"Buat apa je tu? Dah lewat dah ni, asal belum tidur?" Fawwaz merenggangkan badannya di atas tilam empuk sambil menekup telefon di telinga kiri. Tubuhnya benar-benar kepenatan kerana baru pulang dari kerja. Sudah tiga hari berturut-turut dia membuat sesi fotografi di Port Dickson bersama para pekerjanya. Penat usah kata lah. Yelah kan, biasalah tu. Kerja apa tak penat. Duduk saja pun penat. (Aku yg mengarang pun penat nak kerah idea)🤣
Kedengaran suara di sebelah sana menghembuskan nafas.
"Tunggu abang tidur. Tak nak pulak dia lelap mata ni sebab tengahari tadi tidur dah lama. Puas jugaklah suruh dia masuk bilik tadi, haa." Ujar Sofea sambil menguis anak rambut Rayyan yang sudah ketiduran di atas katil.
"Yelah, petang tadi tidur lama tak mengantuklah."
"Ermm..." Keadaan tiba-tiba senyap."Sayang...." Panggil Fawwaz dengan manja.
"Ermm..." Sofea turut membalas dengan nada yang lembut.
"Esok bie nak balik SP. Mak dah bising sebab dah lama tak balik. Nak siapkan apa-apa lagi masa kenduri kita. Sayang nak ikut tak?" Beritahu Fawwaz.
"Ermm... Tak boleh, esok kan abang sekolah. Lagipun kita ni belum halal. Tak manis kalau selalu sangat sayang balik kampung bie. Nanti apa pula orang nak kata.""Orang nak cakap apa? Kita bukan nak buat perkara yang bukan-bukan pun. Sayang teman je bie balik. Sayang pun nak kahwin dengan bie, kan?" Pujuk Fawwaz lagi.
"Tak boleh, bie. Bie balik dulu handle apa yang patut dengan mak tu. Nanti sayang tak nak menyibuk sama dekat sana. Lagipun bos sayang mesti tak bagi cuti tiba-tiba ni. Sebab nanti lepas kahwin kan sayang dah nak berhenti kerja. Lagipun, Saiful kan ada teman bie balik kampung.""Saiful nak buat apa. Dia lain, sayang lain. Kalau dengan dia buatkan boleh buat projek macam kita berdua nanti."
"Biee!!" Gurauan nakal Fawwaz membuatkan Sofea menjerit geram. Terkekeh-kekeh bakal suaminya itu ketawa.
"Gatal dia eh, tak sabar sangat ni."
"Benda best sayang, siapa je tak suka?" Fawwaz ketawa kecil.
"Dah lah tu, dah lewat dah ni. Cepat masuk tidur.""Hermm... Yelah, kalau macam tu bie balik dulu esok. Sayang jaga diri. Kalau rasa takut pergi jelah rumah Haneez tu. Bie risau sayang duduk sorang."
"Takpe. Takde apa yang nak takutkan. Sayang dah biasa duduk dengan anak-anak."
"Hmm.. Yelah. Tapi, kalau ada apa-apa yang tak kena cepat inform bie. Haneez pun sama kena bagitau jugak." Pesan Fawwaz lagi."Ye, orang bagitau nanti."
"Kalau Haneez ada hal pun masalah juga. Dia pun tengah sarat. Nanti bie suruh budak-budak bie tengokkan sayang. Nak suruh Saiful tengokkan, dia pulak ikot bie balik."
"Bieee!! Tak payahlah, susahkan orang. Sayang tahulah nak jaga diri sendiri." Sofea sudah rasa tak selesa dengan layanan Fawwaz. Bukan bermaksud dia tak suka, cuma Fawwaz tu terlampau manjakan dia sangat."Takpelah kalau macam tu. Ingat, jaga diri baik-baik. Kalau ada masalah apa-apa cepat bagitau. Nanti bie buat video call banyak-banyak. Jangan tak angkat pula. Kena sayang kang." Selepas 5 minit berbual, akhir Fawwaz meminta izin untuk tidur. Dia sangat penat hari ini dan esok pula terpaksa bergegas pulang ke Sungai Petani. Jadual harian hariannya sejak kebelakangan ini sangat padat. Ada saja yang hendak dibuatnya.
Hai hari, cepatlah kau berlalu...
🌼🌼🌼🌼🌼
"Dah kau ke situ kenapa? Tepi sikit aku nak baling bom ni." Fawwaz mengeraskan suara kepada rakan squadnya. Ketika itu dia sedang bermain PUBG di iphonenya.
"Mana enemynya? Serious aku tak nampak, doh." Kedengaran suara rakannnya membalas di dalam game.
"Ada... Ada. Dia pakai ghillie suit. Sebelah batu sana. Jap, aku tanda."Sampuk Saiful pula."Enemy ahead!" Dia berada di sebelah Fawwaz turut bersama-sama main permainan itu. Permainan semakin rancak, mereka saling mencari musuh yang terakhir.
'BAM! BAM! BAM!' Bunyi tembakan begitu kuat di telefon masing-masing dan tiba-tiba... CHICKEN DINNER🐔"Yessss!! Wuhhh, nyorok dekat situ doh. Patutlah aku tak nampak." Suara di telefon berbunyi.
"Itulah kau. Aku dah kata kau rabun, kau tak nak pergi check. Buat spek mata taknak. Nasib ambik gambar cun melecun." Bidas Fawwaz bersahaja. Saiful di sebelah mengekek ketawa.
"Entah.. Depan kau je, kot. Itulah, dulu kutuk sangat. Nahh, sekarang sape yang noob, bro? Level 64 pun noob lagi ke?"Mereka terus berbual di dalam game itu sehingga tidak sedar Puan Vita sedang menghampiri mereka sambil bercekak pinggang. Darahnya menggelegak apabila melihat mereka masih lagi bermain permainan itu sejak lepas subuh tadi. Lepas solat, terus diterkam telefon masing-masing. Entah apa-apa.
"Amboi, korang berdua ni. Main game tak ingat dunia. Ni sampai bila nak berhenti main ni? Lepas asar karang ke maghrib esok baru nak berhenti?? Nak tunggu telefon tu meletup dulu ke apa?" Puan Vita sudah memulakan bebelannya. Matanya merenung tajam ke arah Fawwaz dan Saiful. Sedap saja mereka berdua berbaring di atas sofa empuknya. Sedap korang, ye? Fawwaz memaling sekilas ke arah ibunya. Kemudian dia terus mematikan permainan tersebut. Saiful juga begitu.
"Kenapa ni, mak cik? Kitorang bising sangat ke?" Soal Saiful pula sambil memerhati Puan Vita yang cantik berblaus coklat tua. Wajahnya tambah berseri apabila memakai shawal berwarna coklat muda. Wajah putihnya bertukar masam.
"Tadi mak cik cakap apa sebelum solat subuh tadi?" Matanya merenung Fawwaz dan Saiful secara bergilir-gilir."Ohh, yang tadi tu ke? Haa, kejap mak cik. Aduh.. Aduh... Sakit pulak perut ni. Pergi jamban jap!" Saiful membuat insyarat mata kepada Fawwaz. Mampus lah, pagi-pagi dah kena. Kemudian, dia bergerak ke tandas yang berhampiran dengan dapur. Bukan sakit perut sangat pun, dia malas mendengar bebelan Puan Vita yang sebenarnya. Boleh pekak telinga, seh!
"Asal ni, mak? Pagi-pagi dah membebel. Macam mana rezeki nak masuk? Orang pagi-pagi kena rileks, senyum je muka. Ni, mak asal masam? Period ke?" Puan Vita terus membaling bantal kecil yang dihias di atas sofa tepat ke muka Fawwaz.
"Aduhhh... Sakitlah mak." Fawwaz meringai. Mukanya dikerutkan.
"Mak dah cakap kan, tadi lepas subuh siap cepat. Mak nak pergi pasar beli ikan, ayam apa semua ni. Banyak barang dapur yang nak kena beli. Itu sebablah ajak kamu dengan Saiful. Tolong mak. Ni matahari dah nak terbit dah ni. Entah ada lagi tak ikan tu dekat pasar." Puan Vita masih berdiri di hadapan Fawwaz. Wajah Fawwaz ditatap."Allah! Sebab tu je ke? Mak nak bimbang apa. Kalau lauk habis, kita pergi la econsave ke, TF ke, CS apa semua tu. Banyak barang dapur dekat sana. Lagi banyak pada pasar tu." Jawab Fawwaz tanpa berfikir panjang. Kelihatan Puan Vita menggeleng kepalanya.
"Engkau ni kan, kalau mak bercakap ada je jawapan kau yang menyakitkan hati. Barang yang mak nak dekat pasar tu. Macam ikan, udang, ayam, sotong dekat pasar semua fresh-fresh.Ayam pun bukannya ayam cucuk dekat tempat yang kau nak pergi tu. Mak ni bukan selalu mintak tolong kau, Fawwaz Nazril oi. Mak kalau boleh tak nak susahkan kau dengan Epol tu. Ni barang mak nak beli ni banyak. Tak cukup kudrat dengan tangan mak ni nanti. Itu sebablah ajak korang. Nak minta tolong tu pun susah!" Puan Vita melepaskan amarahnya lagi. Fawwaz tersengih. Serba-salah juga dia rasa sekarang.
Benar juga. Ibunya itu bukan suka meminta pertolongan daripadanya. Kalau boleh semua benda nak buat sendiri. Berdikari sangat emaknya itu. "Haaa, yela. Orang dah siap dah pun. Sajalah layan game kejap sementara tunggu mak." Balas Fawwaz lagi.
"Dah lah. Jom cepat. Panggil Epol tu. Tak payah nak sakit perut sangat. Berlakon je tu." Tanpa Puan Vita sedar, Saiful sudah melangkah ke arah mereka."Eh, amende berlakon pula? Tak best pun berlakon pergi jamban. Syaiton nirojim banyak mak cik oii.." Balas Saiful yang sempoi sahaja penampilan pagi ini. Tshirt putih warna kegemarannya dan berseluar jeans. Dia pun sudah siap selepas subuh tadi.
"Kau dah siap? Haa, jom gerak sekarang. Kang sambung battle kita. Aku mengantuk ni tak cukup tidur." Fawwaz berkata sambil melangkah bersama Saiful ke kereta.Dia menstart enjin dahulu sambil menunggu Puan Vita mengunci rumah. Sementara Saiful membuka pagar. Selang beberapa minit, Fawwaz memandu tenang ke Pasar Basah Sungai Layar.
![](https://img.wattpad.com/cover/164297448-288-k242571.jpg)
YOU ARE READING
LARA SOFEA {Complete}
RomanceIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.