Sofea memimpin tangan kecil Rayyan sambil dia mendukung Raisya menggunakan baby carrier backpack bag berwarna merah dan hitam manakala Haneez memimpin tangan Aleesya. Mereka baru selesai makan di Texas Chicken berdekatan sahaja dengan Dreamworld Playland tadi. Kini, mereka bersiar-siar sbentar di deretan kedai sebelum pulang ke rumah.
"Haneez.. Kau nak beli apa-apa tak?" Soal Sofea sambil memandang ke arah Haneez yang segak bershawl berwarna hitam yang dibelit gaya moden. Haneez memang pandai bergaya.
"Takde.. Lagipun, hari ni aku memang tak plan nak beli apa. Keluar ni pun nak bawa budak ni je berjalan. Tak nak beli apa." Balas Haneez sambil menggosok kepala anak manjanya dengan perlahan."Eleh.. Yelah tu, tak nak beli apa. Macam tak percaya je." Usik Sofea. Dia memang masak sangat perangai Haneez yang kaki shopping itu. Pantang tengok apa yang berkenan di matanya. Cepat sahaja dia sapu. Haneez hanya tersengih. Belum sempat dia membalas, Aleesya sudah menyampuk.
"Mummy... Boleh tak belikan Ica teddy bear. Ica nak yang macam dalam tv tu. Warna pink." Rengek anaknya dengan manja.Haneez sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Baru je dia nak berjimat ni.
"Alaaa, sayang. Lain kali eh, kita beli. Hari ni mummy tak bawa duit sangat. Nanti kita suruh daddy belikan, eh?" Pujuk Haneez. Aleesya sudah bergenang dengan air mata yang menunggu masa sahaja mahu jatuh. Sedih kerana kemahuannya tidak dituruti.
"Ica nak jugak! Ica nak yang macam dalam tv tu. Ica nakkk!!!" Terus dia menjerit kuat dan menangis teresak-esak.Haneez sudah mengancing gigi. Geram dengan perangai anaknya yang mengada itu.
"Hai, jangan nangis. Jangan nangis mummy kata. Tak malu ke dengan Rayyan? Mengada sangat ni kenapa? Dekat rumah tu bukan main banyak dah teddy bear. Nak beli lagi buat apa?" Bebel Haneez kepada anaknya. Sofea yang kasihan melihat anak kecil itu menangis, segera menyampuk."Belikan je lah dia, Neez. Kesian aku tengok."
"Tak boleh, Pia. Jangan dimanja sangat anak- anak ni. Tak semua yang dia nak kita kena turut. Ada masa kena ajar dia sama supaya tak mengada. Dah, Puteri Aleesya. Awak nak nangis lagi, mummy tinggal je dekat sini!" Ugut Haneez dan serta-merta membuatkan Aleesya berhenti menangis. Air matanya disapu menggunakan tangannya. Haneez membantu anaknya, tisu muka di dalam tas tangannya dikeluarkan lalu disapu ke muka anaknya.Sofea memandang ke arah Rayyan sambil bertanya. "Abang nak apa-apa tak?" Rayyan menangkat wajah. Lama dia memandang wajah mamanya sebelum menggeleng perlahan. Sofea menarik nafas. Dia sudah faham perangai anaknya itu.
"Abang... Abang nak apa, cakaplah? Jangan risau, mama ada je duit sekarang ni?" Ujar Sofea lembut."Mama ada duit? Abang boleh minta apa yang abang nak?" Suara kecil itu bertanya. Pantas Sofea mengangguk sambil tersenyum. Anaknya itu kalau tidak dipujuk memang tak mahu bercerita. "Mama... Abang nak aiskrim tu, boleh?" Rayyan menunjukkan ke arah kedai berwarna pink, baskin robins. Serentak Sofea melihat.
"Boleh, sayang. Ica, awak nak aiskrim tak? Jom kita pergi beli." Soal Sofea kepada Aleesya yang masih monyok.Dengar sahaja perkataan 'aiskrim' terus wajah comel itu bercahaya. Dia dan Rayyan bersorak kuat sambil berlari ke kedai baskin robins. Jeritan ibu-ibu mereka agar tidak berlari dibiarkan saja. Mereka berlumba siapa yang paling cepat sampai. Aleesya ditinggalkan di belakang manakala Rayyan di hadapan. Dia berlari sekuat yang mungkin sesuai dengan umurnya sambil melihat ke arah Aleesya dari belakang dan tiba-tiba...
BUKKK!!!
"Aduh... Aduh.. Sakitnyeee...." Rengek Rayyan kuat. Dirinya sudah terjatuh ke lantai. Kaki kecilnya dipegang, tanda dia sedang sakit. Wajah comelnya dikerutkan.
"Abangggg!!!" Jerit Sofea sambil berlari mendapatkan Rayyan yang sudah terjatuh duduk di atas lantai. Lariannya sedikit terbatas kerana dia sedang menggendong Raisya. Haneez turut berlari bersamanya untuk mendapatkan Rayyan yang sedang menahan sakit itu."Ya Allah. Abang! Kan mama dah cakap jangan lari. Tempat ni licin. Tengok, abang tak nak dengar cakap mama. Sekarang ni tengok, apa dah jadi?" Marah Sofea kepada Rayyan. Dia sehabis mungkin tidak mahu memarahi anaknya namun, melihat sahaja keadaan Rayyan. Entahlah, dia sepatutnya kena bersabar. Dia pun tidak tahu kenapa dia emo sangat macam ni. Mungkin dia takut anaknya itu jadi apa-apa. Sofea duduk mencangkung di sebelah Rayyan sambil memaut Raisya Ameera rapat ke dadanya.
"Maa... Abang minta ampun, ma. Abang minta maaf. Abang janji tak buat lagi." Ujar Rayyan perlahan. Bibirnya terketar-ketar menahan tangis. Takut melihat mamanya yang meninggikan suara itu. Jarang Sofea marahkan anak-anaknya. Itu yang Rayyan rasa takut sangat tu. "Cik..." Satu suara garau menegur mereka. Pantas Haneez dan Sofea memandang ke arah suara itu.
🌼🌼🌼🌼🌼
Fawwaz terkedu! Terpana! Terkesima! Terkejut! Allahuakhbar, kebetulan apakah ini? Inilah gadis yang dilihatnya di rumah Tan Sri Iskandar dulu. Gadis berselendang kelabu itu! Gadis cantik tu. Gadis lemah-lembut itu. Dia tidak salah lagi. Tapi, baru tadi dia mendengar gadis ini menggelar dirinya sebagai mama. Dia dah kahwin? Dah ada anak? Tapi, macam mana boleh...
"Encik... Saya minta maaf sangat bagi pihak anak saya. Dia tak sengaja langgar encik. Sorry sangat-sangat." Ujar Sofea. Dia memohon maaf bersungguh-sungguh kepada lelaki tinggi lampai ini. Fawwaz menelan liur berkali-kali. Nafasnya dikawal sebaik mungkin.
"Cik... It's okay. Saya tak apa-apa. Lagipun, biasalah budak-budak. Main kejar-kejar macam ni. Eh, why you look so familiar? Kita pernah jumpa ke?" Ujar Fawwaz, pura-pura tidak mengenali Sofea. Dia turut mencangkung di tepi Rayyan Ameer.Baru sahaja Sofea mahu membalas tiba-tiba kedengaran tangisan Rayyan yang kuat.
"Abang... Sabar, sayang. Abang kuat, kan? Abang jangan nangis ye, sayang." Pujuk Sofea dengan lembut.
"Maa... Abang kuat. Abang tak nangis pun." Balas Rayyan sambil tercebik-cebik. Selang beberapa saat, dia kembali menangis.
"Ma... Kaki abang sa.. Sakit, ma. Kaki abang patah." Ujar Rayyan lagi dengan percakapan yang tersekat-sekat."Ya Allah, Pia. Kita kena bawa Rayyan ke hospital ni. Teruk juga aku tengok dia jatuh tadi. Encik boleh tolong kami hantarkan Rayyan ke hospital tak?" Pinta Haneez sesuka hati kepada Fawwaz. Tanpa menunggu lama, Fawwaz bersetuju. Tubuh kecil Rayyan dicempung dengan berhati-hati. Sofea tidak mampu menahan. Tak apalah, dia memang perlukan seseorang untuk menolongnya ketika ini. Nak harapkan dia mahupun Haneez yang mengangkat Rayyan, memang tak mampulah. Tubuh itu nampak saja kecil tapi, berat.

ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA {Complete}
RomansIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.