Bab 55

9.7K 429 34
                                        

SORRY BUAT YANG TERTUNGGU-TUNGGU KISAH NI.. SIS SEBENARNYA AGAK BUSY KEBELAKANGAN NI DISEBABKAN HAL KERJA DAN HAL PERIBADI.. IN SHA ALLAH, STORY NI AKAN DISIAPKAN.. HEHE, TQ YANG MANA SUDI BACA STORY NI.. LOVE U ALLZ😍

"Kalau kita buat baik dengan orang, dengar cakap ibu bapa, dengar cakap cikgu yang mengajar. Allah sayang kita tau. Jadi cikgu nak anak-anak yang cikgu sayang ni belajar rajin-rajin, hormat orang yang tua pada kita. Barulah kita berjaya di dunia dan akhirat." Bicara Cikgu Alia kepada anak-anak didiknya. Mereka mendengar dengan penuh teliti. Ada yang faham, ada yang buat-buat faham.

"Cikgu.. Ibu Nana cakap, kita wajib solat kan cikgu? Baru Allah sayang kita?" Celah suara kecil Irdina yang mukanya ala-ala korea. Cikgu Alia mengangguk sambil tersenyum.
"Betul tu, Nana. Tak kiralah kita ni dah besar ke kecil. Solat tu kena juga. Dan dia jadi wajib bila kita baligh. Sementara umur macam sayang-sayang cikgu ni lah kita kena belajar macam mana nak solat." Balas Cikgu Aliya lagi.

"Ooo... Kalau macam tu adik Rayyan mesti masuk neraka kan, cikgu? Dia kecil lagi. Mana reti solat. Mama kita pun cakap, kalau nak masuk sturga kena rajin solat dengan baca Al-Quran. Kita selalu temankan mama kita mengaji " Tiba-Tiba Anas si berbadan besar menyapa. Jarinya ditunjukkan ke arah Rayyan yang duduk di hadapannya.

Anak-anak lain sudah bersokseh-sokseh sesama sendiri manakala Rayyan tunduk memandang lantai. Wajahnya bertukar muram dengan kata-kata yang barusan keluar dari bibir rakan kelasnya itu. Anas, budak yang nakal dan bersuara agak lantang. Cikgu Alia menggeleng kepala sambil melihat Anas. Dia bimbang Rayyan akan beremosi.

Dalam diam, Cikgu Alya sempat menangkap perubahan mood Rayyan. Kebiasaannya, anak itu bukan jenis yang pendiam. Rayyan Ameer seorang yang sangat aktif, pintar dan ramah. Namun, sejak kebelakangan ini Rayyan bukan Rayyan yang dulu. Walaupun, tidaklah berubah sangat. Dia yakin ini adalah kesan daripada kematian adiknya. Kasihan anak kecil ini.

“Anas... Tak baik kata macam tu. Arwah adik Rayyan tu kecil lagi. Masih menyusu badan. Manalah dia tahu apa-apa. Setiap manusia yang belum baligh bila dia mati, dia akan masuk syurga. Macam anak-anak cikgu semua ni. Lagi satu, kalau kita bersuara dengan tak jaga hati orang pun belum masuk neraka tau. Anak-anak cikgu nak ke masuk neraka?" Serentak kesemuanya menggeleng laju sambil membuat muka takut.

Tiba-tiba nak kecil yang bernama Haikal membisik ke telinga Anas. “Habislah awak, lepas ni masuk neraka."
“Ishh... Diamlah!" Pantas Anas menyiku Haikal sehingga anak itu meringai sakit. Nasib baik Cikgu Alia tidak melihat kelakuan mereka. Cikgu Alia duduk melutut bersebelahan Rayyan.

“Rayyan.. Kamu okay tak ni?" Rayyan tidak menjawab. Bibirnya terketar-ketar hendak meluahkan sesuatu tetapi tidak terluah. Mata bulatnya memandang sayu ke arah Cikgu Alia. Pantas Cikgu Alia memeluk Rayyan dengan erat, cuba menyalirkan semangat Rayyan kembali.

“Dah... Jangan sedih, ye? In sha Allah kita doakan adik Rayyan masuk syurga. Anas tu gurau je tadi. Kan, Anas??" Sempat Cikgu Alia menjeling ke arah Anas. Anas tersengih tidak tahu membuat riak apa. Selang beberapa saat, terus dia menggangguk.
“Minta maaf, Rayyan. Saya gurau je tadi." Rayyan tersenyum hambar. Cikgu Alia juga tersenyum melihat gelagat anak-anak itu.

"Semua dah siap mewarna ke?"
"Sudahh!!"
"Okay.. Kalau sudah, simpan alatan tulis, pensel warna dalam beg. Kita dah nak balik dah ni. Esok cikgu umumkan siapa yang warna paling cantik!" Kedengaran suara Cikgu Alya dengan nada yang teruja. Sengaja mahu mengembalikan mood anak-anak didiknya.
"Yeayyyy!!" Kesemua kanak-kanak bersorak kuat sambil bertepuk tangan sesama sendiri selepas mendengar kata-kata dari guru kesayangan mereka itu.

🌼🌼🌼🌼🌼

Fawwaz menggamit tangan ke arah Rayyan. Selepas Rayyan melihat kelibatnya, terus anak itu berlari mendapatkannya. Fawwaz memeluk Rayyan erat.
“Hai, abang... Macam mana sekolah hari ni? Cikgu abang ajar apa, je?" Rayyan tersenyum comel.
“Cikgu abang ajar lukis hari ni. Ayah nak tengok tak abang lukis pokok? Cikgu Alia cakap abang lukis cantik."

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang