Fawwaz memberi makanan kepada kucing-kucing di ruang yang memang dikhaskan untuk kucing-kucing itu sekiranya mereka dibebaskan dari rumah kucing. Mulutnya sama riuh dengan bunyi kucing-kucing itu meminta makanan. Dia tersenyum seketika apabila melihat ‘anak-anaknya' itu berebut makanan padahal sudah dia asingkan siap-siap bekas makanan untuk setiap ekor.
Gelojoh! Itu yang terdetik di hatinya. Dia memberi kucing-kucingnya itu ayam rebus dan dicampur dengan makanan kucing berjenama Pro Diet. Memang gemuklah anak-anak bulusnya itu kerana hari-hari dijamu makanan sebegitu. Tak ayam, ikan. Tak ikan, ayam. Tetapi, makanan kucing dan susu yang memang dikhaskan untuk kucing wajib Puan Vita beri untuk mengekalkan pertumbuhan yang sihat dan bulu yang cantik.
Malah, jejaka itu kalau pulang ke kampung, dia akan memeriksa kucing-kucingnya di klinik veterinar yang berdekatan. Tak apa, semua tu duit Fawwaz. Dari segi makanan, susu, pasir najis, ubat-ubatan semua duit dia. Puan Vita tidak perlu mengeluarkan langsung duitnya untuk kucing-kucing. Fawwaz memang sukakan binatang. Bukan hanya kucing di rumah itu. Akuarium yang dibela ikan kelisa emas yang boleh dianggarkan harganya beribu-beriban juga ada di rumahnya.
Ada suatu hari, Fawwaz menyatakan hajat mahu membela spesis ular sawa dewasa yang kawannya mahu memberi secara percuma kepadanya. Habis menjerit Puan Vita. Sesungguhnya dia memang gelikan haiwan spesis reptilia. Fawwaz hanya bergurau namun, oleh kerana perangainya yang suka menyakat Puan Vita. Dia tetap berpura-pura mahu membela ular itu juga. Lantaran dari kes itu, Puan Vita mogok tidak mahu bercakap dengannya hampir dua minggu. Dia pulang ke kampung pun, emaknya boleh buat tidak tahu.
Fawwaz membasuh tangannya yang berbau makanan kucing itu di sinki. Sabun berjenama lux turut digunakan untuk menghilangkan bau. Selepas membilas sekali lagi, dia mengeringkan tangannya menggunakan tuala kecil. Lalu dia melangkah ke ruang tamu. Kelihatan sekujur tubuh emaknya sedang menonton televisyen. Fawwaz melabuhkan punggung di sofa bersebelahan emaknya.
“Tengok cerita apa, mak?" Soalnya memulakan perbualan. Puan Vita mengerling sekilas ke arah Fawwaz kemudian matanya memandang kembali ke arah peti televisyen.
“Tengok sinetron indonesia. Handsome hero dalam cerita ni. Kamu tengok kejap lagi. Muka dia betul-betul macam muka kamu." Ujar Puan Vita sambil memfokuskan kepada sinetron indonesia yang Fawwaz tidak tahu tajuk apa itu. Dia bukan tengok tv sangat pun.“Mana? Ini ke??" Soal Fawwaz sambil menjongket sebelah kening. Dia menunjukkan seorang lelaki yang berkulit agak putih. Wajah pelakon itu beriak ganas. Mungkin pelakon antagonis dalam cerita ini.
“Ishh... Bukan lah. Itu gangster Jakarta. Haaa, ni lah. Tengok tu muka dia. Sebiji macam muka kau. Ya Allah, Steven William namanya. Sama kan, muka korang?" Ujar Puan Vita bersungguh. Matanya berselang-seli memandang anaknya dan muka artis entah siapa-siapa tu.Fawwaz ketawa melihat telatah lucu ibunya. Boleh tahan over juga Puan Vita Mahyuni ni.
“Bolehlah, sikit-sikit.. Ril handsome lagi..." Balas Fawwaz. Seketika suasana senyap kerana Puan Vita tidak membalas kata. Dia kelihatan begitu asyik menonton sinetron kegemarannya yang ditayang pada petang itu.
“Mak ni... Ril balik bukannya nak menyembang dengan Ril. Asyik layan tv je. Tak tv, main whatsapp, facebook lah. Bukannya nak layan anak ni." Fawwaz pura-pura berjauh hati.Serentak itu Puan Vita menoleh ke arahnya. “Amboi, mulut. Bukan main eh, perli mak? Kamu nak mak cakap apa? Haa, ni nak tanya. Tahun depan kamu tu dah nak masuk 30 tahun. Tak kan tak nak kahwin lagi Mohd Fawwaz Nazril oi??" Nahhh, padan muka kau Fawwaz. Nak sangat menyembang dengan mak kau. Fawwaz menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Kahwin? In Sha Allah, ada jodoh Ril kahwinlah." Balas Fawwaz kembali kemudian dia sengaja mengalihkan wajahnya ke peti televisyen.
“Itu je lah, jawapan kamu bila mak tanya. Cliche sangat. Senang cerita macam ni lah. Biar mak je carikan kamu jodoh. Susah sangat kamu ni.."
“Eh, mak ni. Suka hati je. Tak naklah. Biarlah, Ril cari sendiri. Mak bukan tahu pun taste Ril macam mana." Fawwaz mempamerkan wajah tidak puas hati.Dia sebenarnya gerun juga dengan ayat emaknya itu. Nanti, dibuatnya mak dia cari betul-betul kang. Susah hidup dia. Sememangnya emaknya itu kalau dah cakap macam tu, dia akan buat. Hai, rasa tak sedap pula hati kita ni, haa.
“Elehh.. Macam elok sangatlah taste kamu tu. Jangan risaulah, mak akan cari yang baik-baik dekat kamu. Tengoklah mak ni siapa." Puan Vita melayangkan senyuman sinis. Kali ni dia betul-betul nak carikan anak dia tu jodoh.Hailah anak... Muka saja kacak. Tapi, bila nak cari jodoh ni. Bukan main slow. Fawwaz menggigit bibirnya tanda geram. Tak boleh jadi ni!
“Tak payah susah-susahlah. Ril dah ada pun calon." Kata-katanya itu membuatkan mata Puan Vita bersinar-sinar. Seketika mata anaknya dipandang.
“Betul kamu dah ada? Alhamdulillah.. Siapa orangnya? Bila kamu kenal? Umur berapa? Tinggal mana? Cantik tak?" Soal emaknya bertalu-talu.Fawwaz tergelak kuat. “Amboi, mak. Gelojohnya tanya. Alaa, nantilah. Kalau Ril dah declare couple dengan dia, Ril kenalkan dekat mak." Ujar Fawwaz. Serta-merta Fawwaz terkenangkan wajah manis Ainnur Sofea. Rindunya kepada gadis itu semakin menjadi-jadi. ‘Hai, cepatlah masa. Tak sabar nak jumpa kesayangan aku ni.' Detik hati Fawwaz.
“Laaa... Kamu belum ada apa-apa lagi dengan dia? Mak ingatkan dah jadi girlfriend, boyfriend. Ermm, kalau macam tu keempunanlah nak tengok kamu naik pelamin." Ujar Puan Vita seperti berjauh hati.
“Eh, mak ni. Apa pula kata macam tu. Ni Fawwaz kot. Mesti dapat punya. Tapi, ada satu je masalah dia mak. Harap mak tak marahlah kalau Ril bagitau dia tu siapa." Ujar Fawwaz dengan berhati-hati.Puan Vita tidak membalas. Dia membiarkan saja Fawwaz bercerita. Namun, hati sedikit berdebar. Tak kanlah, Fawwaz jatuh hati dengan orang yang sebarangan. Entah-entah artis? Eh, tak mungkinlah. Eh, mungkin juga. Anaknya itu agak terkenal di kalangan artis-artis ni. Jurugambar profesional yang semakin terkenal lah katakan.
“Dia tu sebenarnya janda... Janda anak dua..." Beritahu Fawwaz dengan perlahan.Tiba-tiba, keadaan bertukar sepi. Hanya bunyi di peti televisyen sahaja yang kedengaran.
“Dah lama ke kamu kenal?" Soal Puan Vita setelah agak lama berdiam diri.
“Baru je, mak. Kami jumpa pun atas satu incident." Kemudian Fawwaz menceritakan hal yang terjadi di antara dirinya dan juga Sofea. Malah, perihal Rayyan dan Raisya juga diceritakan.“Mak tak kisah kalau kamu sukakan dia. Baguslah kalau kamu pilih dia. Mak rasa dengan apa yang kamu ceritakan pada mak tu, dia baik. Mak yakin dia boleh jadi isteri solehah dengan kamu." Fawwaz mendengar dengan fokus kata-kata yang terbit di mulut emaknya itu. Emaknya memnag penasihat yang baik.
“Tapi, mak tak kisah ke Ril kahwin dengan janda?" Pantas Puan Vita menepuk bahu Fawwaz dengan kuat sehingga anaknya itu meringai kecil.“Tak kisah lah janda ke perawan ke. Janji dia tu baik. Boleh jaga kamu, boleh jaga kamu yang tak tentu hala ni. Orang dulu-dulu berfikiran kuno. Asal janda je, ingat golongan ni jahat. Lagipun, dia tu dah ada pengalaman berkahwin dalam hidup dia. Mak yakin kau akan bahagia bila hidup dengan dia. Anak-anak dia pun sukakan kamu, kan? Haa, senanglah kerja kamu tu." Bicara emaknya itu membuatkan Fawwaz lagi bersemangat mahu merebut hati Sofea. Terlupa pula yang emaknya itu juga janda. Hahahaha #gelakjahat
“Ye, mak. Mak tolonglah doakan Ril ada jodoh dengan dia. Dia ni macam susah sikit nak tackle. Ril takut Ril melepas aje." Fawwaz memandang ke arah lantai.
“In Sha Allah, kalau dah jodoh tak kan ke mana. Perempuan yang susah nak tackle tu lah kamu kena ambil jadikan isteri. Bukan yang spesis melayan semua jantan ni. Tapi, tengok juga dia jual mahal dia macam mana. Mak rasa mungkin dia dah ada pengalaman berkahwin, sebab tu dia lebih hati-hati bila nak bergaul ni.Haa, kamu dah dapat yang baik macam tu. Jangan buat perangai tak senonoh pula. Ingat sikit batas-batas bergaul tu. Kalau nak keluar dengan dia. Bawa anak -anak dia tu sekali. Bakal cucu-cucu mak tu." Fawwaz sudah menyengih. Seketika dia membalas kata dengan emaknya sehinggakan emaknya ketawa kuat.
Dia bersyukur memiliki seorang ibu yang prihatin dan tak lokek memberikan kasih sayang kepadanya.Dalam diam, dia sudah pasang angan-angan. Semoga jodoh milik mereka berdua. Namun, ada sesuatu yang tiba-tiba menganggu mindanya. DANIEL !! Tak boleh jadi. Dia harus memiliki Sofea secepat mungkin!
YOU ARE READING
LARA SOFEA {Complete}
RomanceIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.