Bab 31

10K 405 21
                                        

“Kalau dah Rayyan suka tu. Kau terima ajelah dia. Lagipun, aku tengok dia layan anak-anak kau ikhlas. Aku yakin dia boleh jadi bapa yang baik dekat budak-budak tu." Haneez berkata sambil mengacau air nescafe 3 in 1 di dalam 2 biji mug. Satu untuknya, dan satu untuk Sofea. Ketika itu mereka berada di pantri ofis pada waktu rehat. Bolehlah curi-curi masa nak membawang.

Sofea yang sedang duduk di meja makan, termenung sejenak.
“Terima apa, Neez? Mana ada dia purpose aku. Lagipun, aku ni janda anak dua. Mana sesuai dengan yang bujang tu. Apa pula kata keluarga dia nanti. Lagipun, aku selesa berkawan je dengan dia."
Haneez meletakkan dua mug di atas meja. Kerusi kosong sebelah Sofea ditarik, lalu dia melabuhkan duduk.

“Sampai bila lah, kau nak fikir macam ni? Janda tak semestinya tak boleh berkahwin dengan teruna. Kau tu je, selalu sangat fikit yang bila janda. Kena kahwin dengan duda, lelaki tua ke apa ke. Eeee, please lah wei. Kau tu janda bergetah. Muda trang tang-tang. Tak kan nak cari laki stok yang macam tu? Minta selisih lah." Haneez menghirup nescafe panas dengan perlahan.

“Dah memang itu yang aku fikir sesuai untuk aku ni. Lagipun aku selesa macam ni. Jadi macam dah terbiasa hidup seorang, Neez. Tak sakit kepala, tak serabut. Aku nak buat apa pun boleh. Bebas je rasa!" Haneez menggeleng kepala dengan perlahan. Hai, Sofea... Sofea...
“Pia... Kau tak boleh fikir diri kau je. Kau kena fikir juga perasaan Rayyan dengan Raisya. Maybe Raisya tu kecil lagi. Dia tak tahu apa-apa. Tapi, Rayyan?

Dia dah besar, Pia. Tahun depan dah masuk lima tahun dah pun. Kau fikir tak macam mana perasaan dia kalau dia tengok orang lain berbapa? Aku tahu kau rasa selama ni kau je yang handle anak-anak kau. Kau lah bapa, kau lah mak. Tapi, tak sama weh. Diorang tetap perlukan kasih sayang seorang bapa. Kau sibuk kerja, anak-anak kau terpaksa hantar rumah pengasuh. Rayyan tu lelaki.

Bila dia besar, tentu dia malu kalau nak kongsikan masalah orang lelaki. Tak kan nak kongsi dengan kau?" Sofea menarik nafas perlahan. Kata-kata Haneez meresap masuk ke jiwanya. Sangat-sangat apa yang wanita ini cakapkan.
“Haneez... Bukannya aku tak nak kahwin terus. Buat masa ni biarlah aku sendirian. Aku nak jaga anak-anak aku seorang diri dulu. In sha Allah, aku mampu berikan diorang didikan yang sempurna.

Soal Fawwaz tu kau tak payahlah fikir. Dia pun takde cakap apa dengan aku. Kau pula yang over." Sofea ketawa sikit di hujung ayatnya itu. Haneez... Haneez... Tak habis-habis nak jodohkan orang.
“Lagipun... Fawwaz tu aku tak kenal sepenuhnya lagi. Aku tahu lah dia tu belum kahwin. Entah-entah dia tu tunang orang ke, pakwe orang ke. Muka segak macam tu tipu sangat lah takde siapa-siapa. Aku tak nak jadi perampas."

“Tapi, kau pun cantik juga. Takde pakwe pun. Single and available." Potong Haneez bersahaja.
“Aku lain, Haneez...." Jawab Sofea sambil memandang ke dalam mug di hadapannya.
“Kau pernah dengar bercinta lepas berkahwin?" Sofea mengangguk. Dia tahu apa yang Haneez maksudkan. Tapi, tak kan lah?

