Bab 6

14.1K 477 3
                                        

Sofea mendengus kasar. Dia mendail lagi nombor seseorang untuk kesekian kalinya. Masuk ini sudah 6 kali panggilannya tidak dijawab. Itu belum kira lagi panggilannya yang ditolak. Wajahnya bertukar masam. Memang sengaja cari pasal tak nak angkat panggilan ni. Macam lah dia tidak tahu taktik kotor lelaki itu. Sekali lagi dia mendial. Tutttt... Tuttt.. Tutttt.
“Hello?" Terdengar suara garau menjawab panggilan menjawab dengan rasa malas.
“Assalamualaikum.." Sofea segera memberi salam. Kedengaran suara itu menjawab.

“Dah banyak kali saya call, whatsapp pun tak  reply. Kenapa baru angkat? Awak sengaja tak nak jawab ke macam mana ni?" Soal Sofea sedikit kasar. Kedengaran suara itu mengeluh.
“Kau ingat aku takde kerja ke asyik nak mengadap phone? Aku sibuk sekarang ni. Kau nak apa?" Balas lelaki itu juga dengan kasar. Bengang Sofea menganggunya tengahari begini.
Sofea menahan hati seketika.

“Saya nak awak bank in duit untuk Rayyan dan Raisya. Awak dah lama tak bagi nafkah dekat diorang. Awak dah lupa ke tanggungjawab awak sebagai bapa, hah?"
“Apa?? Bank in??" Entah kenapa Sofea merasakan suara itu seakan mengejeknya.
“Hei... Kau ingat aku ni cop duit ke apa? Duit! Duit! Duit!! Kau kalau telefon aku tak minta duit tak sah, kan? Baru ni je aku transfer dalam akaun Rayyan dengan adik. Kau jangan memandai fitnah aku tak jalankan tanggungjawab aku pula, eh?" Marah lelaki itu.

“Baru ni? Baru ni tu bila? 5 bulan lepas? 4 bulan lepas? Berapa je yang awak bagi, sedangkan gaji awak tu bukan main besar. Awak jangan nak mengelak lah, Zafran! Tolong ingat sikit dekat anak-anak. Diorang ni makan pun cukup-cukup je tau. Awak jangan kedekut. Diorang ni darah daging awak, anak awak! Awak tak kasihan ke dekat diorang?" Sofea terpaksa memperlahankan suara, bimbang didengar oleh kawan-kawan di pejabatnya.

Ketika itu dia berada di pantri. Walaupun sekarang ini waktu makan tengahari, dia tetap berjaga-jaga. Takut ada telinga yang mendengarnya.
“Tak cukup kau kata? 2 ribu aku bagi. Tak cukup?? Kau guna sekali ke duit tu? Jangan memandai. Tu bukan untuk kau. Tu untuk abang dengan adik. Kau pun kerja, pakai duit sendiri. Ohh, tak pun kau sengajakan? Kononnya minta duit untuk anak-anak, padahal kau sendiri yang nak guna? Kau ingat aku bodoh?" Tengking suara itu lagi.

“Awak ingat saya ni kebulur ke nak makan duit awak? Saya rela tak makan daripada ambil duit awak tu. Selama kita bersama pun awak jarang bagi saya duit, bagi kesenangan dekat saya. Nafkah zahir awak abaikan! Awak nak saya terangkan apa salah awak?" Perli Sofea.
Kedengaran Zafran mengeluh kasar.
“Hahh, mengungkit!! Apa takde langsung ke perangai baik aku ni? Yelahh, kau tu je yang baik. Phuikkk" Zafran meludah liur. Sengaja menyakitkan hati Sofea kembali.

Sofea beristighfar panjang. “Abang nak pergi lawatan sambil belajar dengan pihak tadika ke Zoo Negara. Sebab tu saya minta awak transfer  duit untuk abang." Terang Sofea dengan jujur. Seburuk mana pun perangai Zafran, dia wajib tahu aktiviti anaknya. Walaupun, dia ambil tidak kisah tentang hal mereka.
“Zoo? Mengarut! Duduk rumah buka tv pun boleh tengok semua tu. Cakap dekat abang, tak payah pergi. Aku tak izinkan. Bahaya! Pergi masjid ke surau ke ada juga faedah." Bebel Zafran kuat.

“Awak cakaplah sendiri. Awak kalau kedekut dengan anak-anak tu cakap je lah. Tak payah susah-susah reka ayat macam-macam. Saya faham sangat dekat awak tu. Dengan keluarga sendiri pula main berkira. Tapi, dengan orang luar pijak semut pun tak mati. Kalau dengan perempuannn..."

“Kau ni, kan.. Kalau bercakap asyik nak sakitkan hati aku je. Memang baguslah aku ceraikan kau. Dasar perempuan tak sedar diri! Hal aku kau tak layah masuk camlur!" Dia terus  memotong dan memaki hamun sesuka hati. Langsung tidak pandai menjaga hati orang. Sedaya upaya Sofea menahan air mata, agar dirinya tidak nampak lemah dan baru sahaja dia mahu membalas, tiba-tiba terdengar suara rengetan wanita di telefonnya. Wanita itu berkata sesuatu kepafa Zafran dengan manja. Cepat-cepat Zafran bersuara.

Okay... Kejap lagi kau check account Rayyan. Aku ada hal. Bye..." Tuttt.. Tuttt.. Tuttt..
Panggilan dimatikan. Sofea menggigit bibir. Geram! Sudah tentu suara perempuan tadi ialah suara kekasih hatinya. Mereka seperti sedang melakukan..... Allahuakhbar!
Apa yang Zafran buat ni? Dia dah tua. Dah 33 tahun! Sudah boleh membezakan mana yang betul dan mana yang salah, halal dan haram. Tetapi kenapa dia masih berfikiran seperti itu? Masih belum berubah?

Bagaimana kalau nanti Rayyan dan Raisya mengikut jejak langkahnya?  Tak takut ke?Tak.. Tak... Tak mungkin terjadi! Anak-anaknya baik. Bukan seperti lelaki itu!

Sedang Sofea mengelamun seorang diri, Haneez datang menegurnya di pantri. Hari ini, mereka tidak makan di luar. Hanya duduk di ofis sahaja. Diet kata Haneez. Berbeza pula dengan Sofea. Sejujurnya dia kehilangan selera makan. Buntu dengan masalah yang dihadapi olehnya. Haneez membancuh milo panas. Dua mug diambil dari kaunter dan dihulurkan kepada Sofea. Sofea menyambut beserta ucapan terima kasih. Seketika dia melabuhkan punggung berselahan Sofea di meja makan. Mugnya dibawa ke bibir.

“Kau bercakap dengan siapa, je? Dari luar boleh dengar?" Haneez memulakan perbualan. Sofea menggigit bibir munggilnya.
“Kau dengar ke? Aku rasa dah slow dah aku bercakap." Haneez menggeleng.
“Takdelah dengar mana. Alaa, macam dengar sikit-sikit je. Kebetulan tadi aku masuk stor sebelah ni. Ambir paper A4, sebelum datang sini. Tu yang dengar sikit tu." Terang Haneez jujur. Sofea tersenyum tawar.

“Biasalah, Neez. Aku gaduh sikit dengan Zafran tadi. Macam kau tak tahu." Balasnya.
“Hai..  Aku ingatkan lepas korang cerai, takde lagi dah krisis korang bergaduh. Rupanya masih tak berubah." Haneez menggeleng kepala. Simpati dengan nasib wanita itu.
“Selagi dia tak berubah. Selagi tu lah, aku dengan dia akan gaduh, Haneez. Dia tu dari dulu macam tu. Semua nak ikut kepala dia. Aku ni macam tunggul. Semua aku buat semua tak kena. Dia buat aku macam orang gaji yang tak bergaji masa dulu. Senang cerita macam hamba lah. "

Sofea memicit kepalanya yang mula berdenyut. Lelaki itu memang suka mengharu-birukan hidupnya. Sampai ke sekarang masih tak berubah. Ya, masih tak berubah!
“Sabar, Pia. Aku faham apa yang kau rasa. Kau sepatutnya bersyukur dia ceraikan kau. At least, kau dah bebas dari jantan tak guna tu. Aku ingat lagi macam mana dia layan kau dulu. Ya Allah, kalau aku lah di tempat kau. Aku dah gila weh. Serius kau tabah.

Aku pun tak tahu macam mana kau hadap perangai dia hari-hari masa mula-mula kau kahwin sampai korang cerai. Aku tak tahu lah ubat guna-guna apa dia bagi dekat kau untuk tundukkan kau. Dengan mana nak jaga anak lagi, padahal bukan dia peduli pun dengan anak dia." Bebel Haneez panjang lebar. Ikutkan hati memang dah lama dia tumbuk muka lelaki itu. Harapkan badan je besar. Otak kecil. Langsung tak hargai isteri yang dah pernah hidup susah senang semata-mata sebab....

“Kau salah, babe. Dia sayangkan anak dia. Cuma masa aku mengandung Raisya perangai dia berubah. Dia dah tak macam dulu. Aku hormat dia selama ni, tapi dia tak hormat aku. Maruah aku dipijak-pijak!" Jelas api kemarahan muncul di wajah putihnya. Kasihan Raisya, dari saat dia dilahirkan dia tidak pernah rasa kasih sayang seorang bapa. Sofea lah yang terpaksa menjaga dan mendidik anak-anaknya bersendirian tanpa pertolongan lelaki itu. Sungguh kental hatinya.

“Kau tabah, Pia. Aku doakan kau dan anak-anak akan temui sinar kebahagian nanti. Semoga Rayyan dan Raisya jadi orang berguna. Ikut perangai kau, bukan macam bapak diorang!" Haneez berkata dengan muka simpati. Satu senyuman dihadiahkan buat Sofea.
“Terima kasih, Haneez. Kau selalu ada di sisi amu tak kira susah atau senang. Semoga Allah merahmati hidup kau sekeluarga." Sofea berkata jujur.

Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang mendengar segalanya dari tadi. Seketika dia mengundurkan diri, bimbang keberadaannya diketahui oleh Sofea dan Haneez.

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang