Bab 33

9.7K 438 26
                                        

“Mama, abang nak belon tu... Mamaaa, bagilah!" Laju Rayyan mengejar mamanya dengan basikal yang dinaiki. Terkedek-kedek Sofea berlari sambil mendukung Raisya, sementara sebelah tangannya memegang belon besar berwarna merah dan hitam yang diikat pada seutas tali. Ketika itu, mereka di luar pagar rumah, sedang beriadah petang.

“Mama...." Renget Rayyan lagi sementara Sofea sudah ketawa lucu. Lawak tengok muka tak puas hati Rayyan. “Mama lepaskan eh, belon ni? Kasihan dia. Dia pun nak hidup bebas juga." Sofea mengusik lagi membuatkan Rayyan menjerit manja. Raisya hanya diam di dalam dukungan mamanya, sesekali dia tersengih melihat telatah abangnya yang laju mengayuh basikal.

Ketika mereka sedang bergurau senda, sebuah kereta Ford Mustang berhenti di betul-betul pagar rumah mereka. Sofea memandang Rayyan yang masih merengek mahukan belon. Sofea serahkan saja, kelihatan anaknya itu sangat gembira.
“Siapa pula datang ni." Ujarnya sendirian sambil memandang kereta yang belum nampakkan tuannya.

Saat satu susuk tubuh keluar dari kenderaan mewah itu, Sofea sudah terlopong. Wajah Rayyan dipandang lagi. “Abang.... Abang ke yang bagitau Uncle Fawwaz alamat rumah kita?" Kelihatan wajah comel Rayyan keliru. Saat matanya dialihkan ke pagar rumah, tubuh tegap Fawwaz terpampang di matanya. Cepat sahaja dia mahu berlari mendapatkan Fawwaz sambil tersengih dengan basikalnya, pantas Sofea menahan.

“Jawab soalan mama dulu. Abang ke yang bagitau uncle?" Cepat-cepat Rayyan mengangguk.
“Abang bagitau uncle. Nanti senang uncle datang rumah kita nak main-main dengan abang. Main-main dengan adik." Sofea menepuk dahi. Rayyannnn, semua benda dia mahu beritahu Fawwaz.  Aduhai! 
“Abang... Kenapa abang beritahu? Kan, mama dah cakap. Alamat rumah kita jangan dedahkan dekat sesiapa kalau takde kecemasan. Bahaya tahu tak?" Sofea memperlahankan suara.

Sofea memang sudah ajar Rayyan agar mengingati alamat rumah mereka dan nombor telefonnya. Manalah tahu, kalau ada apa-apa hal kecemasan. Namun, lain pula yang jadi sekarang ni.

“Tapi, uncle yang nak tahu, mama..." Balas Rayyan dengan intonasi yang rendah. Dia seperti tahu mamanya sedang marah sekarang. Sofea hanya menggeleng sebelum melangkah ke arah Fawwaz yang belum sedang kehadiran mereka dari arah belakang. Dia ralik memandang ke kawasan rumahnya sambil memberi salam.

“Assalamualaikum..." Salam untuk kali ketiga diberi namun, kelibat tuan rumah belum kelihatan. Fawwaz melepaskan nafas. Ada orang ke tak ni? Tapi, kereta Myvi putih milik Sofea ada je dekat porch.
Belum sempat Fawwaz mengeluarkan  handphonenya untuk menghubungi Sofea, wanita itu menjawab salam dari arah belakang. Terkejut habis Fawwaz, nasib dia tak melatah.

“Ya Allah, kurus semangat. Saya beri salam dekat depan rumah. Alih-alih, awak ada dekat belakang." Sofea hanya tersenyum. Lawak tengok muka terkejut Fawwaz. Mungkin dia betul-betul terkejut, sampai merah muka putihnya. Fawwaz membalas senyum kepada Sofea yang sedang mengdukung Raisya. Mata bayi itu membulat melihat ke arahnya. Tiba-tiba...

