Rentak lagu Haning versi remix berkumandang kuat di Zouk Club di Ibu Kota. Manusia berjantina lelaki dan perempuan lincah menari mengikut irama muzik yang dimainkan. Langsung tidak takut sekiranya diturunkan bala apabila sedang lalai ketika sedang bersuka ria. Semua sibuk berpesta bagaikan esok sudah mahu kiamat, soal amal ibadah untuk dibawa ketika mati dibiarkan saja. Keseronokkan duniawi lagi penting bagi mereka.
Bau arak dan asap rokok sudah sebati dengan mereka. Melihat aksi ghairah lelaki dan perempuan hanyalah perkara biasa buat mereka yang masuk di club ini. Pil estacy, heroin, ice, candu seperti gula-gula pada mereka. Semua maksiat di depan mata hanyalah biasa bagi mereka. Ya, semua biasa!!
Di satu sudut yang lain, kelihatan Zafran sedang meneguk minuman keras langsung dari botol. Dia tidak mempedulikan mereka yang lain. Kerana dia sekarang sedang berada di 'dunianya'. Tiba-tiba Edry rakan baiknya dan seorang lagi jejaka yang bernama Fendi datang lalu duduk bersebelahannya. Mereka tersenyum melihat Zafran yang sudah mula mabuk itu. Edry mengerling mata kepada Fendi.
Fendi bertindak nakal dengan memanggil dua wanita ke arah mereka. Seperti sudah terbiasa, seorang wanita bergerak duduk di sebelah Edry, dan seorang lagi duduk di sebelah Fendi. Mereka membelai dua lelaki bukan muhrim itu dengan manja. Hanya tinggal Zafran sahaja tidak berteman.
"Kau tengok ni, Fend. Duda terlajak laris ni kena banyak malam ni. Semalam aku ajak datang tak nak. Hari ni, 3 botol terus dia bedal. Balas dendam ke apa ni, bro?" Fendi ketawa kecil sambil tangannya erat memeluk tubuh wanita seksi yang dilanggannya. Dia memasukkan not RM50 beberapa keping ke dalam bra wanita disampingnya itu.
"Perempuan banyak dekat club ni. Kau boleh ingat lagi janda kau tu, bro? Tak boleh move on ke?" Soal Fendi pula sambil mengerling Zafran.Zafran memicit kepalanya yang mula berdenyut. Kesan dari pengambilan alkohol yang banyak.
"Korang tak faham apa yang aku rasa. Korang tak tahu." Balasnya perlahan.
"Tak tahu? Apa pula tak tak tahu? Apa pula tak pernah rasa? Aku ni pun dulu pernah kena tinggal dengan perempuan. Kau pun tahu kan, dulu aku nak kahwin, pastu bekas tunang aku tu lari dengan jantan lain. So, aku faham macam mana rasanya putus cinta." Fendi mengerutkan kening dengan kata-kata Edry."Anak aku dah mati, Ed. Sebab aku lah anak aku mati. Aku tak jaga dia dengan baik. Aku hilang segalanya. Hancur hidup aku sekarang. Aku terlalu kejar benda lain, sampaikan aku kehilangan keluarga aku sendiri." Jelas Zafran menahan sebak. Suaranya juga bertukar lain. Edry menggeleng melihat kelakuan Zafran.
"Benda dah lepas tu biarlah. Kau pun kaya, cari je perempuan lain. Berlambak perempuan nak kan kau. Apa ada sangat dengan Sofea tu. Orang lain pun boleh bagi kau anak. Bukan janda kau je.""Kau tak faham. Kau tak kan pernah faham apa yang aku rasa. Kau jangan main cakap je."
"Apa yang aku tak faham? Kau cakap dengan aku? Hei, Zafran. Kau tu yang bodoh. Dah ada anak, sibuk cari betina lain. Nafsu mengalahkan kuda. Sekarang kau dah hilang segalanya, baru kau nak menyesal? Menangis sebab anak kau dah takde? Kau jangan bagi aku muntah lah. Dulu kau juga yang cakap kau tak boleh terima anak kau tu.Kau tuduh Sofea ada jantan lain, dan anak yang mati tu anak jantan lain. Bodoh! Kau bodoh tahu tak. Percaya sangat cakap orang. Lepas tu kau nak salahkan aku sebab aku tak pernah rasa putus cinta? Kau salahkan aku, padahal kau yang bodoh nak main dengan cinta, tahu tak??" Giliran Edry pula menjerkah. Bunyi bising di club itu langsung dia tidak endahkan. Hatinya panas melihat Zafran sebegini. Bodoh punya jantan! Lembab! Zafran meneguk minuman haram itu dengan malas. Kata-kata Edry dipersetanksn saja.
"Tapi, dalam kes ni dia tak putus cinta. Dia yang tinggal janda dia tu sebab betina lain, kan? Putus cinta apa? Ni bukan putus cinta, ni gila talak, do!" Edry dan Fendi ketawa berdekah-dekah tanpa menghiraukan Zafran. Dua wanita itu juga ketawa sama naik dengan mereka. Tiba-tiba Zafran naik bengang, dia menghempas kuat botol arak ke lantai. Lalu, dia bertindak gila dengan menarik leher baju Fendi.
"Heiii!! Kau budak-budak tak tahu apa-apa jangan masuk campur urusan aku. Aku gila talak ke gila perempuan ke kau sibuk apa? Ada aku kacau kau? Ada aku kacau hidup mak bapak kau ke? Hei, budak ni. Memang nak cari hal dengan aku." Jerkah Zafran kuat. Orang disekeliling sudah mula kerumun ke arah mereka. Bukan mahu menolong, mereka bersorak sebagai batu api untuk melagakan Zafran dan Fendi lagi adalah. Mereka sudah lali dengan situasi pergaduhan di club ini.
Melihat keadaan gentir sebegitu, cepat-cepat Edry cuba meleraikan mereka. Kalut sungguh dia.
"Sudah lah tu. Kau ni benda kecil pun nak jadi hal. Betul juga apa yang dia kata tu. Kau dah berangin sangat kenapa?" Akhirnya Zafran melepaskan kolar baju Fendi. Kata-kata Edry tadi dia rasakan satu hinaan. Berani mereka mengutuk dia depan-depan. Kurang ajar!"Kau apa hal nak menangkan dia? Sekarang siapa kawan kau? Dia atau aku? Yang kau nak bela musibat ni pehal?" Tajam mata Zafran memandang Edry.
"Dah tu kau nak aku biarkan korang gaduh? Jadi tontonan orang macam ni. Kau fikir sikit, kita datang ni nak enjoy. Bukan nak gaduh. Kawal sikit baran kau tu. Apa tak cukup kau baran dengan bekas bini kau sampaikan nak lepaskan kitorang??""Phuihhhh" Zafran meludah ke lantai. "Kau yang ajar aku main perempuan, kau yang ajar aku minum arak, berjudi semua ni. Bila aku dah takde apa-apa, kau belagak macam malaikat tazkirah aku. Sekarang kau nak salahkan aku? Nak gelakkan aku sebab aku jadi macam ni? Hah, Edry? Kau lupa ke kau yang ajar aku semua ni?" Muka menyala wajah Zafran. Sungguh dia tak sangka, kawan yang dirasakan baik dan faham tentang dirinya selama ini rupa-rupanya berlakon semata-mata.
Edry Dzulkarnain memang munafik. Syaitan!!
"Kau berambuslah. Pergi taubat nasuha sana. Minta ampun dengan janda kau. Jangan sampai tak sempat minta maaf, kau mati macam anak nombor dua kau tu."
"Kurang ajar!!" Zafran melayangkan tumbukan ke wajah Edry. Tak cukup dengan itu, dia mengambil satu botol arak digenggamnya. Tanpa berfikir panjang, botol itu dihentak tepat ke kepala Edry. Darah membuak keluar laju di kepala kawan yang dianggap sebagai sahabat sejatinya itu.Orang semakin ramai kerumun ke arahnya dan muzik tiba-tiba berhenti. Lampu semua terpasang dan jelas menampakkan keadaan Edry yang sudah nazak itu.
"Edryy!!!" Jerit Fendi kalut. Dia memeluk wajah Edry ke dadanya. Matanya tepat memandang Zafran.
"Bodoh kau, Zaff! Kau tengok apa kau buat dekat Edry! Kalau dia mati, jangan harap aku lepaskan kau. Edry... Edry... Siallll!!! Edryyyy!!!" Jerit Fendi kuat. Dia keresaham. Edry yang sudah nyawa-nyawa ikan itu tidak mampu bersuara. Tubuhnya sangat-sangat lemah. Menunggu masa saja untuk lelapkan mata buat selamanya."Kau pembunuh Zafran!! Zafran!!" Jerit Fendi lagi.
"Tak.. Tak.. Aku tak bunuh dia. Aku tak bunuh dia!!" Tergagap-gagap Zafran berkata. Dia benar-benar takut. Tangannya yang terkena darah Edry itu dipandang dengan rasa takut. Dia menggeleng laju. Kemudian, dia cuba melarikan diri dari club itu.
"Halang dia, jangan bagi pembunuh tu terlepas!" Jerit salah seorang pengunjung club itu.Tiba-tiba...
"Polis!!" Sepasukan anggota polis menerjah kelab malam berkenaan. Mereka mengacukan pistol kepada semua manusia yang tadikan seronok menari tidak ingat dunia. Beberapa orang sempat ditahan kepada ingin melarikan diri. Zafran juga sempat diberkas kerana terlambat untuk melarikan diri. Fendi tersadung kaki Edry ketika dia mahu berlari kemudian, ditangkap oleh dua orang polis berbangsa india.
"Ya Allah, ni dah kenapa berdarah semua ni? Korang bergaduh apa?" Tanya seorang anggota polis perempuan kepada Edry. Edry tidak berkata apa. Dia hanya mengetap bibir tanda geram.
"Cepat call ambulans. Jangan biarkan mangsa mati dekat sini."
"Baik, Tuan!" Jawab anggota polis berjawatan sarjan.30 minit berlalu, polis masih lagi membuat siasatan di kelab malam tersebut. Pihak wartawan dari stesen-stesen TV juga tidak ketinggalan membuat liputan di kelab malam itu. Peluang inilah yang ditunggu oleh mereka untuk meningkatkan jumlah penonton di stesen mereka. Berita tentang seorang lelaki cedera parah akibat ditetak oleh rakan. Pasti akan mendapat sambutan hangat oleh penonton.
Semoga kita semua terhindar dari perbuatan yang boleh memesongkan akidah kita sebagai umat islam. Ingatlah, minum arak termasuk dalam kategori dosa besar, orang yang sekali minum arak, terus jadi fasik dan tak sah jadi saksi dan juga tidak sah menjadi wali, sehingga dia bertaubat.
Astaghfirullahalazim..
YOU ARE READING
LARA SOFEA {Complete}
RomanceIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.