Bab 88

13.6K 363 19
                                        

Fawwaz menghembuskan asap vape ke udara. Semerbak bau seakan vanila memenuhi kawasan dapur. Seketika dia merenung tajam satu mug air di hadapannya.
"Aduh... Boleh pakai ke idea Pul ni. Nak kena minum tongkat ali segala. Tak minum tak boleh ke?" Soalnya kepada diri sendiri. Jam di dinding dapur dipandang. Sudah pukul 11 malam. Pasti Sofea sudah tidur.
"Dia pun belum kahwin dah pandai nak ajar aku macam-macam. Siap tolong belikan pula tu. Arghhh, minum je lah." Bibir cawan dirapatkan ke mulut. Serentak, aroma bauan tongkat ali menusuk ke hidung.
"Heshhh... Aduh, apasal bau kuat sangat ni? Arghh, kena minum cepat-cepat." Baru saja dia mahu menelan, tiba-tiba...

"Nazril!"
"Pruhhhhh!!" Habis tersembur air tongkat ali keluar dari bibir. Nasib baiklah ketika itu dia sedang berdiri di hadapan sinki. Kalau tak, habis bersepah sisa air tu ke lantai. Dia berpaling mencari suara yang menerjahnya tadi.
"Ya Allah, hantu!!" Jerit Fawwaz kuat saat terpandang satu wajah yang buruk dan putih melepak. Allah, huduhnya makhluk ni. Muka buruk gila. Tiba-tiba, makhluk itu mendekatinya. Lengan sasa Fawwaz ditampar dengan kuat. Fawwaz meringai.
"Hantu kepala hotak kau. Ni mak lah!!" Kata Puan Vita sambil menyimpul rambutnya yang tadinya mengerbang di paras bahu dengan ala kadar.

"Mak? Ya Allah. Amende sergah orang macam tu? Sakit jantung tahu tak? Dengan pakai bedak sejuk bersepah macam tu dekat muka dah kenapa? Terkejut tahu tak?" Fawwaz memegang dada tanda terkejut. Wajahnya dikerut sambil memandang emaknya.
"Eh, bedak sejuk aku disibukkan. Suka hati aku lah nak pakai apa pun. Ni untuk lembutkan muka. Kau apa tahu." Balas Puan Vita bersahaja.
"Lembutkan muka buat apa? Muka mak tu dah cantik dah pun. Tegang pun tegang. Mak nak kahwin lagi ke nak cantik sangat ni?" Sempat Fawwaz mengusik emaknya dengan wajah yang tersengih.

"Hishh... Merapu apa? Ni kau buat apa tak tidur lagi? Dah lewat malam dah ni. Jangan nak jadi burung hantu sangat. Kau tu dah berbini, cuba belajar tidur awal. Asyik nak main game je sampai ke cerah. Dah, pergi masuk tidur." Bebel Puan Vita tanpa tahu hujung pakal cerita. Dia sengaja mengalih ayat. Malas mendengar Fawwaz merapu yang entah apa-apa tu.

"Dah masa bila pula orang main game? Datang minum air je pun nak bebel macam-macam. Tahulah mak tu rapper." Fawwaz mengerling ke arah lain. Ayat di hujung itu disebut antara dengar atau tidak. Nasib baik emaknya tidak mendengar.
"Minum air takpe. Kau jangan nak buat hal lain pula. Eh, minum air apa ni?" Puan Vita menjenguk ke dalam mug yang yang masih ada sedikit lagi airnya.
"Sejak bila pula kau minum teh? Tak pernah-pernah minum teh dari kecil." Tanya Puan Vita dengan kening yang berkerut.
"Ya Allah, Ya Tuhanku. Nazril!!"
"Kenapa?" Kening Fawwaz terjongket sebelah.
"Kau minum ketum ke?" Puan Vita membulatkan mata, tangannya menutup mulut tanda tidak percaya

"Hishh... Amende lah mak mengarut ni? Minum ketum apa pula pulak..."
"Dah tu ni air apa. Kau jangan macam-macam Ril. Aku dah lama tak belasah kau. Jangan sampai malam pengantin kau ni ada sejarah pulak kena pukul dengan mak." Puan Vita menjegilkan mata denga luas. Fawwaz yang baru saja membalas, tiba-tiba ketawa lucu. Perutnya dipegang.
"Aduh, mak ni. Entah apa-apa. Ni nama dia tongkat ali. Bukannya ketum. Epul kata boleh kuatkan tenaga batin dekat atas katil jap gi. Orang nak bagi mak cucu cepat, sebab tu minum. Aishh, kemain tahu ketum. Mak ada ambik ke?" Pantas Puan Vita menepuk kuat bahu Fawwaz.

"Mengarut je kau ni. Bercakap tak lapik langsung. Mak pula yang naik malu. Dah aku nak tidur. Ni mug ni jangan lupa basuh. Lampu dapur jangan lupa tutup pula. Asyik terlupa je kau tu."
"Ye, mak pergi lah tidur. Dah pukul berapa dah ni. Jangan nak mengintai kitorang pulak dalam bilik tu karang. Termimpi-mimpi kang, mengigau cari laki mampus!" Fawwaz terus berlari masuk ke bilik air bersebelahan dapur saat Puan Vita mengacah mahu memukulnya. Dia melepaskan tawa di dalam bilik air. Fawwaz... Fawwaz.. Bingainya kau!

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Fawwaz melangkah perlahan masuk ke dalam biliknya. Tombol pintu dibuka. Dia berjalan masuk dengan berhati-hati.
"Bie...." Fawwaz hampir termelatah saat tiba-tiba saja Sofea memunculkan diri dari bilik air.
"Eh, sayang belum tidur ke?" Tegur Fawwaz.
"Belum.. Cuci muka dengan berus gigi jap. Bie buat apa dekat bawah tadi?"
"Minum air..." Cehh, mana sempat minum kalau air tu dah selamat mendarat dalam sinki. Terkejut kena sergah dengan emaknya tadi. Sofea hanya mengangguk kemudian, dia berjalan ke arah meja solek. Fawwaz melabuhkan punggung di bucu katil. Dia menelan liur memerhati tingkah laku Sofea.

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang