“Sepakan bola yang begitu laju oleh Aidil Zaquan, dan nampaknya... Ohhh, nampaknya bola yang dihantar oleh Aidil Zaquan berjaya mengelecek dengan begitu baik sekali. Gerakan bola yang begitu laju ke jaringan dan...."
“Golllllll!!!!!" Jeritan suara antara kedua-dua lelaki itu bergema di sekitar ruang tamu. Saiful dan Eddy bersorak sakan apabila bola di mana Malaysia berjaya menjaringkan gol sebanyak 2-0 ketika suara di peti televisyen berkumandang.Eddy ialah pekerja praktikal di studio Fawwaz. Dia dari jurusan Multimedia di Universiti Teknologi Mara (uitm). Malam ini, Saiful mengajaknya bermalam di rumah mereka. Saja mahu meriuhkan suasana untuk menonton perlawanan bola antara Malaysia dan Thailand. Bukan meriah mana pun kalau di rumah itu sekadar ada tiga orang. Ceh!
“Aku dah agak dah Malaysia boleh pergi final. Referee ni memang berat sebelah lah. Memang patut makan penerajang dah masa mula-mula game start." Suara Saiful agak baran ketika bercakap dengan Eddy. Bengang dengan pengadil yang seakan selalu berpihak kepada pemain Thailand. Eddy hanya mengangguk mengiakan apa sahaja yang Saiful cakapkan. Tak berani menidakkan.
Ketika mereka sedang khusyuk menonton bola, kedengaran pintu rumah dibuka. Tersembul muka Fawwaz sambil memberi salam. Seketika mereka menjawab.
“Kau dari mana? Bola dah nak habis first round dah ni, kau baru balik. Lupa ke ada bola?" Soal Saiful sambil mengangkat kening.Dia tahu sangat yang Fawwaz gemar akan sukan bola sepak dari sekolah lagi walaupun dia bukan satu sekolah dengan Fawwaz. Eh, bukan saja bola sepak. Boleh katakan, semua jenis sukan dia minat, asalkan tak masuk kelas! Bhahhahaha...
“Tahu... Saja nak ambik angin luar kejap." Balas Fawwaz sambil merebahkan duduk di sofa bersebelahan dengan Eddy. Bahu pemuda berusia 22 tahun itu dipegang.“Kau sorang je ke? Yang lain-lain tak ikut?" Soal Fawwaz. Yang lain-lain itu dia maksudkan pekerjanya yang lain. Mereka yang lain pun, ada juga ke rumah Fawwaz dan Saiful. Tapi, tak selalulah. Masa mereka banyak dihabiskan di studio saja yang boleh dianggap sebagai rumah kedua mereka itu. “Tak, bang. Saya sorang je. Yang lain lepak mamak." Balas pemuda tinggi yang berkulit sedikit gelap itu.
Fawwaz hanya mengangguk. Seketika dia mengalihkan mata menonton permainan bola. Suara Saiful sama riuh saja dengan pengulas sukan. Ada saja yang tak kena di matanya. Kepoh betul. Eddy hanya melayan manakala Fawwaz hanya senyap. Sambil menonton, mereka mengunyah keropok twisties, kekacang dan kuaci. Air pepsi dua botol juga tidak dilupakan. Mana best takde jajan masa tengok bola.
Seketika perlawanan bola sudah habis dan keputusan Malaysia layak ke peringkat akhir. Yeahhh!!
Eddy meminta diri untuk solat isyak manakala Fawwaz dan Saiful masih lagi di ruang tamu. Sekejap lagilah diorang solat. Bukan tak biasa solat lewat-lewat😏 Saiful memandang wajah Fawwaz yang kelihatan kusut itu.“Kau pergi mana? Cari Sofea dengan anak-anak dia ke?" Ya, Saiful sudah tahu masalah yang dihadapi oleh Fawwaz. Kasihan sungguh sahabatnya itu. Baru mahu mengecapi kebahagian, namun ada pula masalah yang timbul. Fawwaz meraut rambutnya yang digel itu sebelum membalas.
“Aku pergi lepas stress. Merata tempat aku cari diorang. Aku cuba cari dekat mall masa kitorang jumpa dulu. Sekarang ni dah hampir tiga minggu dah weh.Aku tak jumpa diorang. Entah-entah, Rayyan dah lupakan aku dan Sofea.. Dia pun mesti dah kenal aku, apa?" Saiful yang terdengar, hanya mampu melepaskan nafas berat.
“Kenapa kau tak try tanya terus je Am? Aku rasa dia mesti tahu dekat mana rumah Sofea. Apa kata kau tanya je, mana tahu dia kasi. Kau boleh terus jumpa diorang." Saiful memberi idea namun, dia terlupa satu perkara. Antara Fawwaz dan Daniel, mereka tidak ngam.Dan mustahil Fawwaz akan meminta pertolongan dari Daniel.
“Kau lupa ke aku dengan dia macam mana? Aku tanya dia? Memang tak lah. Kang tak pasal-pasal dia soal aku macam-macam. Nak pula, si Sofea tu awek dia ke. Lagilah aku kena bantai!" Fawwaz mendongak ke atas sambil badannya disandarkan ke sofa. Sengal pula badan ni setelah seharian dia memandu. Macam orang bodoh saja pandu kereta tanpa arah.Menghabiskan duit minyak! Tapi, tak apa lah. Demi ingin mencari tiga beranak itu, dia sanggup lakukan apa saja. Walaupun, dia terpaksa berkorban hari cutinya untuk mencari mereka. Seperti hari ini lah!
“Ohh.... Sorry, bro! Aku lupa." Balas Saiful kemudian dia ketawa kecil. Dia menyambung lagi.
