Bab 34

10K 424 20
                                        

Suara pekikan dan teriakan anak-anak kecil bergema kuat di ruang bermain di Kidzoonia IOI Putrajaya. Sengaja Fawwaz membawa Sofea dan anak-anaknya ke sini untuk meluangkan masa bersama. Malahan tempat membeli belah ini, dekat sahaja dengan rumah Sofea. Sofea dan Fawwaz ralik melayan Rayyan bermain di tempat permainan membuat burger.

Apron turut dipakai oleh Rayyan, menampakkan dia seperti chef cilik yang sedang sibuk berada di dapur. Comel sahaja gayanya. Segala persiapan bermain sudah disediakan, hanya tinggal membayar yuran masuk ke sini sahaja. Fawwaz tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan mereka bersama dengan mengambil gambar. Malah, dia juga sempat merekod video.

Sofea dan Rayyan sangat sporting. Mereka melayan saja kerenah Fawwaz yang sangat gemar bergambar. Photographer lah katakan! Rayyan kelihatan sangat gembira apabila Fawwaz membawanya ke sini. Ini adalah kali kedua dia ke sini. Kali pertama, dia datang ke sini bersama Sofea dan Haneez. Fawwaz mengerling Sofea yang sedang meriba Raisya itu.

Best pula datang sini. Dulu masa kita kecil, mana ada permainan macam ni.  Kalau ada pun, tak mampu nak datang." Fawwaz memulakan perbualan. Dia memang rasa teruja. Malah, rasanya dia lebih rasa teruja daripada Rayyan. Melihat saja segala permainan yang ada di sini, dia rasa mahu menjadi budak-budak balik. Rasa seronok je memanjang. Tak payah fikir apa dah.

Tiba-tiba dia mula teringat, dia dulu bukan seperti budak-budak lain. Perjalanan hidupnya sangat-sangat derita. Nafasnya dilepaskan perlahan. Seketika Sofea memaniskan wajah sebelum membalas.
“Zaman kita dulu tak sama dengan zaman sekarang. Sekarang ni macam-macam ada, Fawwaz. Ada duit je, semua benda kita boleh merasa.

Budak-budak ni bertuah sangat. Walaupun, diorang macam tak ada bapak. Tapi, orang lain selalu ambil berat pasal diorang. Terima kasih, Fawwaz. Awak sudi melayan anak-anak saya sampaikan Rayyan sangat-sangat sayangkan awak." Sofea  memandang Rayyan yang sedang leka bermain di hadapannya itu. Dia langsung tidak menghiraukan mereka berdua. Fawwaz tersenyum tawar.

Bangga pula mendengar kata-kata dari bibir nipis itu.
“Diorang ni ada bapak lagi, Sofea. Tapi, bapak diorang yang anggap diorang macam dah takde. Saya tak faham, macam mana dia tergamak tak hiraukan abang dengan adik. Padahal, diorang ni anak-anak dia. Darah daging dia juga. Hati jenis apa orang macam tu?" Bukan niat mahu meninggikan suara, tapi dia sangat marah apabila ada orang yang berperangai seperti Zafran.

Terasa seperti situasi ini seperti situasi yang pernah dia alami semasa dia kecil. Ya, nasib dirinya dengan Rayyan tak jauh beza. Disayang kemudian dibenci pula oleh bapa kandung sendiri. Fawwaz mengancing gigi. Orang macam mereka memang tidak layak itu hidup bahagia di atas dunia ni.
“Fawwaz...." Fawwaz tersentak apabila suara lembut Sofea memanggil namanya.

Dia memandang ke arah Sofea. Kelihatan Sofea menggigit bibir.
“Awak nampak marah..." Ringkas saja dia berkata dan membuatkan Fawwaz tersedar sesuatu. Dia tidak patut beremosi begini. Tambah-tambah lagi, di hadapan Rayyan dan Raisya.
Sorry.. Saya geram sikit. Saya minta maaf..." Sofea membalas dengan senyuman. Dia mencium tangan kecil Raisya yang berada di ribanya.

“Sofeaa...." Sofea mengangkat wajah dan zuppp!! Pandangan matanya bertembung dengan mata Fawwaz. “Zafran ada kacau awak lagi tak?" Sofea menggeleng perlahan. Oh, Fawwaz nak tanya tu je? Dia ingat Fawwaz nak melamar dia. ‘Astarghfirullahazim... Pebende kau fikir ni Sofea?' Marah Sofea kepada dirinya.

“Takde... Tapi, saya percaya Zafran tak kan berdiam diri. Dia mesti tengah rancang sesuatu." Balas Sofea.
“Maksud awak?" Soal Fawwaz lagi.
“Saya kenal dia. Dia bukan jenis cakap di mulut je. Apa yang dia nak, dia akan berusaha sampai dapat. Saya takut dia buat benda tak elok untuk cara dapatkan abang dengan adik." Suasana diam beberapa minit sebelum Fawwaz membalas.

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang