Sofea menolak Rayyan yang berada di atas kerusi roda dengan berhati-hati manakala, Daniel yang membawa barang-barang keperluan Rayyan berjalan beriringan dengan. Sambil itu, mereka berbual kosong. Rayyan hanya senyap. Entah kenapa dia merasakan uncle Fawwaz ada di sekitarnya. Kepalanya ditoleh ke kiri dan kanan mencari kelibat uncle Fawwaz.
“Mama... Uncle mana? Dulu uncle cakap dia nak tengok abang hari-hari sampai abang lega..." Soal Rayyan dengan manja. Sekali lagi dia tertoleh-toleh. Daniel mengerutkan kening. Dirinya dibelengu kehairanan dengan soalan Rayyan.
“Sofea.. Rayyan ni bercakap pasal siapa? Dari tadi dia asyik tanya pasal uncle Fawwaz? Who's that uncle Fawwaz?" Dia perlukan dari Sofea. Wajah Sofea dipandang.Sofea tersenyum tawar sebelum menjawab. “Kawan saya... Dia rapat dengan Rayyan. Sebab tu rajin tanya pasal dia bila dia tak datang." Sofea terpaksa berbohong sedikit di permulaan ayat. Tak kan, dia nak kata Fawwaz tu dia baru je kenal. Nanti-nanti tak pasal kena marah dengan Daniel. Yelah, Fawwaz tu kan, entah siapa-siapa. Lepas tu, selamba saja beri dia rapat dengan anak-anak Sofea. Dia takut Daniel fikir yang Fawwaz tu ada niat jahat. Padahal Sofea nampak, Fawwaz tu ikhlas melayani Rayyan dan Raisya.
“Ohh.. Ingatkan boyfriend you. You jangan tau, Preety. I dah cop you awal-awal jadi milik I. Kalau I dapat tahu dia atau siapa-siapa je yang dia tu boyfriend you. I belasah dia hidup-hidup." Daniel tersenyum sumbing sambil berkata. Sofea tidak membalas. Dia membiarkan saja kata-kata Daniel itu tiada jawapan mahupun soalan dari bibirnya. Malas dia nak ambil port benda yang dia tak pasti.
🌼🌼🌼🌼🌼
Fawwaz tersenyum lebar. Ketika ini dia sedang mencari parking yang kosong untuk memarking kereta mewahnya di Hopital Putrajaya. Selang dua minit dia mencari, akhirnya dia terjumpa juga. Terus dia memarking keretanya dengan cekap. Enjin kereta dimatikan. Kemudian, dia mencapai dua beg kertas berjenama di tempat duduk penumpang hadapan.
Pintu kereta dibuka, sebelum dia mengunci semula menggunakan alat kawalan kereta. Semalam dia baru saja pulang dari Kedah. Selama 4 hari di kampung, Fawwaz sudah memasang angan-angan. Dia harus segera mengambil hati Sofea. Hati-hati anak-anak sudah pun diambil. Rayyan sudah sukakan dan sayangkan dirinya. Mudah sedikitlah urusannya.
Tetapi, perihal Sofea sedikit sukar. Wanita itu kelihatan amat berhati-hati ketika mereka bertemu. Dia pasti kerana mereka belum cukup kenal membuatkan Sofea begitu. Tidak apalah. Tak kan, dilari gunung dikejar. Lambat-laun pasti dia akan berjaya memikat Sofea. Namun, macam mana pula dengan Daniel? Dia yakin Daniel juga sukakan Sofea dan Sofea.... Eh, kejap!
Macam mana kalau mereka betul-betul ada hubungan. Mungkin disebabkan status diri Sofea yang sudah berpunya membuatkan dia tidak melayan Fawwaz? Ahhh, tak. Tak boleh! Sofea tidak boleh jadi milik Daniel. Dia sepatutnya jadi milik Fawwaz! Pergi mamposlah dengan Daniel! Biar dia belajar kehilangan orang yang dia sayang pula. Biar dia rasakan!!
Fawwaz membawa beg-beg kertas tadi ke dadanya sambil berjalan agak laju. Semasa dalam perjalanan pulang ke KL, dia sempat membelikan hadiah buat anak-anak angkat kesayangannya itu. Dia sendiri pun tidak sedar kenapa dia lalu di kawasan kanak-kanak yang ada di pusat membeli-belah itu. Tahu-tahu saja sudah terbeli. Tak apalah, niat saja untuk bersedekah. Dapat juga pahala. Selain itu, dapat juga mengeratkan hubungan silatulrahim sesama mereka.
Untuk Sofea, dia tidak belikan apa-apa. Dia sebenarnya tidak pandai mahu membeli apa. Dia fikir lagi baik sekiranya dia mengajak terus Sofea keluar. Kemudian, suruh sahaja Sofea ambil apa yang dia mahu. Kemudian, mereka sama-sama memimpin tangan kecil Rayyan dan mendukung tubuh tembam Raisya sambil berjalan seiringan. Aduhhh, macam keluarga bahagia sungguh! Berangan Fawwaz bersendirian.
🌼🌼🌼🌼🌼
“Ma... Mama... Tu uncle, ma! Tu uncle!!!" Jerit Rayyan sambil jari telunjuknya menunjukkan kepada seseorang. Seperti kelihatan susuk tubuh tinggi lampai dan tegap Fawwaz sedang melintasi mereka. Cuma dipisahkan dengan beberapa biji kereta sahaja. Wajahnya hampir sama dengan Fawwaz. Tetapi, dia tidak perasankan mereka kerana dia berjalan agak laju.
Serentak Sofea dan Daniel menoleh ke arah itu. Mereka cuba melihat apa yang Rayyan tunjukkan.
“Abang... Tu bukan uncle lah. Abang salah orang ni. Tu orang lain." Jelas Sofea kepada anaknya. Apa yang dilihat, Rayyan menunjukkan kepada seorang lelaki. Lelaki itu bukan Fawwaz. Dia amat yakin. Walaupun lelaki itu berketinggian hampir setinggi Fawwaz namun, kulitnya agak gelap.Tak sama. Fawwaz putih dan tak mustahil anaknya itu salah orang, kerana Rayyan benar-benar rindukan Fawwaz. Rayyan kelihatan seperti mahu menangis. Wajahnya disebetkan.
“Maa... Abang nampak uncle.. Mesti uncle datang nak tengok abang. Jom kita naik balik, ma. Abang nak jumpa uncle." Pujuk Rayyan kepada mamanya.Sofea mahu membuka mulut. Namun, belum sempat dia membalas. Daniel pantas memotong.
“Dah... Salah orang je tu. Dah mama kata bukan dia tu bukan lah. Jom, kita balik. Uncle ada kerja lain nak buat ni." Ujar Daniel dengan wajah yang serius. Bengang dengan budak kecil ni. Uncle Fawwaz.. Uncle Fawwaz.. Macam takde nama lain nak panggil.Menyampah pula dengar. Cubalah hormat sikit diri dia. Budak ni, kalau bukan anak Sofea dah lama kena piat telinga. Memekak je kerja! Rayyan terdiam. Dia sedikit takut melihat wajah garang pak cik itu. Uncle Fawwaz tak pernah buat muka macam tu. Uncle Fawwaz baik. Dia selalu buat Rayyan ketawa. Bayangkan, anak sekecil Rayyan seperti tahu saja yang Daniel seperti tidak sukakannya.
Apabila dia melihat wajah itu. Wajah itu tidak pernah tersenyum hatta ketawa sekalipun. Dia hanya akan ketawa dan tersenyum bila ada mama. Dengan dia jangan haraplah! Sofea tidak membalas. Dia tahu Daniel sedikit terasa dengan Rayyan. Hai, pening kepala bila terfikir Rayyan yang tak habis-habis dengan uncle Fawwaznya. Seketika kemudian, dia cuba memujuk Rayyan untuk balik. Syukurlah, anaknya itu mendengar kata.