“Kalau kau follow je Daniel, tak boleh? Manalah tahu, dia jumpa Sofea ke. Dapat juga kau peluang."Fawwaz mengangkat badannya, kemudian dia menunduk sedikit. Sikunya diletakkan di atas lutut, sambil kedua-dua tapak tangannya digenggam. Matanya dihalakan ke televisyen.
“Aku ni sebenarnya malas nak tengok muka dia. Benci! Dendam aku dari kecil sampailah sekarang ni belum terpadam. Sebab dia dengan mak dialah aku dengan mak aku hidup menderita!Bila aku tengok dia aku rasa marah sangat! Aku takut aku tak boleh kawal diri aku. Cukuplah, aku rasa terseksa masa pergi parti Tan Sri Iskandar dulu tu. Aku tahan rasa sakit aku ni seorang-seorang. Entah lah, Pul. Aku malas nak cakap apa. Yang penting aku malas nak pandang muka dia. Kalau sebab nak cari Sofea je, aku terpaksa hadap muka dia. Aku malas! Seriously, aku tak nak!" Ujar Fawwaz kepada Saiful dan tiba-tiba sahaja jejaka itu merengus kuat!
“Disebabkan dendam kesumat kau tu, kau sanggup lepaskan peluang cari Sofea? Kau lebih penting dendam kau tu? Aku tak faham lah, do. Kau ni sebenarnya nak cari diorang ke tak? Kau sedar tak, ni je peluang yang kau ada. Ni je peluang untuk kau cari Sofea dan budak-budak tu. Tapi, kau lepaskan macam tu je. Kau sanggup ke hulu, ke hilir macam orang bodoh. Kau pergi je pelusuk mana yang kau nak pergi untuk cari diorang.
Alih-alih... Apa pun tak dapat. KL ni bukan kecil, doh. Bukan besar rumah kita ni, je. Kau tak kan mampu cari kalau kau takde langsung information pasal Sofea. Aku tahu, kau berdendam dengan Am. Tapi, kau dengar lah cakap aku ni. Kau follow je dia. Mana tahu, kalau ada dia jumpa dengan Sofea. Dia pergi rumah Sofea ke apa ke? Aku sayang kau, tau. Walaupun, kau ni selenge gila!
Aku benci tengok kau macam ni. Pergi kerja muka macam orang dah malas nak hidup. Balik rumah pun sama. Kau ni harapkan muka je macho! Ishhh, geram pula aku!!" Bebel Saiful dengan panjang lebar. Dan lama dia perati perangai Fawwaz ni. Malam ni, dia bantai secukupnya. Rileks Saiful, bantai sikit-sikit sudah. Kang terlajak kata, tak pasal-pasal kau hilang kerja!
Fawwaz bangun dari duduk berdiri di tepi tingkap. Pandangan luar rumahnya yang tiada apa-apa itu dilihat. Kata-kata Saiful tersemat di hatinya. Deep giler! Saiful kalau dah buka mulit memang dia kalah!
“Kalau dia jumpa Sofea. Kalau tak??" Fawwaz berkata perlahan namun, sempat didengar oleh Saiful. Jejaka itu dah macam nak smackdown si Fawwaz ni. Apasal bab cinta ni dia slow sangat? Bab kerja bukan main pro!“Okay, macam ni. Kalau dah susah sangat kau nak dengar plan A aku ni. Kita buat plan B."
“Apa plan B kau?" Soal Fawwaz sambil dia membelakangkan Saiful. Engan beralih melihat kawasan rumahnya yang sunyi itu.
“Esok kau pergi hospital. Kau pergi kaunter dekat wad yang Rayyan masuk tu.Lepas tu, kau kelentonglah kau ni pak sedare Rayyan ke atuk tiri dia punya kawan ke. Lepas tu, kau mintalah address rumah diorang. Kau cakap lah, yang kau ni lupa rumah dioramg dekat mana. Aku tahu kau tak tanya nurse tu address Sofea, kan? Lepas tu, tipulah yang kau ni nak buat surprise ke apa ke.." Saiful memberi cadangan lagi dan membuatkan Fawwaz melangkah ke arahnya.
“A'ah, lah weh.. Kenapa aku tak minta address Sofea, eh?"
“Sebab kau bodoh!" Fawwaz pantas menayang muka bengang. Manakala, Saiful sudah ketawa terbahak-bahak.
“Dah lah... Kau pergi masuk bilik. Mandi ke solat ke. Esok aku teman kau pergi hospital. Lepas tu, kita cari Sofea sama-sama. Bab nurse tu bagi ke tak bagi, kita fikir lain." Fawwaz tersenyum. Dalam hatinya, dia bersyukur sangat dianugerahkan sahabat secerdik Saiful.“Thanks, sayang. Kaublah sahabat aku!" Ujar Fawwaz dengan suara yang sengaja dimanjakan. Kemudian dia mengacah mahu mencium dahi Saiful.
“Oi... Oi... Apa kau ni? Aduhhh, bodohlah kau! Eee, dah lah Fawwaz!!" Ditolak kuat wajah kacak itu sehingga Fawwaz terperosok ke belakang. Seketika Saiful menahan geli. ‘Ishhh, dah jadi gay ke apa mamat ni?' Bisiknya dalam hati.Fawwaz sudah ketawa kuat saat melihat wajah Saiful yang bertukar merah. Baru usik sikit dah cuak. Kemudian dia berlari masuk ke bilik. Dia mahu mandi, solat lalu cepat-cepat tidur. Dia mahu bermimpi Sofea, Rayyan dan Raisya. Tak nak mimpi orang lain, tak nak mimpi Saiful. Tak sabar mahu menunggu hari esok.
‘Ya Allah, Ya Tuhanku.. Kau permudahkanlah urusanku!"

ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA {Complete}
RomanceIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.