“Uncle..." Jerit Rayyan nyaring. Dia mengayuh basikal dengan laju ke arah Fawwaz tanpa memperdulikan keadaan sekeliling. Mujur Fawwaz dapat mengelak dengan cepat sambil berkata “Eh... Eh..." Kalau tidak, sudah pasti akan ada kemalangan kecil. Rayyan pula cepat sahaja dia menekan brek saat dia hampir melanggar Fawwaz. Sofea menjerit kecil. Seriau melihat aksi ‘ganas' Rayyan itu. Ish... Ish... Rayyan Ameer oi...

Rayyan berlari laju ke arah Fawwaz. Basikalnya yang sudah terbalik, dibiarkan saja. Uncle Fawwaz lagi penting buat masa sekarang. Belon yang terlepas ke udara itu juga tidak dihiraukan.
“Unclee..." Jerit Rayyan saat Fawwaz mendepangkan kedua belah tangannya sambil mencangkung. Fawwaz memeluk erat tubuh kecil Rayyan lantas kepala anak kecil itu dicium bertalu-talu. Rayyan membalas dengan mencium pipi Fawwaz.

“Abang...." Ujar Fawwaz kembali. Seketika Rayyan ketawa. Entah apa yang kelakarnya.
“Uncle pandai cari rumah abang? Pandainya uncle cari." Fawwaz ketawa sahaja. Comelnya Rayyan ni.
“Mestilah uncle pandai. Uncle kot..." Sempat Fawwaz membangga diri. Kahkah. Saja ja tu.
Dia bingkas berdiri sambil memerhati  Sofea di hadapannya. Tubuh Rayyan dirapatkan kepadanya.

“Rindukan abang dengan adik ke?" Soal Sofea ketika Fawwaz meminta Raisya daripadanya. Dia membenarkan saja. Fawwaz tersenyum manis. “Ha'a.. Saya rindukan anak-anak..." Sofea menelan liur. Entah kenapa dia rasa bahagia saat Fawwaz berkata ‘anak-anak'. Dia seperti memaksudkan anak-anaknya seperti anak-anak dia juga. Anak-anak mereka berdua. Eh?

Sofea mengerling Fawwaz yang sedang mengacah Raisya. Anak daranya itu ketawa mengekeh. Suka sangatlah ada orang melayan. Sofea berdehem sejenak.
“Ermm... Jom lah masuk. Tapi, duduk dekat luar ajelah. Nak masuk dalam tak boleh." Ujar Sofea lantas membuka pagar rumahnya.
“Yeke tak boleh masuk dalam? Kenapa?" Usik Fawwaz pura-pura tak faham. Dia membuntuti Sofea sambil mendukung Raisya. Rayyan pula memegang sebelah tangannya sambil mengikut langkahnya.

“Aish, awak ni.... Kita mana ada apa-apa ikatan. Haram lah berdua-duaan dalam rumah. Walaupun kita berempat tetap nampak tak manis. Diorang ni kecil lagi, tak tahu apa-apa. Haram tetap haram, Fawwaz." Terang Sofea bersungguh-sungguh. Manakala Fawwaz menahan tawa, dia pun tahu akan hal itu. Namun, saja berpura-pura tak tahu. Sengaja mahu menyakat wanita idamannya.

“Kalau dah haram tu kita halalkanlah." Usik Fawwaz lagi. Sofea yang terkejut dengan apa yang dikatakan Fawwaz itu segera berhenti melangkah dan menyebabkan Fawwaz di belakangnya turut terhenti secara mendadak. Tanpa disengaja, dia merempuh tubuh Sofea. Nasib Sofea tidak terpelanting ke hadapan.
“Aduh!!" Fawwaz meringai kesakitan. Tubuhnya digosok perlahan.

“Eh, alamak.. Sorry... Sorry... Awak tak apa-apa ke?" Soal Sofea kalut. Memang salah dia lah berhenti tak bagi signal. Raisya yang berada di dukungannya Fawwaz dipandang. Nasiblah anaknya itu tidak menangis. Mata bulatnya terkelip-kelip memandang Sofea. Manakala, Rayyan ketawa terkekeh-kekeh. Kelakar melihat drama Uncle Fawwaz dengan mamanya itu. Fawwaz menjeling Rayyan. ‘Seronok kau ye, budak kecik?'

“Takpe... Awak ni kenapa tiba-tiba je berhenti?" Soal Fawwaz sambil memandang Sofea yang memakai tudung sarung berwarna merah itu. ‘Hai lah, Sofea. Kau pakai tudung mak cik bawang pun cantik. Agak-agak muka kau tengah tidur pun cantik juga ni.' Ujarnya dalam hati. Wajah Sofea dipandang tanpa jemu. Sofea menelan liur seketika.
“Awak tu lah. Cakap ikut sedap mulut je? Ada pula cakap macam tu." Fawwaz ketawa kecil.

“Eh, mulut saya sedap? Mana awak tahu? Pernah rasa ke? Eh, kalau nak rasa saya boleh je bagi. Jom!" Usik Fawwaz sambil mendekatkan mukanya ke muka Sofea. Sofea pantas mengelak. Lengan Fawwaz ditepuk kuat. Fawwaz meringai lagi. ‘Aduh, sakit. Kasar juga sayang abang ni, ye?'  “Awak jangan macam-macam Fawwaz. Kalau nak buat hal sila balik!" Halau Sofea bersahaja membuatkan Fawwaz terkedu. Eh, marah pula dia.

Sorry, Sofea. Saya gurau je lah. Alaa, nak gurau pun tak boleh." Fawwaz sengaja memcebikkan mulut. Pura-pura merajuk. Sofea buat tidak peduli. “Awak duduklah dulu dekat kerusi kayu ni. Saya nak masuk dalam kejap. Buatkan awak air."
“Eh, Sofea. Tak payah susah-susah. Saya datang ni sebenarnya nak ajak awak dengan anak-anak keluar. Nak tak? Pleaseee..." Matanya memandang Sofea dengan penuh pengharapan.

Sementara Rayyan disebelahnya, sudah membuat muka teruja.
“Uncle nak ajak abang, adik dengan mama keluar?" Soalnya sambil mata membulat memandang Fawwaz.
“Ye, sayang. Uncle nak ajak keluar. Uncle nak bawa pergi KidZoonia. Nak pergi tak?"
“Nakkk!!" Rayyan menjerit kuat. Dia benar-benar teruja. Fawwaz ketawa kecil sebelum menyambung lagi.
Okay, kalau nak pergi kena minta izin dengan mama dulu. Kalau tak kita tak boleh pergi." Ajar Fawwaz.

Rayyan berjalan perlahan ke arah mamanya. Tangan lembut Sofea digenggam. “Mama...." Rayyan sudah memulakan sesi pujuk-memujuk.
“Mama... Boleh tak kita keluar? Uncle nak ajak kita jalan-jalan." Wajahnya penuh pengharapan agar mamanya bersetuju. Sofea memandang Rayyan dan Fawwaz secara bergilir. Mereka sabar menanti jawapannya. Seketika Sofea membuka mulut.

“Abang... Kalau nak keluar pergi ambil dulu basikal tu. Tak elok tinggalkan basikal  dekat luar pagar tu. Kena curi nanti baru tahu." Sofea menunjukkan basikal Rayyan yang terbalik tertunggeng di luar pagar. Kerja Rayyan tadi lah, kerja siapa lagi. Punya seronok Uncle Fawwaz datang, sampai tak pedulikan lagi basikal kesayangannya itu. Rayyan menyorakkan keseronokkan sebelum terkedek-kedek berlari mendapatkan basikalnya.

Fawwaz memandang ke arah mata Sofea. “Terima kasih, Sofea...." Sofea membalas dengan senyuman. Dia mengambil Raisya di tangan Fawwaz sambil berpesan kepada Rayyan. “Cepat masuk mandi, kalau nak pergi." Laju anaknya itu berlari ke dalam rumah membuntutinya. Fawwaz tersenyum sendirian. Susuk tubuh Sofea yang semakin hilang itu dipandang tak lepas.

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang