Bab 44

8K 368 23
                                        

“Sayang... Buka pintu ni. Tolonglah, bagi bie explain. Sayang tak boleh percaya apa yang Am cakap tu. Sayang... Please, buka pintu ni. Bie janji bie akan jelaskan semuanya." Rayu Fawwaz untuk kali yang entah ke berapa. Dia berada di hadapan pintu pagar rumah Sofea. Ini sudah masuk tiga malam dia cuba memujuk Sofea. Namun, gagal. Sofea tidak melayaninya. Malah, Sofea juga membloknya nombor telefon dan di sosial media juga.

Dia tiada cara lain lagi untuk berjumpa dengan Sofea, kecuali dengan pergi ke rumah perempuan itu saja. Namun, sama saja. Sofea turut tidak membuka pintu rumah apabila tahu Fawwaz akan datang.
“Sayang... Keluarlah kejap. Sayang tak kasihankan bie ke?" Fawwaz berusaha lagi memujuk Sofea. Halaman rumah yang sunyi dan dihiasi satu lampu saja pada malam itu, dipandang sepi.

Dia berharap Sofea akan keluar dari rumah, berserta senyuman yang teramat manis untuk dirinya.

🌼🌼🌼🌼🌼

SEMENTARA DI DALAM RUMAH.

“Mamaa...." Panggil Rayyan lembut sambil melihat mamanya yang duduk bersila sambil menyuapnya makan di ruang tamu. Raisya sudah tidur nyenyak di atas tilam. Waktu itu, jam baru menujukkan pukul 8.45 malam. Sofea tidak  berkata apa. Dia menghulurkan suapan kepada Rayyan. Rayyan menggeleng laju.
“Abang... Tak baik kalau tak habiskan makanan..." Ujar Sofea lembut. Rayyan terkelip-kelip memandangnya.

“Maa... Ayah ada dekat luar tu. Kenapa mama tak buka pintu? Kesian ayah. Mesti ayah sejuk, ma." Sofea tersenyum pahit. Wajah comel Rayyan dipandang. ‘Maafkan mama, sayang. Mama terpaksa buat semua ni sebab mama tak kuat nak jumpa ayah. Mama tak tahu kenapa ayah abang tu tak nak berterus-terang dari mula. Kalaulah, Uncle Daniel tak beritahu. Agaknya, sampai ke sudah dia rahsiakan hal ni.' Bisik Sofea di dalam hati.

“Abang nak pergi jumpa ayah kejap." Cepat-cepat Rayyan berlari ke arah pintu namun, sempat Sofea menahannya.
“Abang, no! Jangan buka pintu!" Larang Sofea.
“Kenapa?" Mata Rayyan membulat memandang Sofea dan membuatkan Sofea terkelu.
“Ermm... Tak elok malam-malam ni. Dah, jom! Abang dah tak nak makan, kan? Kita masuk tidur dulu, ye?" Pujuk Sofea lagi dengan suafa sehabis lembut.

Manakala, Rayyan sudah membuat muka masam. “Tak nak. Abang nak jumpa ayah. Abang rindu ayah!" Segera Rayyan menyelak langsir lalu  menjenguk ke tingkap. Dia seperti terlihat figura Fawwaz di luar pagar sambil menyandar ke kereta.
“Abang, jangan! Kenapa tak dengar cakap mama ni? Mama cakap jangan tu janganlah!" Sofea hilang sabar namun dia tetap menahan suaranya dari menjerkah kuat.

Rayyan yang tersedar yang mamanya itu sudah berubah emosi, tiba-tiba mengalirkan mata. Tersedu-sedan dia menahan nangis. Dia sangat takut sekiranya mamanya naik angin, walaupun Sofea tidak pernah memukulnya dengan kuat. Sofea yang terasa kasihan, segera menenangkan Rayyan. Tiba-tiba, kedengaran suara Fawwaz bergema lagi di luar.

“Abang... Abang ke tu? Abang, ni ayah ni. Buka pintu ni, sayang. Bagi ayah masuk. Ayah nak jumpa dengan mama, ayah nak jumpa dengan anak-anak ayah." Diam. Fawwaz bersuara lagi, apabila dia tidak nampak Sofea keluar dari rumah.
“Sayang... Janganlah marah abang tu. Abang tak salah, dia rindukan bie je tu. Kasihan dia, yang." Sofea masih berdiam. Hanya kedengaran tangisan Rayyan yang sudah kembali perlahan.

“Ainnur Sofea... Tolonglah jangan buat bie macam ni. Bie merayu, sayang. Bie mengaku bie salah. Tolonglah maafkan bie. Sayang jangan bagi pihak ketiga rosakkan hubungan kita. Dia parasit, sayang. Daniel tu parasit!"

“Assalamualaikum...." Fawwaz berpusing ke arah belakang saat terdengar satu suara garau memberi salam. Kelihatan ada empat orang pemuda yang diketuai seseorang yang berkopiah. Mereka itu seperti alim-alim sahaja. Pantas Fawwaz menjawab salam lalu bersalaman dengan mereka berlima.
“Saya Imam Yahya. Ni, semua ni anak buah saya." Dia menunjukkan kepada mereka berempat. Mereka berbalas senyum dengan Fawwaz.

“Kami ni ahli rukun tetangga di taman perumahan ni. Maaf, sekiranya kami menyibuk. Kami dapat aduan dari jiran tetangga di sini, yang encik ni dah 3 hari 3 malam buat bising dekat kawasan ni. Sekali lagi saya minta maaf, saya nak tahu kenapa dan ada apa sebenarnya sampai encik sanggup tunggu depan rumah orang lama-lama macam ni?" Soal Imam Yahya dengan lembut. Tenang sahaja melihat mukanya. Muka orang-orang beriman macam itulah.

Fawwaz menelan liur. ‘Dah ada masalah lain pula sekarang. Bising sangat ke aku ni masuk jiran-jiran merepot dekat ajk taman ni?' Soalnya kepada diri sendiri.
“Ermm... Maaf, Imam. Rasanya saya takde kacau siapa-siapa. Saya buat hal saya je. Pelik juga siapa yang merepot ni padahal saya takde masalah langsung dengar orang." Imam Yahya tersenyum manis lagi. Dia tahu gelora hati Fawwaz ketika ini. Sudah berpuluh tahun dia jalankan tanggungjawab ini. Dah boleh hafal situasi dan ayat yang keluar dari bibir si pesalah.

“Encik... Kami datang ni bukannya apa. Kami ni bertanggungjawab jaga keamanan kawasan perumahan ni. Orang ramai beritahu encik ni buat bising, merayu-rayu panggil tuan rumah ni sampai diorang tak boleh tidur. Tak baik encik. Ini tempat orang ramai duduk, bukan tempat tuan rumah ni seorang je. Encik kena jaga tingkah laku, perangai encik. Hidup berjiran ni ada adab dan tatasusilanya juga, encik. Kalau encik duduk di tempat orang tu. Encik pun rasa tak selesa kalau ada orang buat bising ni, encik." Sampuk seorang lelaki di sebelah Imam Yahya.

Pemuda itu nampak garang dan gagah berbanding mereka yang lain. Fawwaz melepaskan nafas berat. Namun, dalam hatinya sudah berkata. ‘Bila aku buat bising? Rasanya takde pula aku menjerit, pekik terlolong suka hati. Aku tunggu dekat luar ni tunggu Sofea je. Suara aku pun takde lah kuat sangat kit. Kecoh lebih je, kau ni." Fawwaz berusaha melayarkan senyuman.

“Saya minta maaf, semua. Saya lepas laku. Maaf, Imam. Saya datang sini bukan saja-saja nak cari hal. Bakal isteri saya merajuk. Nombor telefon, whatsapp, instagram, facebook kena blok. Itu yang saya terpaksa datang sini pujuk dia. Saya minta maaf sekali lagi, sebab menganggu ketenteraman penduduk di sini." Fawwaz menunduk sedikit kepala tanda rendahkan diri.
“Encik tak pergi tempat kerja dia ke?"

Tanya seorang pemuda yang memakai tshirt putih. ‘Memang taklah aku nak pergi sana buat masa sekarang. Mesti kena tengok muka Am kalau aku gi sana. Nasib malang lagi, entah-entah Tan Sri pun ada dekat sana.' Kata Fawwaz di dalam hati. Wajah pemuda tadi dipandang. “Errr... Saya tak pergi lagi." Jawabnya sambil tersengih. Imam Yahya turut tersenyum manis.

“Takpelah kalau macam tu. Pujuk-pujuk juga tapi, jangan sampai melampaui batas. Adab susila kita sebagai orang islam kena jaga. Barulah agama lain hormatkan kita. Pujuk biar ada cara, kalau tak melepas pula dia ke tangan orang lain. Kami gerak dulu, ye? Ada banyak lagi kawasan nak ronda ni. Kamu pun baliklah rumah. Dah malam ni." Ujar Imam Yahya lagi sambil menepuk bahu Fawwaz dengan lembut

Dia meminta diri bersama anak-anak buahnya sebelum bersalam dengan Fawwaz. Seketika Fawwaz memandang ke arah tingkap rumah Sofea. Fawwaz tahu Sofea sedang curi-curi dengar perbualan mereka namun dia tidak berani memunculkan diri. Tak apalah, dia balik dulu. Nanti dia akan datang lagi, kembali memujuk cinta hatinya itu. Fawwaz tersenyum manis sambil dia melangkah ke arah keretanya. Beberapa saat di hidupkan enjin lantas dia memandu laju keluar dari kawasan perumahan Sofea.

Sofea tersandar lemah di pintu kereta. Hatinya terasa kasihan terdengar perbualan mereka. Namun, dia masih belum bersedia mahu bersemuka dengan Fawwaz. In sha allah, dia akan kuatkan diri untuk bertentang mata dengan Fawwaz. Buat masa sekarang, biarlah dia dengan caranya dan Fawwaz dengan caranya tersendiri.

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang