Bab 22

9.9K 393 4
                                        

Peektures Studio sedikit bising ketika itu. Hari ini, studio milik Fawwaz adakan sesi fotografi bersama Agensi Modelling yang agak terkemuka. Dia tidak masuk campur dalam urusan itu sebaliknya hanya membiarkan Saiful dan pekerja yang lain sahaja yang menjalankan tugas. Fawwaz hanya duduk di meja kerja sambil membuat kerjanya saja. Rentak lagu
Hey Brother nyanyian Avicii terpasang kuat di dalam studio. Sengaja ingin membangkitkan suasana.

Fawwaz sedang sibuk mengedit gambar pelanggan di PC miliknya. Tadi dia baru sahaja memindahkan gambar dari kamera DSLR ke PC. Semua dilakukan dengan cermat dan pantas, sesuailah dirinya yang boleh dilabel sebagai professional itu. Bukan sahaja dirinya, malah para pekerjanya yang lain juga dididik untuk menjadi professional. Biar mereka dipercayai oleh pelanggan.

“Okay, guys. Break kejap  in ten minutes..." Saiful memberikan arahan kepada team studio dan team agensi modelling. Seketika kemudian dia melangkah ke arah Fawwaz. Kerusi kosong di hadapan jejaka itu ditarik sebelum mencapai botol air mineral lalu, meneguk dengan agak rakus. Fawwaz mengangkat muka.

Photoshoot dah habis ke?" Soalnya kepada Saiful. Dia memandang ke arah mereka di sekitar studionya. Semua yang ada di situ kelihatan sedang mahu beristirehat. Ada yang sedang minum, ada yang bersembang, ada yang ke tandas dan bermacam-macam lagi. Rata-rata terdiri daripada model lelaki dan perempuan. Model perempuan kelihatan sangat cantik dan terpesona. Mungkin dikenakan dengan mekap yang tebal dan baju-baju yang cantik.

Tetapi, cantik tu cantik lah, tapi agak seksi dan membuatkan Fawwaz kurang berkenan. Secantik mana pun mereka tetap tidak boleh melawan Ainnur Sofea, yang sudah bertakhta di dalam hatinya. Rasa rindu pula walaupun baru dua hari lepas mereka berjumpa. Saiful meletakkan semula botol mineral tadi di sebelah. “Belum.. Take ten kejap.." Balas Saiful sambil curi-curi melihat Fawwaz membuat kerja.
“Apa??" Tanya Fawwaz kasar. Matanya mencerlung memandang Saiful yang sudah tersengih itu.
“Hehehe... Saja lah. Nak tengok kau buat kerja..." Jawabnya sambil menggaru kepala.

“Lain macam je kau ni. Kau nak cakap apa cakaplah. Tersengih-sengih dengan aku ni apahal?" Ujar Fawwaz lagi. Kali ini dia memfokuskan mata di skrin PC manakala jarinya ligat mengetik tetikus. Kedengaran Saiful berdehem kecil.
“Wazz.. Aku nak minta cuti boleh tak?" Saiful berusaha menayang muka minta simpati.
“Bila?" Soal Fawwaz lagi.
“25 haribulan ni."
“25 bulan ni? Sorry, bro. Tarikh tu aku dah booking. Aku nak balik kampung."

Fawwaz mengangkat wajahnya memandang lelaki berketinggian sederhana itu.
“Alaaa... Tak boleh nego ke, bro? Aku pun nak balik kampung juga tarikh tu." Wajah Saiful bertukar masam. Seketika Fawwaz menjongket kening. “Kau nak buat apa balik kampung? Mak bapak kau pergi umrah, kan? Mana ada siapa dekat kampung." Balas Fawwaz dengan bersahaja. Namun, dalam hatinya sudah mengagak yang Saiful bukannya mahu pulang ke kampung. Sebaliknya, dia ada rencana lain. Nak jumpa mata air lah tu. Macam dia tak tahu.

“Ada lah... Adik aku." Saiful tersengih menayang giginya yang tersusun cantik.
“Arghh.. Takde-takde.. Kalau kau nak cuti kau tunggu aku balik KL. Jaga studio ni sementara aku takde." Nahh, dia dah mengeluarkan kuasanya sebagai bos sudah dan membuatkan Saiful tidak berani bersuara lebih-lebih. “Yelah.. Yelah... Kedekut!" Saiful berkata perlahan namun, sempat didengar oleh Fawwaz. Fawwaz hanya membuat bodoh.

Saiful adalah orang kepercayaan Fawwaz. Bukan bermakna dia tidak mempercayai pekerjanya yang lain. Percaya, tetapi Saiful ini spesial sikit. Dia agak pandai membuat kerja dari yang lain. Kiranya macam kalau Fawwaz tak ada, dia bolehlah mengantikan Fawwaz di studio mahupun di acara-acara yang besar. Dia macam orang kanan Fawwaz lah. Lagipun, Fawwaz kan bff merangkap teman serumahnya. Walaupun, mereka selalu bertengkar mulut tetapi dia akui dia senang dengan jejaka itu.

“Mak kau tak sihat ke?" Soal Saiful. Dia agak rapat dengan ibu Fawwaz, Vita Mahyuni. Dulu dia selalu juga ikut Fawwaz pulang ke kampung. Bahkan, wanita itu juga telah menganggap Saiful sebagai anaknya sendiri. Cuma, sekarang ini saja dia jarang ikut Fawwaz pulang ke kampungnya di Sungai Petani, Kedah. Semenjak studio Fawwaz sudah mula terkenal ni. Agak susah jika mereka mahu bercuti secara serentak. Kecuali kalau tiada event penting, baru mereka boleh cuti bersama.

“Sihat je, alahamdulillah. Aku dah lama tak balik SP. Tu yang mak aku bising tu. Sakit telinga aku dengar mak aku bebel." Fawwaz menggoncang telinganya beberapa kali. Rasa macam terngiang-ngiang lagi suara ibunya itu membebel semasa di menghubungi ibunya malam tadi. Saiful membalas dengan ketawa. “Tulah, kau. Sibuk kerja sampai tak ingat apa dah. Sesekali balik lah kampung. Curi masa sikit. Kau tengok aku ni. Busy macam mana pun balik juga. Hati orang tua kena jaga." Nasihat Saiful panjang lebar. Fawwaz akui di sebalik perangai lelaki itu yang gila-gila, Saiful seorang yang bermain dengan kata-kata.

Dia pandai menasihati orang. Sebab itulah, Fawwaz selesa berkawan dengannya. Banyak aura positif di dalam dirinya padahal kalau tengok dari luaran dah macam budak je perangai. Seketika Fawwaz mencebik bibir. “Alah.. Aku balik je kampung. Cuma sekarang ni je tak selalu sangat balik. Tapi aku ada je call mak tanya khabar. Kira aku ni ada jugalah tanya khabar mak dekat kampung tu, haa." Fawwaz membela dirinya. Sakit hati pula dengan Saiful. Macamlah aku ni lupakan mak aku. Mana ada! Mak aku tu je yang aku ada dekat dunia ni, tahu tak? Even bapak ada, tapi dia dah lupakan aku. Hurm..

“Tak samalah. Kau kena juga jengok kampung. Bercakap dalam telefon dengan berjumpa face to face ni tak sama. Kau kalau aku cakap bangang kau marah. Cerita dia samalah macam kau rindukan awek. Kau selalu on the phone dengan dia. Sesekali rindu mesti kau nak jugak an, jumpa dengan dia?" Saiful menaikkan sebelah keningnya. Fawwaz mendengus kecil.
“Cakap senanglah. Kau takpelah rumah mak bapak kau dekat Kajang ni je. Nak balik bila pun boleh. Macam aku ni, nuuu dekat Kedah nu, haa. Hang ingat senang ka nak pi mai pi mai dari KL ke Kedah? Boleh relai kaki tangan woo..."

Saiful ketawa mengekek. Lucu mendengar Fawwaz berloghrat Kedah. Macam tak kena je.
“Kau tak payah cakap Kedah lah. Huduh tahu tak? Marah orang kedah karang dengar kau cakap. Lidah tu dah lah keras dengan muka pun dah naik merah." Sekali lagi dia ketawa. Fawwaz mengecilkan mata. Kecik besar kecik besar je dia tengok Saiful ni. “Keraslah, dah aku bukan dari Kedah. Mak aku pun tak pandai cakap Kedah. Padahal dah empat tahun stay situ." Beritahu Fawwaz. Padahal Saiful sudah tahu perjalanan mereka anak beranak.

Saiful menyengih sebelum berkata. “Weh... Jom lah, team dah ready tu. Nak buat kerja dah ni. Byeee..." Saiful meminta diri. Sempat lagi dia menayang muka gedik dan membuatkan Fawwaz rasa nak sepak. Cepat-cepat Saiful melangkah pergi sambil ketawa apabila Fawwaz mengacah mahu membaling kerusi yang didudukinya itu kepada Saiful. ‘Saiful... Saiful... Bilalah kau nak matang ni?' Fawwaz menggeleng perlahan.

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang