Daniel memeriksa saki-baki wangnya di dalam dompet. Lebih kurang berbaki lima puluh ringgit. Sebentar tadi, dia baru pulang dari bank. Hendak mengambil duit simpanannya dari bank CIMB. Malangnya, baki wangnya hanya tinggal dua ratus ringgit. Mana dia mahu cari duit lagi untuk menampung hidup buat hari akan datang? Sekarang sudah sebulan dia tinggal di hotel. Bukannya hotel mahal dan terkemuka, hanya sekadar hotel bajet.
Nak sewa rumah, dia mahu mencari kerja terlebih dahulu. Mana tahu, nanti apabila sudah sewa rumah. Tempat kerja jauh pula dari rumah. Dah jadi masalah pula. Wang simpanannya semakin habis malah, kereta mewahnya turut dijual. Digantikan kereta kereta proton viva berwarna hitam sahaja. Itu pun, second hand. Kehidupannya kini sangat ketara berbanding dahulu.
Penampilannya langsung tak jaga. Kalau dulu baju sering berganti. Kini, dia pakai saja yang mana ada. Makan hanya apabila rasa lapar. Kalau tak lapar, dia memang tak akan makan. Dia kena berjimat. Duitnya habis ketika mencari kerja. Kerja tak dapat, duit yang habis. Inilah masalah apabila orang yang tidak mempunyai kelulusan yang baik. Dulu dia kerja di ofis Tan Sri Iskandar sebagai CEO hanya kerana itu bapanya. Kalau orang biasa, silap hari bulan hanya diberi jawatan sebagai pengawal keselamatan sahaja. Padanlah dengan sijil SPM yang dia ada.
"Allahuakhbar... Mana aku nak cari duit lagi?" Daniel meraut wajahnya beberapa kali. Dia rasa serabut sekarang. Semuanya memerlukan duit. Kalau dulu, dia langsung tidak pernah berfikir soal macam mana mahu mencari duit. Yang dia tahu, setiap bulan pembantu daddynya akan memasukkan wang yang banyak ke akaunnya. Tapi, sekarang langsung tak ada. Biarlah, dia tak kisah. Dia tidak mahu bergantung lagi kepada daddynya.
Tan Sri Iskandar sudah membuangnya sama seperti apa yang dilakukan kepada Fawwaz. Bezanya, hanya Puan Sri Diana yang masih selalu menghubunginya dan bertanya di mana dia tinggal sekarang. Atas sebab itu Daniel terpaksa menukar nombor telefon baru. Dia mahu tenangkan diri. Tidak mahu mummynya itu menganggu hidupnya buat masa sekarang.
Tiba-tiba, Daniel teringatkan Fawwaz. Bolehkah dia meminta pertolongan dari adiknya itu? Semenjak pertemuan mereka tempoh hari. Kerap juga mereka berwhatsapp dan bervideo call. Tapi, hanya sekadar di dalam telefon. Daniel sering menolak apabila Fawwaz ingin berjumpa. Diberi alasan yang dia sibuk berkerja. Dia masih merahsiakan masalahnya dari pengetahuan Fawwaz.
"Tak! Aku tak boleh minta tolong dia. Aku dah banyak buat masalah dengan Ril. Biarlah kali ni aku berusaha sendiri." Omel Daniel bersendiri. Tiba-tiba dia teringat teman-teman rapatnya pada zaman 'kegemilangannya' dulu. Hurm, mereka tak layak digelar sahabat mahupun kawan. Semasa senang kawan, semasa susah lawan. Langsung tak boleh pakai. Memang sengaja Daniel menjauhkan diri dari mereka.
Dia sudah masak sangat. Dikala dirinya diduga sebegini mana ada yang mengaku kawannya. Mereka akan rapat sekiranya dia ada duit dan harta. Biarlah. Inilah dikatakan kifarah sekiranya salah memilih rakan. Biarlah dia hidup sendirian. Dia tidak perlukan siapa lagi. Kalau ada yang mengingati dirinya, datanglah. Dia tidak mahu memaksa orang sukakannya. Dia tidak mahu membuat kesilapan seperti yang pernah dilakukan kepada Sofea.
Sengaja Daniel meminggirkan dirinya dari mereka. Sekarang dia juga sudah menukar nombor telefon baru dan sudah keluar dari villa Tan Sri Iskandar. Duduk di satu tempat yang asing dari kehidupannya yang dulu. Pastu mereka tidak tahu di mana dia berada. Jikalau mereka bertanya kepada daddynya, orang tua itu pasti akan mengelak dengan sebarang soalan. Biarlah, dia malas fikir. Dia mahu mulakan hidup baru di negeri orang ini.
Tiba-tiba Daniel terpandangkan sejadah yang diberi oleh seseorang petang semalam yang belum terusik. Dengan tangan yang terketar-ketar Daniel menyentuh sejadah berwarna putih itu. Air mata yang bergenang segera diseka. Dalam keadaan perutnya yang agak lapar, dia mencium sejadah putih itu. Selang beberapa saat, kedengaran esakan tangis.
"Ya Allah, Ya Tuhanku.. Sesungguhnya aku manusia yang tak berguna. Aku jahil, Ya Allah. Di waktu nasibku diuji begini baru aku teringatkanmu. Baru aku sedar tentang khilaf aku. Maafkan aku, Ya Allah. Aku terlalu leka mengejar duniawi selama ini." Daniel menangis semahunya. Sejadah putih itu dipeluk erat.
"Aku tak tahu macam mana nak mula. Aku dah lupa macam mana nak ambil wuduk. Bacaan ayat-ayat apa semua aku dah lupa.Al-Quran aku tak pernah sentuh. Ya Allah.. Jahilnya aku. Sesungguhnya aku manusia yang jahil. Maafkan aku Ya Allah. Aku berdosa. Aku terlalu angkuh denganMu." Daniel masih lagi menangis. Dia takut sekiranya dia mati dan tidak sempat bertaubat. Dia banyak dosa dengan manusia dan yang lebih penting dia berdosa dengan Allah SWT. Macam mana dia mahu memohon ampun dari Allah. Sedangkan dia tidak tahu langsung solat.
Dia sudah lupa. Dulu di zaman persekolahan. Dia belajar di Stella Maris Internasional School di Damansara, mata pelajaran pendidikan islam tidak sangat ditekankan di situ. Selebihi mereka amat menitik beratkan matapelajaran inggeris. Jadi tidak hairanlah Daniel amat lemah dalam soal agama. Dia hanya islam pada nama saja. Namun, dia sendiri agak terkejut bagaimana ada seorang hamba Allah yang memberikan kepadanya sejadah itu secara tiba-tiba.
Waktu dia keluar ke pasar malam berdekatan dengan hotel yang didudukinya untuk membeli makanan, secara tidak sengaja dia melalui di hadapan gerai menjual koleksi barangan-barangan agama seperti sejadah, tasbih, Al-Quran, hadis dan sebagainya. Tiba-tiba, kaki meja di kedai itu patah. Habis tasbih dan sejadah jatuh ke bawah. Kebetulan Daniel lalu. Dia menolong pak cik penjual buku-buku agama itu dan selepas selesai, pakcik itu menghadiahkannya sejadah putih.
Pada mulanya Daniel agak ragu-ragu untuk menerima. Tetapi, apabila didesak pak cik itu Daniel terima juga. Seketika Daniel mengelap air mata di wajahnya yang basah.
"Aku kena jumpa lagi pakcik tu. Aku nak minta dia ajar aku ilmu agama. Aku mesti berubah!" Ujarnya sendirian dengan nada yang rendah.
Dia bertekad mahu berjumpa pakcik itu lagi. Minggu depan mesti pak cik itu, akan berniaga lagi di pasar malam di tapak yang sama.Ya, dia harus berubah. Sudah tiba masanya dia mencari akidahnya yang lama hilang. In Sha Allah, semoga Allah permudahkan urusan.

ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA {Complete}
RomanceIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.