🌼🌼🌼🌼🌼
Fawwaz terkedu! Terpempan! Katil yang menempatkan Rayyan kosong. Malah, cadarnya juga dikemaskan seperti sudah tidak berpenghuni lagi. Di meja kecil yang meletakkan barang-barang Rayyan juga turut kosong. Tiba-tiba hatinya dipagut satu perasaan tak enak. Dia mula terfikirkan bukan-bukan. Pasti dia berlari mendapatkan jururawat di kaunter pertanyaan.
“Nurse. Patient ward number D191 tukar wad biasa ke?" Tanya terus kepada jururawat wanita muda itu. Berdasarkan pakaian dia seperti jururawat praktikal. Dia yakin dengan hal itu kerana dia pernah terbaca artikel yang menceritakan tentang sejarah hospital ini. Ahh, dah kenapa aku pergi bercerita pasal misi ni pulak? Seketika jururawat itu menaip sesuatu di skrin komputer.
“Ermm... Patient number ward D191 already discharge,sir!" Lembut sahaja dia membalas. Manakala, Fawwaz sudah terkedu. Dah discharge?“Bila dia discharge?" Tanya Fawwaz dengan menggelabah. Kenapa dia tak tahu Rayyan dah keluar wad?
“Baru je, encik. Dalam 15 minit tadi." Fawwaz berlalu dengan laju selepas mengucapkan terima kasih kepada jururawat muda itu. 15 minit sebelum? Maknanya elok sahaja dia sampai, mereka baru saja keluar. Arrghhhhh... Kenapa boleh jadi macam. Sempat ke dia nak jumpa diorang??Fawwaz berlari sepantas kilat mencari kelibat dua beranak itu. Pandangan orang ramai dipersetankan. Biarlah! Dia pasti mereka ada lagi di sini. Dia cuba berjalan laluan yang dia pasti Sofea gunakan laluan tersebut sambil kepala tertoleh kiri dan kanan. Hadiah yang sedikit rosak di tangannya dibawa ke pelukan. Biarlah hadiah ni rosak, asalkan dia sempat berjumpa mereka. Soal hadiah, dia mampu membeli lain. Tapi, soal mereka. Jikalau tidak berjumpa. Dia pasti dia akan menyesal yang teramat sangat.
Fawwaz berhenti berlari. Dia bernafas tercungap-cungap. Dia benar-benar kepenatan kerana berlari agak laju. Ya Allah, ke mana mereka ni? Tak ada peluang lagikah untuk dia berjumpa dengan keluarga kecil itu? SubhanAllah... Kenapa dia bodoh sangat tak dapatkan nombor telefon Sofea. Kalau dia minta, sudah tentu perkara tidak jadi macam ni!
Fawwaz melangkah perlahan-lahan
Suasana sunyi di tempat parking kereta itu dipandang. Dia seperti mahu menangis. Sekali lagi dia kehilangan insan yang dia sudah jatuh sayang dan cinta. Terasa macam ingin saja menjerit memanggil nama mereka. Kenapa dia selalu diuji begini? Dia tak layak ke hidup bahagia?Tak apalah, kalau ada masa diizinkan Allah. Dia akan berjumpa lagi dengan mereka. Tetapi, kalau andainya mereka berjumpa, dia akan berusaha untuk tidak kehilangan mereka lagi. Dia akan berusaha memiliki hati Sofea dan anak-anaknya. Dia janji!
Fawwaz melangkah lemah kembali ke kereta mewahnya dengan perasaan hiba dan kecewa. Hadiah di tangan dicium perlahan. Dia akan merindui kedua-dua anak kecil itu. Dia juga pasti akan rindukan senyuman manis Sofea yang manis seperti gula itu. Ya Allah, Ya Tuhanku, kau permudahkanlah segala urusanku! Doanya dalam diam.

ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA {Complete}
RomantizmIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.