“Bagus... Kau buat lah macam tu . Aku tengok Fawwaz tu gentleman. Cara dia layan Rayyan dengan Raisya, langsung tak kekok. Aku rasa dia memang sukakan budak-budak. Dia ikhlas sayangkan anak-anak kau. Kita tengok cara dia layan pun dah tahu. Bukan main manja diorang dengan dia. Si adik tu, siap tidur-tidur lagi lah atas riba. Dia buat macam tu bapak dia betul. Tak salah kalau kau jadikan dia laki kau, Pia." Pantas Sofea mengerutkan kening.

“Kau ni... Kenapa pula aku nak kena buat dia jadi laki?" Haneez menepuk dahinya. Senget sikit bawal satin yang dia pakai ketika itu.

“Aku tahu kau dah mula sukakan dia, kan?" Sofea terdiam

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

“Aku tahu kau dah mula sukakan dia, kan?" Sofea terdiam. Dia tidak tahu mahu berikan jawapan apa. Memang betul apa yang dikatakan Haneez. Haneez memang faham perasaannya.  Malu pula mahu mengaku kerana masih awal perkenalannya dengan Fawwaz. Tiba-tiba Haneez ketawa kecil.

“Eleh... Malulah tu. Pia.. Pia... Dengan aku pun nak malu. Herm.. Aku rasa Fawwaz tu pun ada perasaan juga dengan kau. Cuma dia pun sama macam kau. Malu-malu konon. Hai, kang kau terlepas baru tahu!" Haneez menjeling sambil tersenyum kepada Sofea. Dia berdeham seketika.

“Kau nak tak kalau aku ajar kau cara nak mengorat lelaki?" Pertanyaan Haneez membuat Sofea terbatuk kecil. Spontan Haneez ketawa lagi.
“Kau cakap apa ni, Haneez Suraya? Merepek ajelah. Nak buat apa aku mengorat bagai. Eee, tak senonohlah lau ni." Keras sikit suara Sofea padahal dalam hati dia sudah berdebar lain macam.

“Alah... Tak salah pun kau yang mulakan. Fawwaz tu lembap! Dah suka tu, cepatlah bagitau. Hermm, lagi pun kan, Pia. Aku boleh baca isi hati kau tu. Kau dengan bos nampak sangat kau tak selesa dengan dia. Tapi, dengan Fawwaz aku nampak kau happy. Mungkin sebab anak-anak kau pun sukakan dia." Sofea cepat-cepat mengisyaratkan Haneez supaya diam.

“Suara tu kuat sangat lah. Kang kalau bos dengar tak syok lah. Kau kan, tahu dia sukakan aku." Haneez tersenyum. Tahu pun takut!
“Jangan risaulah. Dia keluar makan kan, sekarang ni lunch time. Kita dua je yang ada dekat ofis ni." Lega hati Sofea. Fuhh, ini kalau Daniel tahu ni. Dia tak tahu apa yang dia nak cakap.

Bos, saya dah nak kahwin! Ehhh...

Haneez memerhati Sofea lama. Sahabatnya itu seperti memikirkan sesuatu.
“Aku sebagai sahabat kau, kalau boleh nak tengok kau bahagia. Aku tahu kau masih belum lupakan kisah silam kau yang dulu. Tapi, aku nak kau buatkan semua ni untuk anak-anak kau. Untuk masa depan kau juga.

Buka pintu hati kau untuk terima lelaki, Pia. Lelaki bukan semuanya sama. Diorang ni pembimbing kita hingga ke akhirat nanti. Mungkin ada sesetengah yang buat silap. Aku tak nak aku seorang je happy, padahal kau?? Aku nak pesan dekat kau. Kalau kau dah jatuh cinta dekat seorang tu kau cuba belajar macam mana cara nak luahkan. Zaman sekarang dah takde istilah perigi cari timba. Sekarang ni timba yang cari perigi.

Memang pelik sikit peribahasa aku ni. Kau abaikanlah. Okay, Pia! Kau faham tak?" Sofea hanya membuat wajah tak berperasaan. Seketika dia melayangkan senyuman tawar kepada Haneez. Haneez membalas senyum. “Habiskan lah air tu cepat. Dah nak dekat pukul 2 ni. Kang nak solat zohor lagi." Gesa Haneez. Sofea hanya menurut. Air di dalam mug dihabiskan walaupun agak panas.

Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang sedang memerhati dan mendengar segala perbualan mereka!

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang