Bab 17

10.1K 402 25
                                    

"Kerja tak harini?" Soal Sofea kepada Haneez yang singgah di Hospital Putrajaya pada lewat petang itu. Haneez membawa sedikit buah tangan iaitu buah-buahan lalu diletakkan di sisi meja kecil bersebelahan dengan katil Rayyan.
"Kerjalah. Ni aku baru balik dari kerja lah ni terus pergi sini." Dia melabuhkan punggung di kerusi sebelah kiri Rayyan.

Manakala Sofea duduk di kerusi sebelah kanan Rayyan. Haneez memaniskan wajah. "Hai, handsome. Macam mana hari ini. Rayyan rasa  sihat sikit ke?" Soalnya kepada Rayyan. Rayyan mengangguk perlahan.
"Sihat... Doktor cakap nanti Rayyan dah boleh balik dah nanti." Balasnya dengan suara yang comel.
"Oh, yeke? Baguslah macam tu. Rayyan dah boleh keluar wad ke, Pia?" Dia mengalihkan pandangan memandang wajah ibu muda itu pula.

Sofea mengangguk. "Katanya macam tu lah. Tapi, kena tengok lagi 3 or 4 hari lagi. Tengok keadaan kaki Rayyan macam mana. Lagipun kaki dia tak teruk mana. Terseliuh je. Cuma, biasa lah dia kan, kecil lagi. Tu yang kena tahan wad sampai lega sikit tu." Balas Sofea sambil menguis rambut anaknya. Rayyan membuka mulut.
“Cik Neez. Ica mana?" Soalnya tentang bffnya itu.

Haneez tersenyum. Pantang saja nampak mukanya, pasti Rayyan akan bertanya mengenai Aleesya. Teman bermainnya. “Ica ada dekat rumah pengasuh. Cik Neez datang sini datang tempat kerjalah, sayang. Rayyan nak main dengan Ica, eh? Nanti Cik Neez bawakan, eh?" Dipujuknya anak kecil itu. Rayyan hanya mengangguk sambil tersengih. Hari ini Sofea tidak membawa Raisya. Anak kecil itu ditinggalkan kepada pengasuhnya.

“Bila nak masuk kerja?" Haneez mengalihkan pula wajahnya memandang Sofea. “Tunggu Rayyan sihat betul-betullah. Kenapa? Bos dah bising ke aku ambil el. (Emergency leave) banyak hari.." Haneez menangkat bahu.
“Kenapa dia marah-marah semalam aku tak tahu, mungkin sebab kau tak chat bagitau dia kot. Dia call masuk voicemail, chat kau tak reply. Itu yang dia marah tu."

“Biar betul? Tapi, aku kena bagitau dia ke? Aku dah cakap dah dekat Suzy anak aku sakit. Aku terpaksa cuti lah sampai Rayyan sembuh. Dah aku dah bagitau Suzy. Okeylah, tu kan? Kenapa dia nak marah aku seolah-olah macam lah aku ni tuang kerja macam tu, je?" Sofea berusaha menahan dirinya agar tidak terlalu marah. Bimbang dilihat oleh Rayyan.

“Manalah aku tahu. Lagipun, semalam dia datang kejap je ofis. Tengahari tu, dia terus fly pergi Australia dalam beberapa hari je kot. Atas urusan apa entah. Tapi, seriously. Kalau kau tengok dia marah hari tu, sure kau terkencing punya. Habis merah muka handsome dia tu. Ya Allah, first time aku tengok dia buat muka macam tu." Ujar Haneez bersungguh. Secara tak sengaja membuatkan Sofea agak tak sedap hati.

“Salah aku juga tak balas whatsapp dia. Masa hari dia call tu, phone aku takde bateri. Nak caj tak sempat. Itu yang aku bertangguh yang call dia semula. Lama sangat aku bertangguh, terus lupa nak call dia. Alamak, Haneez macam mana ni? Matilah aku kalau dia marah nanti! Agak-agak dia nak pecat aku tak?" Sofea sudah menggelabah. Dia sudah memikirkan yang bukan-bukan.

“Ish... Kau ni merepek je. Mana ada lah. Dia tu risaukan kau je tu. Kau ingat kau seorang je ke yang pernah e.l? Takde maknanya lah. Kau tu buah  hati dia. Tu yang dia risau sangat tu. Aku suruh dia datang lah hospital, kalau dah susah hati sangat ke. Dia kata tak sempat. Eh, dah lah. Tak payah fikir sangatlah. Bukan ada apa pun. Dah, potong buah tu. Kasihan Rayyan, tak tahu apa-apa. Terpaksa dengar dua orang makcik ni membebel."

Sofea ketawa kecil mendengar ayat terakhir Haneez. Seketika dia memandang Rayyan yang ralik menonton Didi & Friends di peti televisyen yang terpasang sebelum mencapai pinggan kosong yang ada di dalam drawer bersebelahan katil Rayyan bersama plastik buah-buahan lalu melangkah ke sinki tandas.

Sambil Haneez melayani Rayyan ketika mereka tinggal berdua sahaja di dalam bilik itu, kedengaran suara seseorang memberi salam. Segera Haneez menjawab diikuti dengan suara comel Rayyan. Terpacul Fawwaz di muka pintu bersama dengan satu senyuman.
“Uncleee....." Jerit Rayyan girang sambil melambai-lambai ke arah Fawwaz.

LARA SOFEA {Complete}Where stories live. Discover now