Bab 4

16.2K 512 9
                                        

Sofea mengetuk pintu bilik pejabat Daniel Izham sebelum masuk. Kedengaran suara Daniel menyuruhnya agar masuk sahaja. Segera pintu bilik dia buka. Sofea memandang sekeliling.
‘Aikk... Takde orang pun.' Bisiknya di dalam hati. Keadaan bilik pejabat Daniel Izham yang moden dan kemas susun aturnya dipandang. Bukan tadi dia dengar suara garau lelaki tu ke? Mana pula dia pergi?

Sofea mengemam bibir. Sedang dia memikirkan sesuatu, tiba-tiba terdengar suara orang berdehem. ‘Asyik berdehem je dia ni? Sakit tekak ke?' Sofea bermonolog dalaman. Dia berpaling dan mujur dia tidak melatah.“Boss...." Tegur Sofea perlahan. Daniel hanya beriak biasa. Dia mengisyaratkan agar Sofea duduk di kerusi tetamu di meja kerjanya, sementara dia melabuhkan punggung di kerusinya sendiri. Aura ‘bos' jelas terpancar di dalam dirinya. Sofea menurut.

So?" Daniel memulakan perbualan. Mata helangnya tajam memandang ke arah Sofea. Menggeletar seketika wanita itu.  “Errr...."
Daniel mengangkat kening. Menunggu ayat seterusnya keluar dari bibir munggil Sofea.
“Bos... Saya minta maaf. Saya tak sengaja datang lewat hari ni. Saya janji lepas ni saya tak buat lagi, bos. Tolong jangan marah saya. Saya tak nak kena buang kerja." Rayu Sofea bersungguh-sungguh.

Kelihatan matanya bergenang, sebelum mengalirkan air mata. Daniel terpaku.
“Eh.. Sofea.. Jangan nangis. Aduh, Okay.. I bukannya nak marah you. I panggil you bukan nak bincang pasal tu. Sebenarnya, ada perkara lain yang I nak tanya dekat you." Bicara Daniel dengan laju. Tak sedap hati melihat air mata wanita itu mengalir. Sumpah dia rasa bersalah kerana menakutkan wanita itu.

Sofea tercengang. Entah terkejut atau apa, yang jelas, wajahnya sudah merah. Maluuu!!
‘Tu lah, Pia. Kelam-kabut lagi. Main terjah je.' Marah Sofea kepada dirinya sendiri di dalam hati.
Sorry, bos. Tapi, kalau bukan sebab tadi. Bos nak cakap pasal apa?" Soal Sofea. Dia kembali menenangkan diri. Namun, rasa tak sedap hati masih belum hilang. Perkara apa pula yang penting ni? Nak naikkan gaji ke? Kalau yang tu, takpelah juga.

Us..." Jelas Daniel dengan tenang. Matanya masih memandang mata bundar milik Sofea.
Us?" Daniel mengangguk.
As you know, I dah lama sukakan you." Soal Daniel lagi membuatkan Sofea tidak senang duduk. Sofea membuka mulut.
“Bos.. Ermm, saya tak selesa bercakap pasal ni selain hal kerja. Bos tahu kan, kita sekarang dekat mana?"

Daniel menyandarkan badannya di kerusi. Dia melepaskan nafas berat. “I dah agak dah you mesti akan cakap macam ni. Sofea, pleaseee.. Sampai bila you nak larikan diri? Sampai bila you nak buat I macam ni? I dah buat macam-macam untuk tarik perhatian you. Tapi, kenapa you buat tak endah je dekat I? Are you hate me?" Kedengaran suaranya melirih. Wajahnya disayukan. Sofea menggigit bibir.

“Bosss..."
Please, Sofea. I dah cakap banyak kali dengan you. Bila kita berdua, jangan sI panggil saya dengan perkataan tu. I bukan bos you buat masa ni."Pintas Daniel dengan tiba-tiba. Sofea menundukkan wajah. Entah kenapa dia terasa dengan kata-kata itu. Dia sendiri pun tidak mengerti. Ohhh, sesungguhnya jiwanya sangat rapuh.

“Da.. Daniel." Panggil Sofea teragak-agak. Panggilan itulah yang sering jejaka kacak itu menyuruhnya panggil apabila mereka berdua sahaja. Dia seperti ternampak Daniek menyembunyikan senyum.
“Saya belum bersedia tukarkan status saya buat masa ni. Saya selesa dengan kehidupan saya sekarang dengan anak-anak saya. Saya masih mampu uruskan kami anak-beranak. Takde apa yang kurang. Kami bahagia. Awak tahu kan, sejarah hidup saya?" Ujar Sofea dengan yakin.
Ya, dia yakin dia bahagia selagi Rayyan dan Risya ada di sisinya.

“Sofeaa..." Panggil Daniel manja. Dia bangun dari duduk dan berjalan perlahan ke arah Sofea. Kerusi kosong di sebelah wanita itu, dia melabuhkan punggung.
“You jangan fikirkan perasaan you, je. Perasaan anak-anak you kena fikir sama. Diorang perlukan ayah. Memang diorang tak pernah suarakan sebab diorang masih kecil. Tak tahu apa-apa. Kasihan diorang Sofea.. Tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah. Jadi, pleasee.. Izinkan I jadi pengganti kepada ayah diorang dan jadi suami you, Sofea."

Daniel mengharapkan respon positif dari Sofea. Tangan mulus wanita itu digenggam erat. Jelas Sofea tidak selesa. Dia pantas menarik namun, genggaman itu sangat kuat.
“Daniel, please.. Awak tak boleh macam ni. Kita bukan muhrim."
Then, kita kahwin. Halalkan hubungan ni. I sayangkan you, Sofea. I cintakan you.." Dia bersuara lagi sambil genggaman belum diputuskan. Anak mata Sofea dicari.

Sofea menelan liur. “Awak tak boleh macam ni. Saya bukan wanita yang terbaik untuk awak. Ramai yang sukakan awak, Daniel. Awak kacak, berharta, berpangkat. Saya yakin awak akan dapat jodoh yang lebih baik dari saya. Saya hanya janda beranak dua yang kurang dari segi segalanya. Saya tak nak kena fitnah nanti." Jelas Sofea. Air mata laju menuruni di pipinya. Dia mula terimbau kenangan lalu. Kenangan yang cukup mengajarnya agar menjadi lebih kuat dari masa ke semasa.

“Sofeaa...." Panggil Daniel lembut. Jarinya menyekat air mata Sofea dan dahi wanita itu dicium perlahan. Sofea kaget dan terpaku. Tubuhnya keras di mampu melawan. Hanya matanya sahaja yang membulat memandang jejaka di hadapannya itu. Daniel tersenyum manis.
I'm sorry. I tak boleh tengok you menangis. Umpama you menangis disebabkan I. I tak nak orang lain. Hanya you di dalam hati I. You berbeza dari diorang. Sofea.. Kita kahwin, okay? I janji I akan hilangkan semua beban yang you tanggung. I akan bahagiakan you."

Sofea menolak kerusi ke belakang. Dia segera bangun. Pandangan pelik dari Daniel diperdulikan.
“Banyak aspek yang perlu kita kena fikir kalau nak kahwin, Daniel. Awak kena fikirkan pasal keluarga awak. Saya tak nak orang cakap saya tak sedar diri. Saya nak awak fikirkan hal ni betul-betul. Jangan main terjah aje. Doa dan restu Tan Sri dan Puan Sri tu penting. Saya keluar dulu. In Sha Allah, kalau ada jodoh tak ke mana. Assalamualaikum, bos." Segera dia berpamitan.

Sofea meninggalkan Daniel yang masih tercengang dengan keputusannya. Wajah lelaki itu jelas terkejut. Adakah tadi dia dilamar? Dahinya dipegang. Masih terasa kucupan jejaka kacak itu tadi. ALLAHU, apa yang terjadi tadi. Benarkah lelaki itu sangat cintakan dia? Kalau betul, adakah keluarga itu bersetuju mereka akan bersama? Dia tak kan hidupnya diibaratkan seperti sebuah novel cinta.

Ini realiti, bukan fantasi. Hal anak-anaknya semula difikirkan. Betulkah masih tidak cukup kasih-sayang yang dia curahkan buat Rayyan dan Raisya?

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang