Hujan turun lebat pada lewat malam itu. Angin yang bertiup kencang, guruh berdentum hebat, dan kilat sambung-menyambung menambahkan lagi perasaan bimbang di hati Sofea. Semasa kecil lagi, dia takutkan bunyi guruh dan kilat. Ada kalanya, sampai dia menangis. Arwah neneknya pernah berkata, jikaulau ada petir dan kilat. Itu tandanya malaikat sedang memanah syaitan dan iblis yang berkeliaran di atas bumi ini.
Semua itu bukannya mitos. Semuanya sudah tertulis di dalam Al-Quran. Zaman sebelum Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, syaitan-syaitan dapat naik ke arasy untuk mendengar perbualan para malaikat untuk mencuri berita setelah mendapat arahan daripada tukang tilik yang mahu menilik nasib manusia. Syaitan-syaitan yang cuba naik ke arasy akan dipanah petir dan akan mati. Bukan manusia sahaja yang mempunyai hayat tetapi syaitan juga sebegitu. Syaitan yang tidak mati apabila dipanah petir hanyalah 'Azazil.
(Author google dalam internet.. Bukan hentam kromo je, ye?)🙃
Sofea tersedar dari lena. Suasana biliknya yang gelap-gelita itu menambahkan perasaan takut yang sedia ada. Segera dia mengikat rambut dengan getah yang tersedia di tangan sambil berjalan mendekat suis lampu bilik.
TAP!!
Sofea menyalakan lampu. Terus terang biliknya ketika itu. Dia melangkah semula ke arah katil sambil menyelimutkan Rayyan dan Raisya. Saat menyelimutkan Raisya, entah kenapa naluri hatinya terasa tidak sedap. Anaknya itu kelihatan sedang tidur nyenyak sambil berbunyi seakan mengigau. Segera dia memegang tubuh montel Raisya. Mata Sofea membulat.
“Allahuakhbar! Panasnya badan adik." Sofea mendekatkan lagi belakang tapak tangannya ke tubuh Raisya.“Sayang, mama..." Sofea mencium pipi Raisya yang sedang tidur. Kalau tadi dia takutkan guruh yang berdentum kuat. Kali ini, perasaannya lebih takutkan Raisya yang demamnya semakin melarat. Hujan masih lebat di luar. Tiba-tiba, guruh berdentum dengan kuat sekali lagi dengan kilauan kilat. Sofea yang terperanjat terus dia menjerit.
Jeritannya itu mengakibatkan Rayyan dan Raisya tersedar dari tidur. Raisya berteriak kuat. Sofea yang panik, terus memeluk anak daranya itu.
“Ya Allah. Sayang... Sayang.. Please don't cry. Mama ada dekat sini. Mama ada dekat sini, sayang." Sofea memujuk Raisya agar berhenti nangis. Raisya tidak mengerti apa. Dia menangis semakin kuat. Rayyan yang turut terkejut, segera memeluk mamanya.“Mama... Abang takut.." Sofea memeluk tubuh Rayyan. Ubun-ubun anaknya itu dicium.
“Abang jangan takut. Mama ada. Abang kena kuat. Abang kan nak jaga mama dengan adik."
“Abang nak jaga mama. Abang nak jaga adik." Rayyan berkata dengan nada yang terketar-ketar.
“Ye, sayang. Mama tahu." Ujar Sofea sambil tersenyum tawar.Tangisan Raisya masih belum berhenti. Sofea sudah mati akal macam mana mahu buat supaya Raisya berhenti menangis. Berselawat, mendukung Raisya semua sudah dibuat. Namun, Raisya masih menangis. Sofea semakin panik apabila dia memberi Raisya susu, tetapi Raisya muntah dengan banyak. Suara hampir serak kerana banyak menangis.
Hendak ke hospital, dia tidak boleh memandu waktu sekarang ini hujan yang lebat membuatkan dia takut. Siapa yang boleh bantunya ni? Fawwaz? Tak perlulah susahkan lelaki itu lagi. Fawwaz sudah banyak menolongnya.Zafran?? Ya, Zafran. Bekas suaminya itu perlu tahu. Dia tidak boleh biarkan Zafran lepas tangan. Bukankah Raisya itu anaknya juga? Tak.. Tak boleh. Dia mesti beritahu Zafran juga.
Sofea mengambil telefon di meja solek sambil mendukung Raisya yang sedang menangis. Rayyan pula, membuntutinya dengan memegang hujung baju Sofea sambil menghisap jari. Dia tidak mahu berenggang dengan mamanya kerana takut. Saat Sofea, ingin mendail nombor Zafran. Sekali lagi guruh berdentum. Hampir tercampak telefon pintar itu ke lantai kerana terlampau terkejut.
“Abang ikut mama baca doa ni, ye? Bismillahirahamnirahim.. Alahumma shoyyiban nafi’an.. Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat" Doa Sofea dengan perlahan. Selepas itu, Sofea turut membaca ayatul kursi dan al-fatihah sambil diikuti suara manja Rayyan.

ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA {Complete}
RomanceIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.