Fawwaz berjalan perlahan di gerai-gerai yang menjual ikan-ikan segar diikuti dengan Saiful di sebelahnya. Mereka diberi tugas untuk mencari lauk basah dan sayur-sayuran oleh Puan Vita. Manakala, ibunya pula tidak jadi ikut. Ada kenalannya dari jauh datang ke rumah. Jadi hal pula, Fawwaz terpaksa menghantar ibunya kembali ke rumah semula. Tak apalah, bagus juga kalau tak ikut. Fawwaz menggaru kepala, cuba mengenalpasti yang mana satu ikan siakap segar.
"Aduh, Pul. Mana satu ikan siakap ni. Mana pernah aku tengok yang belum masak lagi. Dah siap masak stim aku tahulah." Saiful turut meninjau di gerai-gerai ikan.
"Habis kau ingat aku tahu? Aku lagilah tak tahu apa. Dah lah, kita minta je nak ikan apa. Kejap lagi orang yang meniaga tu bagilah." Balas Saiful bersahaja. Tiba-tiba telefon Fawwaz berdering menandakan ada panggilan masuk. Cepat-cepat Fawwaz mencari telefon di kocek seluar."Alamak.. Masa ni pula dia nak call."
"Siapa??" Soal Saiful dengan hairan.
"Customer dekat Cameron tu. Kejap lah." Jawab Fawwaz sambil mendekatkan telefon di telinga. Sambil Fawwaz berbual dengan pelanggannya, mereka melangkah perlahan. Tiba-tiba Saiful berhenti di salah sebuah gerai yang masih banyak lagi ikan-ikan segar. Pelanggan pon tiada di kedai itu. Mereka melangkah bersama-sama."Pak cik, ikan siakap ada tak?" Soal Saiful kepada peniaga itu, Fawwaz di sebelahnya masih sibuk dengan panggilan.
"Nak ikan siakap ka? Ada, anak nak berapa ekoq?" Soal peniaga yang sedang memunggah ketulan ais ke dalam bakul berwarna oren.
"Bolehlah, bagi saya 2 ekor. Ambik yang saiz sederhana lah pak cik. Lepastu, ikan kembung mata besar sekilo."
"Boleh.. Sat nah. Daniel, mai ambik ikan dekat pelanggan ni sat." Pak cik itu menjerit memanggil pekerja hang sedang sibuk mengira sesuatu di belakang."Haa, kejap." Sampuk satu suara.
Tiba-tiba, Daniel datang dari belakang bersama apronnya yang sedikit basah. Dia belum sedar, siapa pelanggan pada pagi itu.
"Ni, ambik siakap dua ekoq bagi kat depa dengan temenung mata besaq sekilo." Cekap sahaja tangan kekar Daniel memasukkan ikan siakap dan ikan kembung ke dalam plastik sebelum ditimbang.
"Daniel!" Daniel yang baru saja mahu memberi plastik ikan itu kepada Saiful tiba-tiba terpana. Mulutnya seakan kaku untuk bersuara. Matanya membulat memangdang tepat ke wajah Saiful."Daniel, kau buat apa ni?" Meskipun Saiful jarang berbual dengan Daniel, dia sangat kenal dengan abang sahabatnya itu. Mana mungkin dia tidak kenal. Daniel, salah seorang anak jutawan yang berjaya di Kuala Lumpur.
"Pul.. Kau datang buat ap...."
"Dah ke?" Tiba-tiba Fawwaz menegur mereka apa sedar apa yang berlaku. Sebaik matanya berlaga dengan pandangan mata Daniel, Fawwaz terkejut besar. Sangat terkejut sehingga dia tidak sedar dengan keadaan di sekeliling."Abanggg??" Fawwaz bersuara sambil matanya masih memandang tepat ke muka Daniel.
"Nazril??" Balas Daniel dengan tidak percaya.
"Ya Allah, abang..." Secara spontan, Fawwaz menerkam dan memeluk Daniel dengan erat. Bibirnya bergerak laju mengucap syukur ke hadrat illahi.
"Kau pergi mana selama ni, Am? Puas aku cari kau. Aku pergi rumah kau, pergi ofis, kau takde. Orang tua kau cakap kau dah keluar dari rumah sebab aku. Apa dah jadi ni, Am? Kau cakap dengan aku?"Fawwaz memegang lengan Daniel dengan kasar. Diamati wajah abangnya yang seperti tidak bermaya itu. Daniel bukan seperti Daniel yang dulu. Abangnya seperti sedang mengalami masalah besar.
"Ril... Baju.. Baju aku kotor. Aku busuk." Ujar Daniel sambil memandang ke bawah.
"Aku tak kisah Am. Aku tak nak tahu soal ni. Yang aku nak tahu, kenapa kau bawak diri sampai ke sini? Kenapa kau buat kerja-kerja ni semua? Apa dah jadi ni? Kau tahu tak, macam orang gila aku cari kau.Kau langsung tak contact aku. Tak bagi khabar apa langsung. Aku risau dengan kau. Alih-alih kau ke sini. Ni, apa semua ni. Apasal kau kerja dekat sini? Apa ni, Am?" Ujar Fawwaz separuh menjerit. Dia geram kerana Daniel seperti tidak suka bertemu dengannya. Melihat situasi seperti ini, kalut Pak Samad melangkah ke arah mereka. Mujurlah orang sudah berkurangan di pasar waktu ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
LARA SOFEA {Complete}
RomanceIzznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.