Fawwaz, Daniel dan Saiful bersama-sama melangkah menyeberangi jalan untuk menuju ke kedai makan pada tengahari itu. Mereka terpaksa meletakkan kenderaan di hujung jalan sebelah sana kerana kenderaan di sebelah sini sudah penuh. Tengah berjalan tiba-tiba Daniel teringatkan sesuatu. Dia menepuk dahi tanda lupa.
“Allah... Dompet aku tertinggal dalam kereta kau pula. Bagi kunci kejap, Ril. Aku nak pergi ambil." Pinta Daniel sambil menghulurkan tangan. Kunci kereta milik Fawwaz bertukar tangan.
“Aku dengan Epol tunggu kau dekat kedai makan dulu lah. Tengahari ni ramai pula orang. Senang nak cop tempat." Balas Fawwaz.
“Ye, korang pergilah. Kedai mana nak makan?" Tanya Daniel. Seketika mereka memerhati deretan kedai makan yang ada di situ.“Tuu... Makan dekat Kapitan sudahlah. Lama tak pekena nasik kandaq abang bulus." Jawab Saiful yang dari tadi hanya mendiamkan diri.
“Haa, okay. Aku pergi dulu." Fawwaz dan Saiful mengangguk. Mereka mula membuka langkah masing-masing.🌼🌼🌼🌼🌼
Daniel melangkah laju ke arah Kereta Ford Mustang milik Daniel yang diparking di bahu jalan. Alarm kereta ditekan dan dia membuka pintu kereta bahagian pemandu. Dompet di celahan tempat duduk pemandu dan penumpang di sebelah pantas Daniel ambil. Jatuh celah seat rupanya. Kereta Fawwaz dikunci semula. Telefon Daniel pula berbunyi menandakan ada pesanan whatsapp masuk.
Dia berhenti melangkah sebentar untuk memeriksa telefonnya. Sedang dia ralik membalas pesanan whatsapp, kedengaran suara anak kucing menjerit meminta pertolongan. Daniel menoleh kiri kanan mencari suara anak kucing itu. Bunyi macam berdekatan saja dengannya tapi, bila dicari tak ada pula.
“Meow... Meow... Cutt.. Cutt... Cutt.. Cut..." Fawwaz memanggil anak kucing sambil matanya ligat mencari. “Meoww.... Meoww...." Balas anak kucing itu semakin nyaring. Akhirnya Daniel membuat kesimpulan untuk mencari di bawah deretan kereta yang diparking. Dia segera meniarap sambil memerhati di bawah kereta-kereta itu. Tak ada juga!
“Allah... Patutlah cari tak jumpa. Kau ada dekat atas jalan tu kenapa. Woi kucing, shhhh... Shhh..." Daniel bingkas bangun lalu melangkah laju ke arah anak kucing tadi. Anak kucing itu seperti dalam kesakitan. Sayu saja wajahnya memandang Daniel mengharapkan pertolongan.
“Ya Allah, kaki kau patah ni. Kena langgar, eh?" Daniel berbicara dengan haiwan kesayangan nabi itu yang sedang menggerekot. Dia mengiau seakan faham dan membalas pertanyaan Daniel.Daniel menggosok manja kepala anak kucing itu. Wajahnya beriak risau. Dalam ralik memeriksa keadaan anak kucing itu, Daniel terlupakan sesuatu. Dia terlupa yang dirinya sedang mencangkung di atas jalan raya. Dia langsung tak sedar.
“Heyy.... Kereta tu! Kereta!!!" Jerit suara seorang lelaki yang entah dari mana. Daniel yang terkejut mencari suara itu dengan matanya.Tiba-tiba...
DUMMM....
Daniel dilanggar oleh sebuah kereta Honda. Tubuhnya melayang di atas jalan raya. Segalanya terjadi dengan terlalu pantas. Daniel kemalangan! Darahnya membuak di atas jalan raya. Orang ramai cepat sahaja mengerumuni Daniel.
🌼🌼🌼🌼🌼
“Dah kenapa lama sangat Am ni? Cari kereta aku tak jumpa ke?" Soal Fawwaz sambil menilik jam di tangan. Rasanya sudah lebih 10 minit tidak kelihatan wajah Daniel. Pergi mana pula. Rasanya dia parking kereta tidaklah jauh mana.
“Kejap lagi datanglah tu. Nak ambil makanan dulu ke?" Soal Saiful kembali sambil menghirup limau ais kepunyaannya.“Kejap lagi lah. Orang ramai tengah beratur. Aku nak cop tempat takut karang takde pulak. Kau nak ambil dulu pergilah." Fawwaz melihat orang ramai yang mula beratur itu.
“Eh, tu pehal ramai orang berkumpul dekat situ? Ada artis buat show ke?" Saiful menunjukkan jari ke arah orang ramai yang mula berkumpul. Fawwaz segera berpaling.
“Show pebenda tengah-tengah panas ni? Atas jalan raya pula tu." Tajam mata Fawwaz melihat orang yang semakin ramai berkumpul itu.“Woi... Ada orang accident woi.." Jerit seorang lelaki di kedai mamak itu tiba-tiba.
Beberapa orang berlari keluar dari situ dan pergi di tempat orang ramai berkumpul. Fawwaz pantas berdiri dari kerusi. Dia rasa tidak sedap hati. ‘Ya Allah, kenapa aku rasa semacam ni. Kau jauhilah aku dari perkara yang bukan-bukan.' Doa Fawwaz di dalam hati.“Pul.. Jom kita pergi tengok." Ajak Fawwaz. Saiful mengangguk dan langkah Fawwaz yang laju itu diikut sebelum meletakkan not RM10 di atas meja mereka. Fawwaz dan Saiful berlari anak dan sampai sahaja terus mereka melangkah masuk di celah orang ramai. Mereka bergerak terus ke depan dan tiba-tiba...
Jantung Fawwaz seakan terhenti. Matanya membulat tanda terkejut setelah melihat apa yang terjadi. Tubuh itu, pakaian itu, orang itu seperti.... Daniel???“Izzham!!!!" Fawwaz menjerit lantas menerkam tubuh Daniel yang terlentang di atas jalan raya. Beberapa orang yang duduk rapat dengan Daniel ditarik supaya memberi laluan kepadanya mendekati Daniel. Fawwaz menepuk pipi Daniel yang seperti tidak sedarkan diri. Fawwaz kaget.
“Allahuakhbar, abang aku. Am bangun... Bangun.. Ni aku ni, Nazril.." Gesa Fawwaz sambil menggerakkan Daniel.“Encik... Encik kenal ke lelaki ni?" Tanya seseorang kepada Fawwaz namun Fawwaz tidak membalas. Dia lebih risaukan keadaan Danial yang tidak sedarkan diri itu.
Saiful yang membuntuti Fawwaz turut terkejut melihat Daniel yang terlentang di situ. Dia mencangkung bersebelahan dengan Fawwaz.
“Ya Allah, Am... Ni kenapa ni? Kenapa boleh jadi macam ni??" Saiful bertanya kalut kepada lelaki asing yang turut mencangkung bersebelahannya.“Tak tahu lah. Saya baru je turun dari motor tadi, tiba-tiba dengar bunyi ‘dum'. Saya pusing belakang tengok dia dah terlentang dekat sini. Saya pun tak tahu macam mana boleh accident." Balas lelaki itu turut cemas.
“Tadi dia cangkung atas jalan ni sambil pegang anak kucing. Rasanya dia nak selamatkan anak kucing tu." Balas seorang lelaki lain pula. Saiful mendengar fokus.“Saya minta maaf, encik. Saya tak nampak dia dekat atas jalan ni. Saya nak rushing masuk ofis tadi." Tiba-tiba orang yang melanggar Daniel tadi bersuara. Dia rasa sangat berasalah kerana telah melanggar oleh. Kalut sangat mengejar masa, akhirnya orang lain yang menjadi mangsa. Fawwaz tidak membalas kata-katanya. Dia masih sibuk dengan Daniel.
“Am... Bangun, Am... Kau dengar tak suara aku ni?" Fawwaz menepuk lagi wajah Daniel.
“Ril... Ku... Ku.. Cing..." Daniel membuka sedikit matanya memandang Fawwaz yang sedang meriba kepalanya. Dia berusaha mengatakan supaya Fawwaz menyelamatkan anak kucing tadi. Tubuhnya benar-benar lemah.
“Tahan, Am... Kau kena tahan..." Pujuk Fawwaz lagi. Tiba-tiba Daniel melepaskan batuk yang kuat. Darah tersembul terpecik dari mulut.Orang ramai dan melihat keadaan itu semakin panik. Tambah-tambah lagi Fawwaz. Dia menangis teresak sambil memeluk Daniel erat.
“Kita kena bawak Am ke hospital cepat. Darah dia banyak keluar ni." Kata Saiful kepada Fawwaz. Dia turut cemas dengan situasi sekarang. Melihat darah Daniel yang mengalir laju, dia takut lelaki itu tak akan mampu bertahan.“Tolong... Tolong panggil ambulans. Abang saya accident!" Fawwaz merayu kepada orang ramai di situ agar membantu mereka. Wajahnya basah dengan air mata.
“Sekejap encik. Mereka tengah on the way ke sini." Kata seorang lelaki yang sibuk dengan telefonnya.Beberapa minit menunggu, akhirnya kedengaran siren ambulans kuat menghala ke arah mereka. Mereka menasihatkan orang ramai supaya memberi laluan kepada mereka mengangkat Daniel. Segalanya diurus dengan pantas. Tidak sampai lima minit, mereka terus bergerak ke hospital. Fawwaz dinasihatkan agar mengikut mereka menaiki ambulans manakala Saiful memandu kereta Fawwaz ke hospital.
Saksi kejadian dan pemandu kereta honda diarahkan supaya ikut sekali untuk memberikan keterangan.
Orang ramai pun bersurai....

ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA {Complete}
RomanceIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.