniel masih muda dan kuat. Alhamdulillah, dah sedar dari kesilapan dulu. Daniel kena berubah betul-betul. Kena taubat nasuha. Segala perangai tak elok yang besa buat dulu, Daniel kena lupakan. Jangan buat lagi dah.

Kalau ada dosa dengan orang, seeloknya pi jumpa depa. Minta maaf! Ingat, nak bertaubat senang saja Daniel. Kena tinggalkan larangan Allah, dan buat apa saja yang Allah suruh. Kalau tak reti, kita belajaq pelan-pelan (perlahan-lahan). In sha Allah, niat baik kita nak berubah jadi baik, Allah tolong." Jelas Haji Arsyad panjang lebar. Dia juga turut tersentuh mendengar cerita Daniel. Kasihan hidup anak muda ini. Siapa cakap hidup kaya itu bahagia? Buktinya, Daniel bahagiakah sekarang?

“Tapi, pak cik. Saya tak tahu macam mana nak mula. Saya dah lama tak solat, tak mengaji. Saya tak pandai mengaji. Saya sibuk kerja dunia pak cik, sampaikan saya lupa akhirat tu wujud. Macam mana saya nak bertaubat? Allah tak kan terima saya balik pak cik. Saya banyak dosa. Dosa-dosa saya tak terhintung banyaknya." Daniel menangis lagi tanpa malu. Sampai merah mukanya kerana menanggung duka yang teramat sangat. Dia sudah tidak malu lagi dengan orang tua ini. Biarlah, ini memang salahnya.

“Allahuakhbar. Alhamdulillah, Ya Allah. Kau telah berikan anak ini hidayahmu. Teruskan meminta ampun dari Allah. In sha Allah, pak cik akan tolong Daniel cari diri Daniel semula. Pak cik janji akan ajar Daniel asas agama. Macam mana nak mulakan solat, kenal huruf-huruf jawi. Jangan risau ya, nak? Pak cik akan tolong. Dah jangan menangis lagi. Merah dah muka tu." Pujuk Haji Arshad dengan lembut. Daniel mengangguk.

“Terima kasih, pak cik. Itulah sebabnya saya jumpa pak cik. Saya nak belajar agama dengan pak cik. Saya tahu pak cik boleh tolong saya." Haji Arshad tersenyum. Dalam diam, dia terfikirkan sesuatu. Patutlah dua tiga hari ini kerap dia bermimpi, ada orang jauh ingin berjumpa dengannya. Dia tidak pernah melihat dan kenal. Rupa-rupanya Allah telah memberikan kepadanya gambaran awal lagi. Dan hari inilah, dia telah mendapat jawapan. Susuk tubuh lelaki yang ada di dalam mimpinya itu adalah Daniel Izham. Anak muda yang sangat malang hidupnya.

Daniel meminta diri dulu untuk pulang. Rasanya sudah lama dia di sini. Rasa sudah menganggu uruskan jualan Haji Arshad. Mereka bertukar salam dan dia melangkah perlahan-lahan mereka keluar dari gerai Haji Arshad.
“Daniel!!" Tiba-tiba orang tua itu memanggil lagi namanya. Pantas dia berpaling. Sempat lagi dia tersenyum kepada Haji Arshad.

“Macam mana pun Daniel marahkan mak dengan ayah, jangan sesekali derhaka kat depa. Depa dah berkorban nyawa besaqkan Daniel. Marah sikit-sikit sudahlah. Cakap elok-elok apa yang tak puas hati tu. Mak ayah ni, depa sentiasa nak yang terbaik untuk anak-anak. Tapi, depa tak sedaq ada setengah cara depa tu tak betul. Hat tu kita tak boleh buat apa dah. Jangan lupa nah, balik rumah minta maaf dekat mak ayah. Jangan tinggi suara kat depa. Nanti ada masa Daniel mai lagi jumpa pak cik."

Dia menangguk perlahan. Dalam diam, dia masih terasa hati dengan kelakuan pasangan suami isteri itu.  Bolehkah dia maafkan daddy dan mummynya? Sedangkan Tan Sri Iskandar boleh menghalau dan mengharamkan dia untuk pulang ke rumah. Tapi, mereka adalah syurganya. Apa yang perlu dia lakukan.

Ya Allah, Ya Tuhanku. Kau permudahkanlah urusanku.

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang