Bab 84

8.9K 340 13
                                        

Puan Sri Diana mengacau air teh o panas di dalam teko dengan berhati-hati. Kemudian, dia meletakkan teko tadi di atas meja makan. Pinggan yang sudah elok tersusun, dibetulkan lagi. Hari ini dalam sejarah, tangan yang sudah lama tidak menyentuh peralatan memasak hari ini dia sentuh. Dari awal pagi, dia ke dapur memasak hidangan untuk suaminya. Ya, dia mahu memikat kembali hati suami yang sedang berperang dingin dengannya itu. Dia tersenyum melihat hasil air tangannya di atas meja itu. Ada nasi lemak berlaukkan ayam goreng berempah, sambal sotong, telur rebus, ikan bilis goreng, fresh orange, roti bakar, dan sedikit kuih-muih.

Mood dia baik harini. Dia juga telah menyediakan sarapan pagi kepada para pekerjanya di rumah. Puan Sri Diana tersenyum membayangkan suaminya itu sedang bersantap dengan penuh selera. Tak sabar pula mahu menunggu suaminya itu turun ke bawah.
Dia mengerling Tan Sri Iskandar yang sedang menuruni anak tangga dengan laju. Tan Sri Iskandar nampak segak bergaya pagi itu, mesti dia mahu keluar. Seketika dia menarik baju kebaya yang dipakai pada pagi itu agar nampak sedikit kemas.
“Daddy... Mari makan dulu. Ada special breakfast hari ni. Banyak tau." Ujarnya sambil tersenyum manis. Tan Sri Iskandar menghampiri meja makan. Isterinya di sebelah langsung tidak dipandang.

Dia lebih tertarik melihat nasi lemak yang terhidang di depan mata. Keningnya dikerutkan.
“Bibik... Siapa yang masak semua ni?" Soal Tan Sri Iskandar kepada pembantu rumah warga indonesia yang berdiri sedikit jauh dari isterinya. Ada yang pelik tentang sarapan pagi hari ini.
“Puan Sri yang masak, Tan Sri. Semua Puan Sri yang sediakan. Bibik hanya mengemas rumah aja pagi ni." Ujar bibik itu sekali gus memuji isteri majikannya. Tan Sri Iskandar tersenyum sinis.
‘Patutlah lain macam breakfast hari ni. Tukang masak dah tukar. Sengaja nak beli jiwa aku lah tu.' Bisiknya dalam hati.

“Buang semua ni!" Semua mata membulat memandang ke arah Tan Sri Iskandar. Tidak percaya dengan kata-katanya sebentar tadi.
“Aku kata buang semua ni. Yang kau tengok aku macam tu kenapa?" Matanya merenung ke arah pembantu rumah.
“Tapi, Tan Sri. Inikan udah dimasak sama Puan Sri. Kenapa mahu dibuang, sih? Lagipun..."
“Kau nak melawan aku ke, hah? Kau dengar sini. Kalau dia sanggup menipu aku berpuluh tahun, tak mustahil dia sanggup nak racun aku dalam masakan dia. Kau nak bantah sangat cakap aku kenapa?"
“Daddy... Apa yang you cakap ni? Kenapa I nak racun you? I masak ikhlas untuk you tahu tak?" Balas Puan Sri Diana sambil menahan air mata.

“Ikhlas? Kau jangan buat lawak lah! Apa benda yang ikhlas kau buat sejak kau jadi bini aku? Dah lah, aku tak ceraikan kau cukup bagus. Kau jangan nak menyemak depan mata aku boleh tak?"
“Sampai hati you cakap I nak racun you. Tak pernah terlintas di hati I nak buat macam tu selama ni."
“Ye, selama ni memang tak pernah. Tapi, hari ni mana nak tahu. Rahsia kau kan, dah pecah! Dah, jangan kacau aku. Korang kalau nak mati makan je apa yang dia masak. Kalau tak nak makan, buang dalam tong sampah!" Matanya mencerlung melihat ke arah pembantu-pembantu rumah sebelum melangkah keluar dengan hati yang membara.

Puan Sri Diana terduduk ke lantai sambil menangis teresak.
“Daddy... Sampai hati you buat I macam ni." Air mata yang mengalir tidak dihiraukan.
“Sabar, Puan Sri... Ingat Allah." Pembantu-pembantu rumah mendapat dan berusaha menenangkannya daripada menangis meraung-raung seperti itu.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Tan Sri Iskandar duduk menyandar di kerusi bersebelahan Daniel. Tubuh itu sedang ketiduran, mungkin kerana dia terlalu penat. Dapat dilihat dari wajah Daniel yang lemah itu. Diambil tangan Daniel lalu dicium penuh kasih.
“Am... Walau apa pun yang terjadi, Am tetap anak daddy. Daddy terlalu sayangkan Am. Maafkan daddy, daddy pun kena tipu selama ni. Daddy menyesal memperisterikan betina tu. Sampai hati dia tipu daddy." Air mata Tan Sri Iskandar mengalir. Dia teringat sewaktu kecil Daniel, dia belai anak itu, sayang anak itu penuh sepenuh hati. Langsung dia tidak pernah kasari anak itu.

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang