“Terima kasih hantarkan saya dan anak-anak saya, balik. Pasal bayaran bil hospital tu, saya janji saya yang akan bayar." Sofea tersenyum kepada Daniel sambil berkata dengan lembut. Dia sedang mendukung tubuh montel Raisya. Ketika itu, mereka sudah berada di hadapan rumah Sofea. Selepas keluar dari perkarangan hospital, Sofea menumpang Daniel pula untuk mengambil Raisya di rumah pengasuh. Mujur jejaka itu hanya mengikut tanpa sebarang kata.
Rayyan sudah berada di dalam rumah. Anak kecil itu hanya diam sahaja semasa di dalam kereta. Tidak becok mulutnya seperti kebiasaan. Sofea hanya membiarkan, dia masih lagi merajuk kerana Sofea tidak mempercayai kata-katanya. Seketika Daniel membalas senyum.
“Sofea... Kan, I dah kata I tak nak dengar lagi you bangkitkan hal ni. I ikhlas bayarkan bil anak you. You janganlah fikirkan lagi.. Hurmmm??"Sofea terdiam. Dia tidak tahu mahu membalas apa. Rasa sebersalah sungguh. Fawwaz yang menghantar Rayyan ke hospital dulu, dan dia sendiri yang menempah wad persendirian kepada Rayyan. Sofea sudah menegah, dia tahu pasti dia tak kan mampu membayar kos perubatan Rayyan dan kos penginapan di bilik itu. Tetapi, lelaki itu bertegas mahukan Rayyan duduk juga di bilik itu.
Katanya, kalau di wad biasa Rayyan akan terganggu dengan suasana wad yang bising kerana dicampur dengan pesakit yang lain. Katanya juga, jururawat semestinya tidak akan memberikan layanan sebagus wad persendirian kerana wad itu dikenakan caj yang lebih. Haishh, dah kenapa tiba-tiba je teringat pasal lelaki tu ni?
“Sofea???" Panggil Daniel sedikit kuat apabila melihat wanita kesayangannya itu seperti mengelamun. Sofea terkedu. Wajah Daniel dicari. “Maaf... Awak ada cakap ke tadi?" Soalnya lembut sehingga membuatkan Daniel mengganguk. Sempat lagi berangan!
“I tanya tanya... Malam ni setuju tak keluar dinner dengan I? Sharp pukul 8. Please, Sofea. Dah lama kita tak spend time sama-sama. Lagipun, I rindukan you sejak you sibuk uruskan anak you dekat hospital."Rayu Daniel dengan muka sengaja disedihkan. Sofea menggigit bibir. Raisya yang berada didukungannya sudah mula merengek mahukan susu. Pantas Sofea menenangkannya.
“Malam ni? Awak... Awak kan, tahu Rayyan baru je keluar wad. Takde orang nak tengokkan. Saya rasa tak sesuai kalau awak ajak saya keluar dalam keadaan macam ni. Lagipun, keluar malam-malam. Tak manis orang tengok." Sofea berusaha menolak secara lembut. Dia tidak mahu Daniel mengecopnya tidak kenang budi.Yelah, baru tadi Daniel telah menolong Sofea. Tak kan ajak dinner pun tak boleh. Tapi, siapa pula nak jaga Rayyan dan Raisya. Mustahil nak bawa diorang berdua sekali. Kaki Rayyan pun masih belum sihat sepenuhnya.
“Why, Pretty? You nak kisah apa orang nak kata. Bukannya kita nak buat benda tak elok. Keluar makan aje pun and kalau you takut sangat takde orang nak jaga anak-anak you. Hantar dekat rumah I. Maid I jagakan. How?"Daniel masih berusaha memujuk Sofea. Dia teringin benar mahu makan malam bersama wanita cantik ini. Di bawah sinaran bulan dan bintang, bayu angin malam yang sejuk menyelimuti tubuh mereka berdua, suasana yang hening dan tenteram. Sudah tentu malam itu akan menjadi malam yang sangat romantik buat mereka berdua dan akan dia lamar terus Sofea pada malam itu. Biar Sofea tidak terlepas ke tangan mana-mana lelaki. Biar Ainnur Sofea menjadi miliknya yang sah secara zahir dan batin!
“Takpelah, Daniel. Lagipun, dah lama Raisya tak bermanja dengan saya. Sejak abang dia masuk wad, saya selalu tinggalkan dia di rumah pengasuh. Tentu dia rindukan saya dan Rayyan. Lagipun, saya nak kena masak, kemas rumah lagi. Lusa saya dah start kerja. Tolong, Daniel. Saya harap awak faham masalah saya." Rayu Sofea lagi sambil memandang ke dalam anak mata Daniel.
Seketika Daniel mengangguk tanda faham. “Takpelah, kalau macam tu. I balik dulu, ye? Meh, salam I?" Tangan kasarnya dihulurkan kepada Sofea untuk bersalam. Melihatkan wanita itu kelihatan serba salah untuk menyambut, dia segera menggengam tangan. Faham sangat yang Sofea tak kan bersentuhan dengannya. Dia ketawa kecil. “Sorry, I lupa. Balik dulu, ye?" Wajah comel Raisya dicuit sedikit, mahu mengambil hati ibunya sebenarnya.
“Nak jumpa Rayyan dulu tak?" Soal Sofea. Cepat-cepat Daniel menggeleng “Biarlah. I tak nak kacau dia. Sofea, nanti ada masa I datang lagi, ye? You jaga sama kesihatan tu. Jangan asyik nak jaga anak, tapi kesihatan you pula yang teruk karang. I tak nak jadi apa-apa dekat you sebab I sayangkan you." Sofea tersenyum tawar. Entah kenapa dia tidak selesa dengan kata-kata Daniel. Baginya dia rela sakit, asalkan anak-anak sihat. Dia sanggup lakukan apa saja untuk Rayyan dan Raisya.
Daniel tak akan faham kerana dia belum berkahwin dan mempunyai anak. Lima minit kemudian, Daniel sudah pula ke rumahnya. Sofea segera masuk ke dalam rumah sambil mengdukung Raisya. Pintu rumah dan grill gate dikunci.
🌼🌼🌼🌼🌼
“Abang... Cepatlah buka mulut tu. Mama nak suap ni."
“Tak nak makan..."
“Abang...." Sofea menyua lagi suapan nasi di menggunakan sudu ke mulut Rayyan. Pantas anaknya itu menutup mulut sambil menggeleng tanda tidak mahu makan. Sofea turut menggeleng. Sudu dan pinggan makan diletakkan di meja kopi di hadapan mereka. Suara di peti televisyen diperlahankan.“Abang marahkan mama lagi ke? Sayang, jangan macam ni. Abang tak sayangkan mama?" Kelihatan Rayyan menunduk. Tidak mahu berlaga mata dengan Sofea. Ketika itu mereka di ruang tamu. Jam sudah menunjukkan pukul 8.39 malam. Malam ini Sofea masakkan makanan kegemaran Rayyan iaitu sup ayam. Nasi putih, sup ayam dan diletakkan sedikit kicap lemak manis memang dah jadi makanan kegemarannya. Tetapi, anaknya itu tidak mahu makan pula. Pasti kes merajuk lagi lah ni.
“Sedap tau mama masak ni. Rugi abang tak makan." Sofea mengambil semula pinggan nasi tadi lalu menggaul menggunakan sudu. Mahu pancing supaya Rayyan membuka mulut. “Mama makan, ye? Lepas tu mama nak tidur. Adik pun dah tidur dah. Kalau abang tak nak makan, takpelah." Sofea mengerling mata kepada anak daranya yang sudah terlena di atas tilam yang dihampar berdekatan dengannya.
Mulai hari ini, mereka akan tidur sahaja di ruang tamu sehingga kaki Rayyan betul-betul lega. Ini semua untuk keselesaan Rayyan untuk bergerak dengan keadaan kakinya itu. Bukan dia tidak boleh langsung berjalan, boleh. Tetapi, agak perlahan. Bolehlah dia hilangkan bosan, mahu tengok tv ke apa ke.
“Aaaaaaaaa....." Sofea membuka mulutnya sambil mengerling semula ke arah Rayyan. Belum sempat suapan nasi masuk ke mulutnya, Rayyan bersuara.“Kenapa mama tak nak percaya cakap abang? Abang nampak tau, tu uncle. Abang tak tipu mama pun. Kenapa mama tak nak percaya. Kesian uncle, mesti uncle datang nak jumpa abang." Rayyan bersuara. Air mata yang bertakung segera dilap dengan lengannya. “Abang...." Sofea meletakkan pinggan kembali ke meja kopi. Tubuh kecil anaknya itu dirangkul erat tanda mahu memujuk.
Kepala anaknya itu turut dicium penuh kasih. “Okay... Okay.. Mama minta maaf, eh? Mama minta ampun. Mama bukan tak percaya cuma mama tak nampak je. Macam ni lah. Abang percaya cakap mama. Nanti kalau ada jodoh, abang mesti jumpa juga dengan uncle Fawwaz. Abang doa banyak-banyak ye, sayang?" Sofea berbisik perlahan kepada Rayyan. Kelihatan Rayyan hanya terdiam.
“Uncle tak sayang abang. Uncle pergi macam tu, je. Uncle pergi mana, ma? Kenapa dia tak cakap? Uncle marah abang sebab abang nakal, mama?" Rayyan mendongak memandang wajah Sofea. Air mata yang mengalir di pipinya segera Sofea seka.
“Siapa kata anak mama ni nakal? Anak mama ni baik. Mana ada nakal. Dah, lah.. Abang tak payah fikir lagi. Percaya cakap mama. Suatu hari nanti, kalau diizinkan Allah mesti kita jumpa juga.Buat masa ni kita sama-sama doa. Kalau uncle Fawwaz tu rindukan abang, mesti dia cari abang. Abang jangan risau ye, sayang?" Rayyan mengganguk. Entah faham atau tidak. Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Dengan mata yang membulat, dia memandang ke arah Sofea.
“Mama... Kita cari uncle Fawwaz, boleh?" Kenyataan yang terkeluar dari bibir kecil Rayyan membuatkan Sofea terkedu.Cari Fawwaz?
YOU ARE READING
LARA SOFEA {Complete}
RomanceIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.