Bab 18

9.7K 447 12
                                        

“Abang... Uncle nak tanya sikit, boleh?" Soal Fawwaz kepada anak kecil itu ketika hanya mereka berdua sahaja yang berada di bilik wad yang menempatkan Rayyan. Intonasi suaranya juga berubah seperti  Rayyan. Comel dan lucu!
“Boleh.." Rayyan mengangguk laju. Dengan Fawwaz semua tak apa. “Uncle nak tanya apa?" Soal Rayyan pula. Sebelum menjawab, Fawwaz memandang ke arah pintu dahulu, bimbang nanti tiba-tiba sahaja Sofea masuk.

“Ermm... Abang... Ayah abang mana? Sorry uncle tanya ni. Errr.." Fawwaz menggigit bibir. Rasa serba salah juga mahu bertanya soalan seperti itu kepada Rayyan. Namun, dia terpaksa juga. Kalau tak, dia akan tertanya-tanya status sebenar Sofea. Nak harap dia sendiri yang tanya Sofea. Memang tak lah,  sudah tentu Sofea akan menganggapnya sebagai penyibuk. Silap hari bulan, langsung dia tiada peluang  berkenalan langsung dengannya.

“Ayah?? Maksud uncle papa ke?" Terus sahaja Fawwaz mengangguk. ‘Oh, dia panggil papa rupanya.'
“Mama kata mama dah tak boleh duduk dengan papa lagi dah. Lepas tu mama kata, bila abang dah besar nanti baru abang faham. Uncle... Cerai tu apa?" Fawwaz terkedu dengan soalan terakhir Rayyan. Kini, baru dia tahu status sebenar Sofea. Benarlah kata Saiful. Alhamdulillah, peluangnya untuk berkenalan dengan Sofea, cerah!

“Err..." Fawwaz menelan liur. Tidak tahu bagaimana mahu menerang maksud cerai yang sebenar. Boleh faham ke Rayyan ni? “Err.. Kenapa tiba-tiba abang tanya uncle pasal cerai ni? Mama ke yang cakap?"
“Tak lah.. Kawan abang yang cakap. Kawan cakap kalau mama dengan papa dah tak duduk sekali tu makna dia cerai lah tu. Abang pun tak tahu, kawan abang yang cakap." Balas Rayyan dengan jujur. Dia hanya ceritakan apa yang disampaikan temannya di tadika sahaja.

“Abang.. Cerai tu maksud dia mama dan papa dah berpisah. Diorang dah tak boleh duduk bersama dah macam sebelum ni. Tak boleh bersentuhan lagi dah. Senang cerita dah jadi orang asing. Kalau nak tinggal sekali lagi, mama dengan papa kena kahwin semula atau rujuk kalau belum habis edah." Rayyan hanya membuat mulut huruf ‘o' sahaja. Entahlah, faham ke tidak. “Uncle tahu kenapa mama dengan papa cerai?" Tanya Rayyan dengan mata yang dibulatkan.

Fawwaz ketawa kecil. “Manalah uncle tahu, sayang. Uncle pun baru je kenal mama. Kalau abang nak tahu, tanyalah mama." Balas Fawwaz dengan penuh maksud. Cepat-cepat Rayyan menggeleng. “Tak nak.. Nanti mama cakap abang kecil lagi. Abang tak kan faham." Terus mati senyuman di wajah Fawwaz. Seketika dia berdehem beberapa kali.
“Kalau mama dah cakap macam tu. Takpelah, tunggu abang dah besar nantilah. Baru abang akan faham." Balas Fawwaz seakan memujuk anak kecil yang pintar itu.

“Uncle... Uncle nak jadi papa abang tak?" Terpacul soalan cepumas dari bibir comel itu. Terus ternganga Fawwaz dibuatnya. Dagu yang tidak gatal digaru, padahal hati dah berbunga-bunga. Dia kelihatan seperti berfikirkan sesuatu.

“Err

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

“Err...." Baru sahaja dia ingin bersuara, Sofea membuka pinta wad bilik dan menyebabkan lidah Fawwaz terkelu. Terus sahaja dia menelan liur. Halkumnya bergerak-gerak. “Fawwaz... Awak nak balik dah ke?" Soal Sofea tiba-tiba membuatkan Fawwaz tercengang. Sofea seperti tidak senang duduk. Dia seperti dilanda masalah. Macam ada sesuatu yang menganggunya.
“Sofea.. Kenapa ni? Ada apa-apa yang boleh saya tolong ke?" Fawwaz menyoal lembut.

Sofea memberanikan diri untuk bertentang mata dengan pemilik mata coklat itu.
“Bekas suami saya... Dia nak melawat Rayyan. Tadi dia call saya marah-marah sebab Rayyan masuk hospital. Boleh tak awak tolong tunggu sini, kejap? Saya takut dia buat perangai dia." Jelas Sofea. Dia terpaksa meminta bantuan jejaka itu kerana tiada siapa lagi yang boleh diharapkan. Haneez tak ada. Kalaulah Zafran buat perangai baran dia, macam mana dia nak hadap? Dia memang sudah mula bencikan lelaki itu. Lelaki yang telah memusnahkan hidupnya dan anak-anaknya.

“Bekas suami??" Fawwaz mengerutkan kening. Sofea mengangguk. “Saya ibu tunggal. Dah lama berpisah dengan bekas suami semenjak Raisya lahir. Tadi dia call, cakap nak datang. Dia tu panas baran. Saya takut dia lepaskan baran dia nanti. Sebab tu, saya nak minta tolong awak. Sorry, kalau awak rasa menyusahkan. Saya terpaksa..." Sofea menundukkan kepalanya sedikit, wajahnya jelas kelihatan serba-salah.

Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia boleh menceritakan kepada lelaki itu tentang masalah hidupnya. Dia bukan yang gemar bercerita dengan orang yang belum rapat. Senang cakap, hanya orang yang betul-betul rapat dengannya saja yang akan dikongsi masalahnya. Dan orang itu ialah Haneez. Ya, hanya Haneez saja yang tahu masalah hidupnya. Orang lain tak perlu tahu!

Okey..." Ringkas sahaja jawapan Fawwaz. Senyuman ikhlas terlayar di bibirnya. Demi Sofea, dia sanggup lakukan apa saja. Lagipun, inilah masanya untuk mengetahui asal usul wanita itu. Sofea nampak gayanya sudah berikan green light dalam diam. Sofea juga turut tersenyum “Terima kasih awak... Terima kasih sangat-sangat..." Fawwaz mengangguk lagi. Wajah putih bersih Sofea dijamah. Bermula dari alis keningnya yang asli terbentuk, sepasang mata yang bundar, hidung yang mancung dan diikuti bibir yang nipis yang menawan.

Macam patung! Sofea berkulit putih kemerahan dan memiliki tubuh yang langsing dan tinggi lampai. Macam anak dara. Langsung tidak disangka yang wanita itu sudah mempunyai dua orang cahaya mata. Cantik.. Cukup cantik....
“Mama... Papa nak datang tengok abang?" Dua pasang mata orang dewasa itu dialihkan ke arah Rayyan Ameer. Sofea tersenyum tawar. Dia mengangguk perlahan.

“Ye, sayang.. Papa nak datang. Abang rindukan papa?" Rayyan menundukkan wajah. Seketika dia mengangkat wajahnya bertentang mata dengan Sofea.
“Rinduu..." Perlahan saja dia mengeluarkan suara.
“Okay... Kejap lagi papa datang, okay?" Sofea tersenyum lagi. Dahi licin Rayyan dicium penuh kasih. Kasihan anaknya ini. Kekurangan kasih sayang seorang bapa. Pasti Rayyan sangat rindukan Zafran.

Lelaki itu sudah berubah 100%. Dia sudah melupakan Rayyan dan Raisya. Tidak seperti dirinya dulu lagi. Entah apa salah anak-anaknya pun entahlah sehinggakan sanggup dia memulaukan anak-anak kandungkan sendiri. Sedangkan binatang pun sayangkan anak. Inikan pula manusia. Tapi, dalam kes ni Zafran lebih teruk dari binatang!

Fawwaz berasa sangat simpati melihat keadaan dua beranak ini. Sungguh cekal dan tabah diri Sofea. Dia tahu, bukan senang mahu menjaga anak-anak seorang diri. Ditambah lagi dengan status diri Sofea. Banyak halangan dan dugaan yang perlu ditempuhi. Kalau dia lah di tempat Sofea. Dia tidak tahu bolehkah dia teruskan hidup! Dia tahu Sofea tidak senang mana. Harus mencari nafkah seorang diri, tambah-tambah lagi anak-anaknya kian membesar. Pasti memerlukan wang yang banyak. Dengan keadaan ekonomi sekarang yang tidak stabil lagi.

Sungguh bodoh lelaki itu kerana melepaskan wanita secantik dan baginya Sofea adalah seorang yang hebat. Tengok saja perwatakan Rayyan. Dia berjanji, kalaulah jodohnya ditetapkan dengan Sofea. Dia akan menjaga dan menyayangi Sofea, Rayyan dan Raisya sebaik mungkin. Dia akan menjadi pelindung yang terbaik. Dia akan membahagiakan wanita cantik itu. Dia akan hiasi senyuman di wajah itu selalu biarpun Sofea akan selalu mendengar lawak-lawak bodoh darinya.

Bunyi gelak Sofea dan Rayyan mematikan lamunan Fawwaz. Wajah cantik Sofea diperhatikan lama. Fawwaz tidak sabar mahu berjumpa dengan lelaki yang telah menghancurkan hati Sofea. Hebat sangatkah diri lelaki itu? Tanpa sedar, bibirnya terukir satu senyuman.

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang