🌼LIMA HARI KEMUDIAN🌼
Saiful memandu perlahan kereta Toyota Corrola miliknya dengan tenang keluar dari kawasan Hospital Putrajaya. Fawwaz di sebelahnya hanya diam mencuka. Dia ralik mendengar radio Era Fm yang memainkan lagu Selow dari Wahyu itu. “Siallll!!!" Tiba-tiba Fawwaz menjerit kuat sambil menyiku tingkap kereta.
Sakit di sikunya dibiarkan, bagaikan tidak terasa langsung sakit itu. Saiful sudah memandang pelik kepadanya sambil kedua-dua tangannya memegang stereng kereta.
“Rileks, bro! Jangan emo sangat. Kita dalam kereta ni." Cuak juga bila lihat Fawwaz yang seperti mahu mengamuk itu. Dia ni kalau penyakit baran dia datang, boleh tahan juga.Fawwaz mengalihkan matanya memandang ke luar tingkap.
“Kau cakap dengan aku, macam mana lagi kita nak cari diorang. Tak guna betul! Aku dah habis baik mengayat misi tu. Dia tak layan. Huhh!! Pandai betul dia simpan rahsia." Saiful diam seketika. Dia mematikan radio, serentak suasana bertukar sunyi. Dalam hati dia dah memaki hamun Fawwaz. ‘Aku bagi cadangan suruh follow abang kau, kau tak nak!'“Dah tu tanggungjawab dia, bro! Sebenarnya kita tak patut pun buat macam ni. Kang kalau dia lapor dekat pihak atasan, silap hari bulan masuk dalam kita! Kau pun satu, ada pula guna nama aku. Bengong betul!" Tenang sahabat karibnya itu memujuk. Betul apa yang dikatanya Saiful.
Tak patut betul mereka merasuah jururawat kecil molek itu semata-mata mahu mendapatkan alamat rumah Sofea. Jururawat itu memang bagus, tak layan langsung mereka berdua. Dia langsung tidak berminat mahu menatap wajah dua orang teruna dihadapannya itu. Dia boleh tunduk buat kerja tanpa memperdulikan mereka.
“Aku terpaksa, bro. Kalau dia setuju pun tadi. Apa salahnya kau keluar date dengan dia. Tak lama, satu hari je. Muka dia pun cun apa?" Saiful mengerling Fawwaz sekilas.
“Tengkorak kau lah, apa salahnya? Yang jadi mangsanya aku. Kang kalau dinampaknya awek aku, aku keluar dengan perempuan lain. Tak pasal dia minta putus. Dah tahu dia cun, kau jelah ajak dia keluar." Balas Saiful kembali. Wajahnya bertukar bengang.Ketika mula-mula mendengar ayat yang keluar dari Fawwaz kepada jururawat itu, mahu saja dia maki Fawwaz. Tak guna punya kawan! Suka hati dia je babitkan orang tak tentu pasal!
Fawwaz melayarkan muka tiada perasaan. Dia juga bengang kerana jururawat tadi enggan menolong mereka. Bukan senang dia nak buat muka terhegeh-hegeh dengan perempuan.“Rileks, bro! Tak payah sedih-sedih... Ada jodoh, berjumpa baliklah korang. Dah jom aku bawa kau pekena nasi kandaq spesial penang mai. Pastu kita pergi The Curve kejap. Amacam?"
“Ikut kau lah..." Balas Fawwaz dengan malas. Dia malas fikiran apa lagi. Sekarang apa yang dia tahu, dia nak tenangkan diri buat seketika.🌼🌼🌼🌼🌼
“Kau duduk lah kejap. Diorang nak test make up dekat kau je..." Pujuk Haneez. Dia mengempung Sofea agar wanita itu tidak melarikan diri. Sofea memeluk Raisya ke dadanya dengan sambil kepalanya digeleng.
“Tak nak lah... Kau yang nak beli make up. Kau lah yang pakai. Aku tak nak. Haneezzzz....." Sofea membuat muka simpati kepada Haneez. Malangnya, Haneez membuat tak tahu saja.“Alah... Muka aku ni dah bermekap dah. Sayang pula nak remove. Kau tu fresh tak pakai apa. Duduk je, bukan kena bayar. Meh sini Raisya. Aku pegangkan..." Akhirnya Sofea hanya menurut. Diberi Raisya yang sedang duduk di dalam baby carrier backpack itu kepada Haneez. Comel sahaja gelagat Raisya yang sedang menghisap jari.
Sementara pekerja di SEPHORA itu menerangkan fungsi-fungsi dan kebaikan alat mekap yang dipakaikan kepada Sofea. Antara foundation yang dipakaikan kepada Sofea ialah Tarte dan IT Cosmetics. Jenama Tarte dipakaikan di sebelah kanan, manakala IT Cosmetics dipakaikan di sebelah kiri. Saja dia mahu Sofea dan Haneez melihat perbandingan antara kedua jenama ini. Sofea mengangguk sahaja.

ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA {Complete}
RomanceIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.