“Seorang lelaki yang melakukan jenayah atas kesalahan membunuh rakannya sendiri pada akhir bulan lalu kini dibicarakan semula untuk kali yang terakhir di hadapan ketua hakim negara Datuk Sri Ahmad bin Hj. Nasir. Yang didakwa bernama Muhammad Zafran Hadift bin Muhd Rashid dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Muhammad Zafran dibicarakan di Mahkamah Negara pada 20 julai lalu, kini dibicarakan semula pada 3 ogos di hadapan hakim majisterit tengahari tadi. Kes itu turut dihadiri oleh......"
“Mama... Itu papa!" Suara pembaca berita itu mati apabila Sofea cepat-cepat menutup televisyen apabila Rayyan tiba-tiba datang ke arahnya. Malah, sempat anak kecil itu melihat papanya dan menunjukkan jari ke arah televisyen. Biarpun Zafran memakai tshirt penjara berwarna jingga, tangannya digari dan diapit oleh beberapa orang polis yang wartawan di sekelilingnya, Rayyan masih lagi mengenali papanya itu.
“Abang... Mari sini.." Panggil Sofea sambil memegang tangan Rayyan. Anaknya itu menurut lalu duduk di sisi Sofea.
“Mama... Itu papa, kan? Kenapa papa ada dalam tv? Kenapa ada banyak polis. Papa orang jahat ke?" Sayu Sofea memandang ke arah Rayyan. Pertanyaan anak itu membuatkan Sofea rasa bersalah mahu menjawab.“Papa orang baik, sayang. Papa bukan orang jahat. Itu bukan papa. Itu orang lain." Terpaksa Sofea menipu. Dia tidak mahu anaknya tahu situasi yang sebenar. Biarlah Rayyan besar dan matang dulu baru dia menceritakan segalanya.
“Yeke bukan papa? Tapi, abang tengok muka macam papa? Kenapa papa...."
“Abang.. Abang sambung mewarna tu dulu, eh? Esok abang nak tunjukkan dekat Cikgu Alya, kan? Lepas tu masuk tidur ye, sayang?"“Okay..." Lega hati Sofea apabila Rayyan tidak bertanya banyak lagi.
Sofea melangkah jauh sedikit dari Rayyan. Kemudian, dia menghubungi seseorang. Nama Fawwaz dicari. Dia tidak mahu Rayyan mendengar perbualannya dengan Fawwaz. Selepas beberapa deringan, Fawwaz menjawab. Salam dijawab.“Tengok tak berita tv3?" Soal Sofea terus. Tidak berbasa- basi lagi.
“Tengah tengoklah ni. Pasal Zafran ke?" Cepat-cepat Sofea mengiakan.
“Dia kalah bicara. Hukuman akan dijalankan lepas ni. Sama-sama kita doakan semoga segalanya dipermudahkan." Sambung Fawwaz lagi. Dia yakin Sofea sedang susah hati. Walau bagaimana buruk pun perangai Zafran, dia tetap bekas suami Sofea dan bapa kepada anak-anak Sofea.“Tadi masa tengah tengok berita. Tiba-tiba abang datang. Dia tanya kenapa Zafran boleh ada dalam tv. Lepas tu dia tanya Zafran tu orang jahat ke." Fawwaz terdiam seketika selepas mendengar penjelasan dari Fawwaz.
“Sayang cakap apa dekat abang?"
“Saya terpaksa tipu dia. Saya cakap yang tu bukan Zafran. Tu orang lain. Entahlah... Lepas ni, mungkin abang akan benci saya kalau dia tahu perangai yang sebenar."“Sayang..." Fawwaz sempat menangkap bunyi esakan kecik Sofea. Dia tahu Sofea sedang menahan nangis. Rumit benar masalah ini. Lebih rumit dari masalah hidupnya. Dia turut bersimpati dengan nasib Zafran. Tapi, itulah. Siapa suruh pilih jalan hidup sebegini. Zafran sudah silap membuat caturan hidup. Kini, dia dah dapat balasan. Kesalahan membunuh bunuh perkara yang remeh. Ianya juga merupakan dosa besar.
“Saya... Saya nak bawa abang jumpa dengan Zafran. Biarlah dia jumpa dengan papa dia buat kali terakhir. Biar dia tahu papa dia dekat dalam tu. Itu lebih baik daripada terus kita menipu dia." Sofea mengerling Rayyan yang sedang ralik mewarna dalam keadaan meniarap. Sedih betul dia melihat Rayyan. Anak kecil itu bakal kehilangan bapa kandungnya.
“Ye, sayang. Boleh. Nanti kita pergi, eh? Tengok Zafran. Bie pon rasa Zafran nak jumpa dengan abang juga. Jumpa sayang. Nanti kita pergi, bie temankan." Janji Fawwaz bersungguh-sungguh. Dalam diam Sofea tersenyum.
“Terima kasih bie. Terima kasih sebab sudi temankan saya."🌼🌼🌼🌼🌼
BEBERAPA TAHUN LALU...
“Kenapa ye, awak suka saya? Sedangkan ramai lagi perempuan yang kejar awak." Soal Sofea dengan lembut. Masa itu, mereka baru berusia awal 20an dan sama-sama belajar di universiti tempatan. Dia dan Zafran sedang berada di tasik titiwangsa. Dia bertanya begitu setelah jejaka kacak itu melamarnya untuk dijadikan isteri.
“Eh, ada pula tanya macam tu. Mestilah saya suka awak sebab awak cantik. Saya ni pula handsome. Sesuai lah dengan awak." Balas Zafran dengam bersahaja.

ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA {Complete}
RomansaIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.