Bab 39

9.3K 403 8
                                    

“Jap-jap. Aku dengar tapak kaki." Ujar Fawwaz sambil menggerakkan jemari di joystick game wireless dengan perlahan. Ketika itu dia sedang bermain game PUBG (PlayerUnknown's Battlegrounds) bersama kawan-kawannya iaitu Saiful, Hadi dan Iwan di telefon mewahnya. Mereka ini merupakan pekerja dan rakannya ketika luar waktu bekerja. Boleh dikatakan mereka sangat rapat selain dia dan Saiful.

“Pul... Pul... Belakang kau! Belakang kau!" Jerit Iwan tiba-tiba di dalam game itu.
“Alamak, argghhhh bodoh. Peluru aku habis, bodoh!" Balas Saiful pula.
“Jap... Jap... Aku cover kau. Kau jangan gerak mana, just stay belakang batu ni je." Balas Fawwaz pula. Laju jari-jemarinya menekan di joystick controller itu.
Hahh! Tu dia... Mana kau nak lari?"
Bunyi tembakan senjata dari Fawwaz bergema di sekitar ruang tamu rumah Puan Vita.

Nice.. 10 kills. Apa noob player ni?" Ujar Fawwaz lagi, sambil tersenyum lebar.
Line dia lag ni. Dari tadi ambil barang tapi tak boleh-boleh.." Balas Hadi yang sedari tadi terdiam, dia hanya memfokuskan di game sahaja. Kedengaran Fawwaz tergelak.
“Pul... Sini ada SCAR-L. Buang weapon tu." Arah Iwan kepada Saiful.
“Sini pun ada AKM dengan SKS. Siapa nak?" Soal Fawwaz lagi.
“Bagi aku je lah. Aku ada pistol bodoh dengan pan ni je. Weapon takde do, dekat rumah tadi." Balas Saiful lagi.

Kedengaran suara mereka bertiga ketawakan Saiful. Sedang rancak Fawwaz bermain game, tiba-tiba Rayyan meluru ke arahnya sambil membawa robot transformers bumblebee yang Fawwaz hadiahkan. Dia memeluk erat robot itu sambil menjengok ke telefon Fawwaz. Fawwaz yang baru tersedar kehadiran Rayyan, segera bangun dari pembaringan. Dia melabuhkan duduk di sofa.

“Abang... Meh sini, duduk sebelah ayah." Rayyan hanya menurut. Dia masih menjengok ke telefon Fawwaz.
“Ayah buat apa?" Soal Rayyan memulakan perbualan.
“Main game.." Jawab Fawwaz bersahaja sambil fokus ke telefonnya.
“Main game?" Rayyan menyoal lagi.
“Ermmm...." Jawab Fawwaz, malas saja bunyinya.
“Siapa tu, Wazz? Rayyan ke? Hai, handsome boy." Rayyan membulatkan mata ke arah Fawwaz saat kedengaran suara Saiful bertanya di dalam game.

Dia tidak faham macam mana ketika Fawwaz bermain game, kemudian boleh pula terdengar suara orang dengan serentak. Fawwaz yang faham dengan kekeliruan Rayyan, ketawa kecil.
“Ha'ah, Rayyan. Sayang, ni Uncle Saiful lah. Kawan ayah tu." Fawwaz memperkenalkan Saiful kepada Fawwaz. Dia yakin Rayyan masih mengingati Saiful walaupun baru sekali mereka bertemu. Cepat-cepat Rayyan mendekatkan diri rapat di sebelah Fawwaz.

“Assalamualaikum, uncle. Uncle buat apa? Uncle dah solat?" Bersahaja dia bertanya soalan itu kepada Saiful. Fawwaz pantas ketawa kecil sangat kedengaran Saiful berdehem.
“Habislah kau, Pul. Kantoi lah belum solat." Balas Iwan di dalam game itu diikuti dengan suara usikan Hadi pula. Fawwaz mengeleng perlahan.
“Err.. Kejap ye, Rayyan. Uncle nak habiskan game ni dulu. Lepas habis, uncle terus solat." Balas Saiful lagi.

“Mama cakap kalau lambat solat rezeki susah nak masuk. Uncle pergi lah solat dulu, nanti uncle sambung main lagi." Balas Rayyan pula.
“Entah kau ni, Pul. Dah pukul 3 ni dah. Tunggu apa lagi?" Kedengaran pula suara Hadi, menganjing Saiful. Iwan hanya mengiakan saja. Tiba-tiba kedengaran Fawwaz menjerit kuat. Terkejut habis Rayyan.
“Arghhhh, yesss.. Chicken dinner, guys!! Abang, hari ni kita makan ayam." Ujar Fawwaz sambil memeluk Rayyan erat.

Yessss... Yahooo!!!" Kedengaran suara tiga pemuda itu bergema di dalam permainan. Seronok kerana team mereka menang.
“Okay, Rayyan. Uncle solat dulu, eh? Guys, gua nak ciou dah ni. Jumpa karang. Bye." Selesai Saiful meminta diri, dua orang lagi juga meminta hal yang sama. Fawwaz menutup telefonnya lalu berpaling ke arah Rayyan. Belum sempat dia berkata sesuatu kepada anaknya, Puan Vita muncul di ruang tamu.

LARA SOFEA {Complete}Where stories live. Discover now